Saturday, June 2, 2018

Down a memory lane in Ramadhan

I was looking back at my blogposts in 2009, 2010...

THIS IS UNBELIEVABLE!

Sungguh tak percaya weh kalau tengok balik blogpost pada zaman dahulu kala. Terlalu obses dengan blog barangkali. Banyak sungguhlah entri berbaur luahan perasaan dan sekadar menyinggah sekejap waktu tengah menghadap assignment dan menghasilkan entri berbentuk satu perenggan yang sepertinya...WHAT IS THIS CRAP?

Patutlah tak ramai followers dulu sebab banyak mengarut KAHKAH. Bila tengok balik, rasa pelik ada, nak gelak pun ada. Banyak sungguh lah aku terpengaruh dengan trend - trend semasa. Duk beli inner dua tiga lapis pakai dengan shawl uols. Keyakinan diri takyah cakap lah wei...200% lah masa tu. Mujur tak lama sangat aku terjebak dengan inner berlapis - lapis yang serupa kuih lapis tu. Bila tengok balik, huduhnyaaaaaa HAHAHAHAHAHA.

I am a bawal lover and forever #teambawal kot. Pakai juga lah shawl sekali sekala, tapi tak berasa cantik sangat. Or maybe belum jumpa style yang boleh buat aku fefeeling gorgeous HAHAH. Actually I prefer tudung bawal pakai lurus ke bawah sebab tak rasa semak kat leher. Paham dak? Kalau rasa rimas kat leher tu I cannottttttt. Buat aku rasa nak tempik orang. Tak pasal - pasal kan pompuan ni HAHA.

Lepas sahur tadi, terus aku jalankan misi clear out foto zaman dahulu kala yang boleh memalukan tuan punya badan kalau ada orang buat #majorthrowback. Baru sebut pasal inner dua tiga lapis, belum sebut lagi pasal ambik gambar sambil buat bibir terjuih
-_______________-

Anyway, leganya hati dah clearkan semua. HAHA. Just in case ada orang google nama aku ke, atau nama blog ni ke atau apa apa pun..takkan jumpa lah foto - foto yang boleh membuatkan aku tersipu - sipu HAHAHAH.

Ramadhan Kareem you guys! Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dalam kehidupan kita semua, insyaAllah. Setakat ini, kami belum pernah berbuka puasa di luar. Samada aku masak atau beli dekat bazar dan bawa balik, atau tapau sahaja. Rekod makan fastfood adalah sebanyak dua kali masa bulan puasa ni, dan harapnya tak bertambah dah.

FASTFOOD IS EVIL OK. Bye bye lah harapan nak kurus kalau still makan fastfood. Doakan aku berjaya menepis syaiton makanan segera please. Zumba lah 24 jam sekalipon tapi kalau tak jaga makan...kurus dalam mimpi aje.

Belum beli baju raya lagi. I know! Ramai orang dah setel kan. This year cam lek lek je cos aku kena cari blouse / mini kurung je for me and Zara. Kainnya dan sepasang lagi baju, mak jahitkan (I love you, mak). Baju suamiku masih di awangan. Bila tanya dia nak beli baju raya apa this year, dia cakap nak baju batik. Terkedu daku. Last year, beli kurta Elrah pujaan hati. This year nak batik pulak katanya. Aku pulak berkenan tengok trend lelaki pakai baju melayu teluk belanga + sampin + seluar hitam. Cam pahlawan gitu HAHAHA. Dah tunjuk gambar dekat lakiku. Tapi tak tahulah macam mana tu nanti. Tetiba dia dah tekad nak berbatik, daku ikutkan saje.

HARI NI BIRTHDAY ZARA WEI! OMG. PUNYA SERONOK MENAIP PASAL MASA LALU SAMPAI TERLUPA HARI LAHIR ANAK SENDIRI!

Tapi actually 3 years ago, masa ni rasanya baru pecah air ketuban. Lols. Mengimbau memori.

Nantilah aku buat another post for her 3rd birthday. Hopefully. Kikiki.

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...