Tuesday, August 10, 2010

saya rinduuuu...

Malaysia.dan orang-orang di Malaysia semestinya.hujung tahun ni kebanyakan kawan-kawan saya akan pulang ke tanah air dan bertemu insan tercinta.ecewah.izzati?oh tak.saya tak balik.tak percaya?betul lahhh.tak balik.kawan-kawan yang pelik sikit ada tanya 'eh izzati kau tak balik?kau tak rinduuuu.............mak kau?' haha okay ayat macam nak terbocor rahsia dekat situ.baiklah keputusan muktamad.izzati tak balik Malaysia.izzati hanya akan balik Malaysia hujung tahun depan.baiklah muktamad.tutup kes.tetiba mana datang kes pulakkk.haha.

tahun ini dua kejadian besar saya sudah dan akan terlepas.pertama, sepupu berkahwin bulan Jun yang lalu.tiada muka izzati yang menyibuk buat hantaran dan mengisi gula-gula dalam kotak.tiada juga wajah izzati menyibuk tiap-tiap kali orang mahu ambil gambar.mana izzati?beliau di depan laptop di New Zealand dan menatap wajah riang gembira sepupu di hari perkahwinan.sadisssss memang sadissss.kedua, hujung tahun ni bapa saudara pula akan melangsungkan pernikahan.emak bertanya abah, 'taknak hantar duit dekat along ke biar dia balik pejah kahwin nanti?'.lalu abah menjawab, 'takyahlah.biar duduk sana.bukan apa pun.' lalu saya berfikir.mungkin abah merajuk dengan anak beliau.sebab masa abah sibuk tanya nak balik ke taknak, saya dengan cool menjawab, 'tak balik kot bah.nak kerja waktu summer nanti.hehehe.' padan muka izzati.tapi nanti ada benda yang kawan-kawan [yang pulang ke Msia] akan terlepassssss.sekali seumur hidup mungkin.haha.apa dia?apa dia?hahhh tunggulahhh.surprise surprise.

kawan-kawan dekat Msia mula puasa besok kan?selamat bertarawikh okay semua.kami di New Zealand mungkin akan berpuasa hari khamis.huyeh!ok bukan huyeh.sebab nanti raya mungkin akan lambat sehari*sob*.bersabarlah hatiiiiii bersabarlah izzatiiii.nasib baik masa itu cuti mid-sem.takdelah sadis sangat kutip duit raya dalam kelas.ehhhhh duit raya?hahaha.mak nanti jadi wakil along kutip duit raya dekat rumah tok ye.cakap dekat makcik pakcik semua, jauh dimata dekat dihati, duit raya jangan buat-buat lupa pulak.sekian,pantun dua kerat dari anak saudara tersayang dari perantauan.haha~

Monday, August 9, 2010

tak tertahan~

title macam biasalah.nak drama tapi bukan drama airmata.drama mata air.eh bukan.drama air mata kucing.sekejap.AIR mata kucing atau AIR MATA kucing?tetiba.haha.actually sejujurnya dah lama menahan hati dari mentulis entri tentang puasa, Ramadhan dan sewaktu dengannya.punyalah 'sabar sabar Izzati.tunggu besok nak puasa, malam ni baru tulis entri ucap Selamat Berpuasa dekat semua orang.baru gempak.baru cool.' namun kecundang di tengah jalan.tapi tak kena langgar sebab semua orang pergi kenduri.eceh apakah yang engkau mengarutkan ini.haha.
ehem-ehem*batuk*batuk*
disini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam di serata dunia.tapi disebabkan saya tulis dalam bahasa melayu jadi sepenuh hati saya yakin bahawa warga Malaysia sahaja memahami isi hatiku ini.tetiba nak novel.haha.okay okay serius.siapa yang dah habis ganti puasa syabbas bete.me tumse intezar karoongi.hapelah yang kau cakap ni izzatiiii.

bonda di Msia sibuk bertanya taknak buat salam perantauan ke wahai anakku.lalu anak beliau berkata.'tak perlu emak.nanti along pos gambar banyak-banyak balik rumah.berkualiti tinggi dan tidak akan dijadikan pengalas ketupat sewaktu hari raya nanti.kalau buat salam perantauan tetiba hari tu along keluar paper haritu pulak abah tak beli paper bagaimanakah?don't worry mama.i love you.' yang penting emak jangan lupa kirim kotak hikmat untuk raya anak disini.mana nak cari rempah rendang dekat sini.ibuuu ibuuu engkaulah ratu hatikuuu.anak emak dah nak belajar masak macam-macam dah ni.emak sila gembira kerana anakmu sudah semakin dewasa.kannnn.padahal dalam hati sedih.biasa bulan puasa emak selalu tanya 'anak mahu makan apa?' dan anak pasti meng'order' bermacam-macam jenis makanan.sebab itu anak emak bagai dipam-pam.haha.sekarang anak emak disini.emak pula disana.rindu emak~adik-adikku, sila jaga emak dan abah elok-elok.jangan malas membantu emak di dapur mahupun di halaman rumah.cuma jangan ganggu emak di mesin jahit.nanti baju raya yang orang tempah semua senget memang huru-hara.

ini hadiah untuk anda semua.sila gembira.saya pun tak faham mengapakah bahasa entri malam ni macam berlakon teater.padahal bukan apa pun.belum nak raya lagi pun.puasa pun belum.haha.sila ambil lepas tu cakap.eh bukan cakap.mana boleh cakap dalam blog.tulis 'Salam dari Auckland'.ecewah macam salam perantauan pulak dah.haha.semua ambik ambik lepas tu gantung dekat blog masing-masing.satu untuk satu blog.jangan lawan tauke.tauke pun ada satu ni je dalam blog dia.haha.

sayang fareha sangat-sangat sebab teman saya makan dekat Ayutthaya tadi.risau kempunan Chicken Fried Rice masa bulan puasa nanti.jadi habiskanlah segala kempunan dalam masa dua hari ni.cuma awas jangan sumbat semua makanan macam lepas ni dah tak jumpa makanan.haha.tong jadinya nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...