Wednesday, August 4, 2010

baby :D

tanpa keliru dan ragu saya ingin memperkenalkan baby-baby saya kepada anda pada hari ini.selama ini baca entri sizuka asyik sebut 'my little baby' 'my baby pink' 'my baby orange polaroid'.ntah hape kejadahlah benda-benda itu.kalau ada ruang gosip dah lama keluar, eh eh izzati dah ada anak ke?umur berapa?rasanya nikah pun belum.kan.haha.bermacam lagilah.jom berkenalan dengan anak-anak kesayangan sizuka.eceh 'anak-anak' macam tak sesuai.rasa macam dah tua pulak.haha.ok ok tukar.baby-baby sizuka.baru COOL.heeee~
beliau adalah 'my baby pink' yakni my first daughter.eh kenapa daughter?sebab beliau warna pink dan saya suka pink dan saya rasa beliau akan sangat COOL jika beliau adalah daughter dan bukan son.haha.beliau sangat berjasa di saat-saat mummy [saya] bersuka duka hidup tanpa kamera dan hanya berbekalkan kamera handphone 1.3MP.beliau muncul dengan 12.2MP.wah wah wah.haha.
ini my first son.'my little baby'.nampak disitu tak sesuai gila nama 'little' dengan saiz baby saya yang ini.saya memanggil beliau 'little baby' adalah sebab antara semua-semua baby ini, beliau yang paling manja dan perlu dibelai setiap masa.tak boleh main baling-baling macam compact camera.tak boleh kena hujan.tak boleh kena panas.nanti demam mummy yang bankrap.muahaha~eh eh kenapa son?sebab beliau agak macho dan kacak bergaya.jadi saya rasa son adalah sangat sesuai dengan beliau.lagi satu sebab baby sulung dah daughter.jadi baby second nak son pulak.dan dan...haha sesuka hati kan nak selang-seli.betul lah.kalau anak sendiri boleh ke suka hati nak daughter lepas tu nak son?kena merancang lebih teliti mungkin.haaaaah sudaaaah.dah masuk bab alam perkahwinan dan beranak ini bermaksud sudah lari dari landasan kebenaran.hahaha.bukan bukan.landasan kebenaran juga tapi belum sampai masa.kan.

ini baby bongsu yakni adik paling terkecil dan termuda sekali.cuba teka beliau daughter atau son?cepat cepat cepat.haha.beliau adalah son yakni sesuka hati akulah nak letak beliau son atau daughter.haha.tapi mungkin son lebih COOL dengan beliau.sebab warna agak melampaui batas dan menyerlah.jadi son lebih sesuai.anak gadis tak boleh menyerlah-menyerlah sangat.beliau 'my baby orange polaroid'.belum pernah mencuba baby yang ini sebab fulus masih jauh untuk dicapai.sabar ok baby.nanti bila poket mummy ada fulusnya,mummy belikan film baby ok?hoih hoih saya tak gila.ini monolog kasih sayang antara mummy dan baby.haha.oh ya dan beliau adalah polaroid kamera.sangat gojes kan beliau.kan mummy dah puji baby sendiri.habis tu siapa lagi nak puji you baby.mummy je.haha~

oh ini bukan baby saya.ini baby khairul.baru tiba dari Canada semalam.puiyoh jauh gilaaaaaa kan.tapi memang berbaloi-beloi penantian beliau selama 3 bulan shipping.sekarang masa untuk Ah Long kutip hutang.hahaha.it's showtime!

saya sangat sayang baby-baby saya dan juga baby khairul kerana saya bersusah payah kerana beliau.haih semua pun mummy perlu bersusah-payah.macam mana kalau ada baby yang real nanti.wah wah berangan dah.haha sudahhhhhh.

tadi ada orang gila buzz dekat ym.mintak maaf ye semua.zaman berborak dengan orang yang tak dikenali dekat ym dah jadi zaman purba kala.ada orang cari jodoh guna ym.and i was like ???.one word GILA.synonym CRAZY.kadang-kadang sampai rasa annoying gila rasa nak hentak laptop dekat kepala orang itu.tapi mana boleh.laptop itu nyawa.laptop itu jiwa.lebih sayang laptop dari kepala orang itu.MESTILAH.dan biasalah alasan baik punya yang saya selalu guna kalau diorang dah sibuk nak berkenalan sangat.

'oh sorry i need to send my husband to work now'
'i am too busy with houseworks and my child'
'i'm married and have 4 children'
'i am fat-ugly old woman with 89kg weight'

lepas tu memang macam suis automatik weh.erm okay nice to meet you watever.HAHA.tapi ada yang gila taknak percaya memang aku report as spam.padanlah muka engkau.nak cari jodoh pergilah agensi cari jodoh.senget betul.menserabutkan kepala otak dan neuron je.lagi satu diorang ini dari serata dunia tahu.budak-budak kita ada.alah budak-budak yang baru nak naik ni.sangat mentakutkan.kalaulah diorang tahu dengan siapa diorang berhadapan.

oh ya hujung minggu ni perlu membawa baby-baby beriadah rekreasi supaya menjadi sihat dan kuat.Mt.Eden mungkin?heeeeee~

Tuesday, August 3, 2010

raja monopoly.ngahaha~

siapa cakap izzati tak terer main game komputer?jangan ingat tangan yang main masak-masak tanah dalam tempurung ni sebarangan tahu.haha.tengok tengok tengok.tengok siapa bankrap dulu.KAHKAH.gila jahat kan aku.tapi nak buat macam mana.ada orang terer main zombie.ada orang terer main cooking academy.ada yang lain terer main burger island dan sewaktu dengannya.saya?kali ni cover monopoly pulak.i am the king of monopoly.kan.hahaha.siapa nak lawan monopoly dengan saya?addicted oh main benda alah nih.rasa macam zaman dulu-dulu main saidina tak pun jutaria.haha seronok pegang duit tebal-tebal.bina rumah berderet-deret.cumanya monopoly ni macam pening sikit.macam kena fikir lebih sikit.bukan macam saidina sesukahati bina rumah hotel bersepah sana sini.haha.lepas tu ini versi digital.nak pegang duit tebal-tebal?mimpi lah kau.haha.semua klik sana sini je.tapi bila menang dan victory boleh print screen macam ini.wah seronok tak terhingga.HAHA.

ini apabila sudah tiba the end of the game.Sizuka's Victory.sukaaaaaaaaaaa gila.hahaha.komputer kalah.king of games pun kalah.eh bukan.king of zombie.haha ampun ampun pakcik syaff.eh pakcik pol.aku menang kan?nak lawan lagi?hahaha~

ini buktinya assignment berderet tapi takde keje nak buat.hish hish hish.ko baca ni pol?pergi buat assignment sana.haha lepas ni challenge apa lagi?aku on je game lain.tumblebugs pun layan.cuma zombie bukan bidang kepakaran aku.itu hak milik kau sepenuhnya.haha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...