Thursday, August 12, 2010

hari ini penuh cabaran

hari ini 1st of Ramadhan di New Zealand.cuaca Auckland seram-seram sejuk macam biasa.baju tiga lapis pun belum pasti boleh menyimpan haba sepenuhnya.baiklah ayat berita terkini perlu ditukar kepada ayat lebih informal.bertukar!!haha over over.hari ni ada school-visit.macam biasa tiap-tiap hari khamis kitorang ada school-visit.tapi hari ni super-duper busy mengalahkan busywoman.gituhhhh~8am-2.30pm is for school-visit.3pm-5pm ada kelas Esol 201 dan jam 6pm-7pm adalah test EDUC223.

school-visit hari ni agak menarik.Remuera Intermediate.taknak cerita banyak tapi sekolah ni sangat awesome.awesome macam mana?dalam computer lab semua komputer iMac.ada technology class yang ajar budak-budak sewing, cooking.even ada kelas HIP HOP wa cakap luuuu.siapa nak ajar hip hop dekat sekolah wehhh.tapi sini ada.memang tip top punya sekolah.paling terbaik dah tentu cikgu-cikgu dia.rileks gila kot masa assembly siap buat drama.paling tak boleh blah pengumuman pasal siapa ada hilang duit, 'if anyone lost their money, please see me and tell about the amount also the serial number.' haha siapa hafal serial number duit dia?memang lawak sempoi gila.haha.and yes the school is awesome:)

ni waktu rehat.jakun tengok pokok sakura.cantikkkkkk kot.rasa macam dekat Jepun.ni kalau menipu gambar ni dekat Jepun ni orang percaya nih.haha~kalau tengok budak baju kurung pink tu memang dia pelik.cerita asal?angah cakap 'okay buat gaya power rangers!' budak baju kurung pink sangat patuh kepada arahan.akhir sekali dalam gambar ni orang lain semua normal tetiba dia sorang jadi power rangers.haha gilaaaaa~alahh mesti korang kenal lah budak baju kurung pink tuh.haha~

ini bunga sakura.bukan para-para sakura.bukan jugak cardcaptor sakura.kura-kura lagilah bukan.haha~

habis school-visit masuk kelas Esol201 pulak.rasa nak pengsan ada sebab penat pergi sekolah lepas tu ada kelas lagi.writing lagi.siap selalu kena aim pulak dalam kelas hari ni.izzatiii izzatii..

lepas kelas pergi solat Asar.masa tu dah pukul 5.15pm.test pukul 6pm.bukak puasa pukul 5.44pm.tiba-tiba teringat yang test ni kena bawak student ID.check beg.SAH!student ID tertinggal dekat bilik.ini kes naya.sangat menganiaya hati.i was like.OMG.my hostel is like 3km from university kot.waktu perjalanan biasa 30 minit.dan saya hanya ada 45minit untuk berjalan balik dan berjalan datang ke universiti kembali.dannnn puasa kot?badan dah lembik punya gagahkan diri berjalan laju balik HUIA[hostel saya].dengan baju kurung semua dah hilang ayu dah biarpun pakai kasut bunyi 'tuk tak tuk tak' jalan.sampai bilik apa lagi capai student ID,tukar pakai sneakers.lantaklah orang nak cakap apa.baju kurung comel dah tetiba sneakers kotak-kotak.haha layannnn~jatuh saham takpe asalkan tak terlepas test.bahaya oh.tetibaaa test tak payah tunjuk student ID pulakkkkk.*pengsan*

tetiba test pulak susah gila.berselirat otak rasa nak fikir jawapan.nasib baik MCQ[multiple-choice questions].kalau ada yang tak tahu nak jawab macam mana pejam mata lepas tu tunjuk jawapan guna pen.teknik lama dah tuh.dari PMR lagi.haha~tapi dalam hati Tuhan je tahu.Ya Allah hati dah habis redha dah nih.dahlah tak study mana,tak pasal-pasal kantoi test ni nanti T____T

lepas test rasa nak makan habis-habis.bukak puasa pun pow fries fareha sikit lepas tu muneera bagi donut sedap, lepas tu terus masuk test.pergi Munchy Mart dekat universiti konon nak beli air SAHAJA.tetiba ada Corntos murah.tahu tak Corntos?haha dekat sini ada jugak tahu.murah pulak tuh. 2 for $1.50.mula-mula nak ambik 2 je tetiba TERambik 4 pulak.kongsi dengan Fareha.heeeee~tetiba*lagi* masa nak bayar, cashier tu hulur sebotol Vitamin Water.izzati macam biasalah modal dia.buat muka pelik.HAHA.dia cakap 'you are fasting right?this one free gift from boss for Ramadhan.' sambil senyum.dalam hati ni, ALHAMDULILLAH~

dapat dua sebab sekali dengan Fareha.heeeee~ada hikmah segala perkara yang terjadi hari ini.mengajar saya erti bersabar dan redha dalam semua perkara.dan Allah bagi ganjaran rezeki Vitamin Water free untuk saya hari ini.Alhamdulillah thanks to Allah:)

p/s: terima kasih daun kari kepada makngoh selamoh dan miss faten sebab buat entri pasal blog worldofsizuka dekat blog diorang.JASAMU DIKENANG SELAMANYA~=')

Wednesday, August 11, 2010

pada suatu hari....

