Friday, February 7, 2014

biskut coklat plastik kuning

*cough*cough*

Assalamualaikum. Hello. Everyone. Err whoever reading this right now...Hi.

tak tahu macam mana nak mula. hurm. OK. sekarang ini tak rasa macam ada 24 jam sehari. rasa macam terlampau melampau sekejap. pup pap pup pap dah malam. OMG. manakan tidak, keluar kerja pukul 7 pagi. balik rumah pukul 5.15 petang. hey bukankah cikgu biasa balik awal? TIDAK SEMESTINYA.

walaupun begitu, aku suka kerja begini. bercampur gaul dengan kanak-kanak yang sungguh menceriakan dan gemar membuat aku ketawa melampau dengan lawak kering tahap umur mereka. aku ni sudahlah seorang pengketawa dahsyat dalam dunia.

sekarang, mereka mendambakan Chipsmore kepunyaan guru mereka yang satu ini. entah kenapa. Chipsmore je padahal. serta-merta jadi budiman, berbudi bahasa dan gentleman tahap sepuluh semata-mata mahukan biskut coklat yang satu ini.YA biskut coklat kepunyaan aku ini. yang aku beli kat Tesco, bawa dari rumah, simpan dalam laci meja sebagai breakfast setiap pagi (sebab selalu tak sempat breakfast kat kantin). CHIPSMORE HAZELNUT PLASTIK KUNING .

sudahnya?Chipsmore yang aku baru bawa semalam kononnya nak buat bekal seminggu DAH HABIS. habis sebab bagi reward dekat kanak-kanak atas perbuatan baik mereka. ganjaran kerana berkelakuan baik dan budiman terhadap guru, jadi guru harus bagi biskut.YA BISKUT YANG GURU PUNYA DALAM PLASTIK KUNING ITU.

'misssss nakkkk coooookieeeeeeeeee'

I just can't get over it.

Dear future Izzati, 
in 10 years, please tell the boys about this. And ask them to ganti your Chipsmore. Don't worry. They should have their own money by then. They should be 20 years old, 10 years from now.


3 comments:

Anonymous said...

You are a good teacher!!! :D moga moga murah rezeki pasni hehehe

NIA said...

Aminnnn.hopefully akan begini sampai bila-bila :)

Adrina Razali said...

Cutenye telatah dorang! Nasib dapat cikgu yg baik hati. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...