Sunday, August 22, 2010

tunda tunda

tadi baru nak buat mukaddimah entri nih tetiba internet breakdown T____T memang sangat mengkacau mood.tapi sekarang sudah ok dan sudah boleh bercerita dengan happy.okay bukan happy sangat sebab entri ini agak berbau emosional.tapi bulan Ramadhan mesti sabar kan?jadi entri ini akan jadi emosional-dalam-kawalan.haha.hape-hape aje lah.

tengok tajuk macam nak cakap pasal pukat tunda tapi harap maaf ini bukan blog mari memancing dan mengebom ikan.mengebom?apekah?abaikan abaikan.haha.ini cerita tunda kereta.biasa kan kalau ada kereta accident mesti orang datang untuk tarik kereta bawak pergi bengkel kan?tak tahu nak describe macam mana mereka-mereka ni.hurmmm.tapi nak assume yang korang faham boleh?kiranya korang tahulah mereka-mereka ni kerja jenis macam mana.tak payah saya describe bagai.boleh kan?yang tak faham mungkin boleh tanya encik google.encik google kan yang paling serba tahu dalam dunia ni:P

alkisah ni dua hari lepas.di Msia.tengok hal Msia sampai NZ tahu.sememangnya bukan hal kecik lah.beberapa minggu lalu, bapa saudara menjadi mangsa.terbaru encik KAN kena perangkap dengan mereka-mereka yang disebut di atas.set perangkap dekat highway.semalam mak saya beritahu mereka-mereka ni sekarang kurang income.jadi ini projek mega mereka lah untuk mendapat income dengan kadar segera tapi dengan cara kotor.bayangkan tetiba kereta depan anda berhenti secara TIBA-TIBA tanpa signal.memang gedebung gedebang hentaman berlaku.dan ini hasilnya...

hal paling magik dalam dunia ialah kereta depan tu calar sikit je[khairul cakap] dan boleh blah macam itu sahaja tanpa risau keadaan kereta beliau.kawan khairul cakap biasa diorang dah ready benda keras dalam bonet tak bagi 'kereta perangkap' kemik.ke ejaan dia 'kemek'?whatever lah kan.haha.dan tambah magik lagi sampai kalah Harry Potter adalah secara automatis ada sepuluh [diulang SEPULUH] kereta tunda dah ready tunggu tepi jalan.what the heck?i mean memang what the heck lah kan.nampak sangat bai.tak cool gila pasang perangkap.like HELLO bulan Ramadhan kot?makan rezeki haram lah lu orang.biar Tuhan balas.yelah memanglah SAGA je pun.tapi HELLO*lagi* itu kereta kot?kau ingat basikal boleh heret-heret dukung-dukung pergi bengkel ke.nasib Saga.dibuatnya khairul guna Alfa Romeo?jawab sendiri lah.

perhatian: kereta dalam gambar atas tu dengan kereta bawah ni bukan kereta yang sama.

kereta bawah ni hiasan semata-mata.sebab semalam khairul keluar statement 'saya langgar bumper belakang kereta tu sikit je tetiba kemik macam yang awak langgar tiang dulu tuh'. maka saya terus HAHAHAHA. sangat kenangan. ini masa belum dapat lesen tapi gatal kaki nak main clutch gear segala.confident boleh drive turun bukit.tetiba bang!!! langgar tiang.habis mak merajuk seharian.tapi boleh kata agak bernasib baiklah budak izzati ni langgar tiang.bumper je kemik.tapi enjin, aircond dan semua organ dalaman masih terbaik.tak tersentuh langsung.ah tengok tuh nak gelak dah.ini masa belum ada lesen lah.zaman jahiliyah takde ilmu pasal kereta lagi.sekarang dah ada lesen tahu.Kluang dah sampai,Kuantan dah jelajah,Pekan dah jajah.haha.


p/s: berhati-hati di jalanraya.abaikan tukang-tukang tunda kereta.ingatlah orang yang tersayang:)

Friday, August 20, 2010

tetiba terfikir

tetiba terlintas di fikiran [padahal boleh je nak cakap 'terfikir'.punya nak keluar ayat drama.haha] terasa nak buat contest dekat blog.tetapi tak terfikir olehnyalah pun nak buat contest pasal apa.photography ke.seni melukis ke.seni menconteng ke.atau seni bermain congkak?apakah perkaitan mereka semua ini ?adakah saudara atau cuma kenalan biasa?apakah kejadahnya izzati merepek merapik ini?ini cuma khayalan belaka.hahaha.sorry sorry ter'over' mengarut.mesti ada yang dah fikir apasal izzati annoying gila dalam entri nih.mintak maaf mintak ampun.biasalah kepala sudah ting tong sebab minggu depan ada 3 assignment kena submit T____T.ahhhh pedulikan semua itu.itu semua hal dunia.habis itu ini hal planet marikh ka?bukannn bukannn.saya bukan alien.tetibaaa.haha.baiklah terus ke titik pertemuan [straight to the point], jika anda berminat untuk mengutarakan*bukan mengselatankan* pendapat anda tentang jenis contest yang patut sizuka anjurkan, sila jangan malu jangan segan hantarkan penyertaan anda dengan menekan butang 'commentos' di atas sana dan silalah taip tanpa segan silu kerana sesungguhnya tiada orang lain yang akan melihatnya melainkan anda dan saya*selaku penganjur*sahaja.meski belum termaktub lagi apakah jenis contest yang diadakan, maka dengan ini saya dengan senang hati mengumumkan hadiah untuk pemenang utama ialah pakej melawat izzati di NZ.OH TIDAK.bukan sponsor.haha okay okay main-main je.alaaaaahhh tengok tuh dah nak klik butang pangkah lah tuh.gurau-gurau sikit cepat sentap ye?bulan puasa mesti??SABAR.hadiah itu surprise.kena tunggu pengumuman hari raya.erk kaitan?haha~

sebenarnya dah ada idea dalam kepala tapi mana tahu korang-korang ada idea yang lagi bernas dan cergas macam dalam pintar pintas atau joe jambul.gituhhh~

ini semua memang tetiba terfikir.bukan sengaja fikir.sebab tak pernah buat contest dan tetiba terasa nak buat contest dan rasa seronok tengok orang buat contest dan...rasa-rasa sukses ke izzati nak buat contest?

p/s: lambat lagi sebenarnya plan nak mulakan contest ni*sebab tak cukup ongkos+masa*tapi bak kata orang sediakan payung sebelum hujan,nanti dah hujan kalau takde payung basah pulak.ehhh tetiba explain pasal peribahasa apasal.haha.orang putih cakap ini peringkat drafting.prevention is better than cure.welcome to the club.[tak pasal-pasal je kau ni izzati]

mahu tidur sudah.dekat Msia baru nak berbuka ye?Selamat Berbuka semua.sekarang disini sudah jam 11.10pm.tolak 4 jam dapatlah waktu Msia sekarang.baiklah sebelum izzati tetiba memulakan kelas matematik darjah satu tambah tolak bahagi darab eloklah pergi lari jauh-jauh dulu.saya cakap jauh-jauh je.bukan laju-laju.nanti ada yang report dekat mak cakap izzati suruh lari laju-laju sampai semput tak cukup oksigen jadi kena buka puasa.haaaaa jangannnnn.saman nanti.haha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...