Zaman kanak-kanak tadika,
'Siapa puasa penuh hari ni dapat 10hinggit!' apa lagi berlumba puasa dengan sepupu semua.kalau biasa tiap-tiap hari puasa pun berlari sana sini macam tak puasa.haha memang tak puasa pun.tapi bila tok cakap 'siapa puasa penuh hari ni dapat 10 hinggit!' excited tak ingat dunia dahh.memang hari tu tak bergegar langsung rumah tok.bila cari mana budak-budak yang biasa menggegarkan rumah tok, semua tersadai atas lantai.nak puasa penuh punya pasal.boleh pulak tak logik gila tengah-tengah semua lembik dan kelaparan tu tetiba 'siapa kentut nih?hahhhh tok cakap kalau kentut batal puasa!' lepas tu semua pakat risau.macam mana nih.kalau kentut batal puasa.nanti tak dapatlah duit.kena tahan kentut lagi.hahaha mana datang tok cakap.suka-suka hati je buat hukum sendiri.punya nak berlawan siapa dapat 10 hinggit hari tu sampai kentut pun boleh batal puasa.memang tak tahu hukum betul.

Zaman darjah tiga,
[Hari 1st puasa dan cuti] 'Along,adik nak air teh o.' Kakde ke Ijat yang mintak saya pun tak ingat.elok je saya buat air teh o letak gula semua lepas tu siap amek cawan lain nak RASA.hahaha.gila senget masa tuh.tengah syok-syok minum baru teringat 'Emak!along TERminum air teh adik!' punya heboh satu rumah.haha.bising gila cakap 'TERminum lah bukan sengaja.mak cakap kalau TER takpe.'patutlah rasa best je minum masa tuh.macam lama tak minum teh.puasa rupanya.hahaha.masa ni hal hukum kentut boleh batal puasa tuh femes lagi dekat sekolah.sampai cikgu pun pening.bila dengar je kentut batal puasa, budak-budak darjah satu pakat minum air paip semua.hahaha~

Zaman sekolah SHAH PEKAN,
bila sampai je waktu bukak puasa, mesti ada bunyi meriam.kalau sebelum tu bising, masa bunyi meriam tu diam 5 saat, habis bunyi meriam semua 'aaaaaaaaa' tanda senang hati dah boleh isi perut.masa tu perang bunyi biji kurma dalam tray.sana 'ting' sini 'ting' sampai ada yang sanggup buat balingan jarak jauh semata-mata nak menghasilkan bunyi paling 'ting'.haih memang tak matang.kalau tetiba ada bunyi 'tang' pulak?apa tu?haaaaa itu nama dia makcik DM tengah hempas tray.tetibaaaa.haha.masa ni mitos kalau kentut batal puasa dah semakin hilang ditelan arus zaman.ok ayat karangan BM tingkatan lima untuk dapat A.muahaha~

Zaman di IPTI, Johor Bahru
'weh kalau nak gi bazar nak kirim nasi lemak kukus satu!kau pergi bazar stadium ke yang dekat Giant sana?' ayam percik, rangka ayam, nasi ayam, ayam golek, semualah.abc rock, air kathira,air tebu,air soya panas sejuk suam-suam kuku.nama pun duduk maktab.mana boleh masak.nak bukak puasa antara makan dekat surau atau makan dekat luar.sekali-sekala tekak nak rasa makan sedap pergi makan luar.paling dekat cenderawasih.oh itu pujaan hati.tak percaya pergi tanya budak IPTI.biasa makan mana?mesti jawab CENDE.nama famous itu.'kau dah beli tiket raya?cepat weh dah banyak habis dah.tak balik beraya lah aku.' tapi serius tak pernah terjadi lagi tak dapat balik raya on time.haha.musim-musim macam ni banyak ulat tiket.kalau jalan-jalan cari pasal dekat Terminal Larkin tu memang boleh jumpa banyak pasal.

Zaman sekarang di Auckland,NZ
'hari ni nak masak apa?dah kering idea nih.sahur macam mana?bukak puasa macam mana?' alhamdulillah sekarang winter.maghrib pun masuk pukul 5.45.tak merana mana.bayangkan kalau Ramadhan waktu summer.menderita perut.pukul 9.00 baru masuk maghrib.hoho.pulak puasa lambat sehari dari Msia.raya nanti pun lambat sehari.dah takde nak chop chop tiket raya.kenang daku dalam doamu je lah.tetibaa.tiada ayam golek,tiada nasi kerabu,tiada kuih-muih.sabarlah hatiiii~takde keje pagi-pagi hari.tapi dah sah dah.patut pun mak nak jahit baju oren tuh.berbaju orenlah saya raya tahun ni.selamat hari raya oren.tetiba kau puasa pun belum dah ucap hari raya.booooooo~ntah apa yang saya garis tu pun saya tak ingat.haha.oh ya.mesra dan prihatin.ecewahhhh.mesra mengumpul duit raya dan prihatin kepada jumlah duit raya?apa kata anda?haha.

suhu terbaik hari ini.4 celcius dan saya menggigil di luar sana.hari esok sangat mencabar.super-mencabar it is.jika ianya 1st of Ramadhan, saya ada school-visit 8am-2.30pm,kelas ESOL201 pukul 3-5 pm.pukul 5.44pm berbuka puasa insyaAllah dan Test 1 Educ223 jam 6-7pm.OH SWEET~*pengsan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...