Wednesday, September 8, 2010

kawan-kawan saya super-best~

1 Syawal nanti, takde emak,abah atau adik-adik disisi.takde pakcik makcik yang akan hulur duit raya.mungkin, takde beraneka jenis kuih raya.mungkin takde adegan jalan-jalan keliling kampung, dengan tujuan kutip duit raya-sampai-penuh-poket dekat tiap-tiap rumah walaupun tak kenal tuan rumah.hahaha itu izzati masa zaman kecik-kecik.memang agak terlebih melampau dekat situ.

but here, right now, without family, i have all my friends.yang semua memang super-cool, super-best & super-awesome:)

shopping barang-barang untuk Sambutan Hari Raya nanti.driving around Auckland just for shopping.awesome eyh?penat tapi seronok tengok troli penuh.bukan selalu shopping macam nak bukak kedai runcit macam nih.haha~

and spending our time together buat kerja emak-emak dan ayah-ayah biasa buat beberapa hari sebelum raya.the feeling is great.kupas bawang-pedih mata-dan mengalir air mata bersama-sama.main blender-blender and so forth.for the time being, Friends are all we have.super-F, Family and Friends.and yes both F are precious to me, and you too.right?

sometimes, I feel like they are my siblings.

p/s: well.more stories to come.we have two days before the actual day of our Raya celebration.and tomorrow, there'll be another happy day.I hope so:)

Tuesday, September 7, 2010

hari yang best

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Salam perantauan~

Hari ini ibarat impian menjadi nyata.bukan menang loteri ataupun lori.haish haish.semua pun fikir duit je kan.bukan bukan.impian menjadi nyata bila dapat jumpa anak-anak murid Skype nun jauh di mata tapi dekat di skrin setiap hari Jumaat jam 9.45pagi untuk sesi belajar melalui Skype.ye ye memang canggih.saya pun jakun mula-mula.belajar guna Skype?yakin ke budak tu boleh belajar?insyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.sebenarnya benda ini ialah suatu research.jadi kami sebagai tutor, yang membantu research belajar melalui Skype dilaksanakan.ewah ayat kau dah skema dah izzati.haha.izzati punya anak murid bernama Junior.namun hampa kerana Junior tidak datang sekolah hari ini.tsk~sudah bukan masa untuk drama izzati.
mula-mula sampai setelah 45minit terpengsan dalam bas.haha.biasalah.dah tahu jauh, memang dah set awal-awal nak tidur dalam bas.padahal baru 5 minit je naik bas dah lentok.macam mana tu.hahaha.
Junior takde.ganti dengan budak ini.haiyoo super-hyperactive ini budak.penat nak melayan.ada budak perempuan sebelah dia.mula-mula nampak saya sengih comel-comel baik punya.dia cakap, "you look nice." saya cakaplah "thanks."then saya senyum se'nice' mungkin.[i am nice*saya cakap dalam hati*]miahaha.ceh senget kau izzati.hahaha.

ada budak sorang ni tadi tanya "are you chinese?".terkejut jugaklah kan.dah lama takde orang tegur muka macam cina.haha.mungkin sebab tidur tak cukup jadi mata saya super-sepet.ke terlebih tidur?ahhh tak penting.haha.rupanya tak berjaya lagi misi membulatkan mata nih.hahaha.
children are wonderful.aren't they?

berkalung-kalung penghargaan kepada cik tieah di atas hadiah hari raya ini.oh lupa nak copy kad raya tuh.aiyooo nyanyuk.haha.tapi cik tieah,pantun anda memang super-cool lah.saya sukaaaaaa~lagi satu rasa macam terharu ada nama dekat atas tuh.rasa macam nak touching pulak raya nih.kakakaka~

ini dari kakak pp, pelipat surat cinta terbaik zaman sekolah Shah Pekan.kakakaka~

Puasa penuh tak taun nie?
errrr.saya perempuan normal.jadi jangan mengada buat tak faham.libas laju-laju nak?tetiba garang.haha~

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
mestilah.saya kan baik.heeeee~

Kampung kat mana?
kampung dekat Pahang.dekat Malaysia sana.sobs~

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit
gojes.sebab saya taknak cakap comel.kakakaka~

Awak nak tag org, tag aje laa T____T
taknaklah.boley?haha~

thanks kakak pp tembam:P

p/s: besok dah nak start shopping barang-barang untuk sambutan hari raya nanti.oh busy busy.assignment belum start lagi.minggu depan dah start kelas balik.ohhhhh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...