waktu sibuk memasak ayam masak merah untuk open house haritu, tetiba ternyanyi lagu ni.mungkin sebab tengah masak ayam kot.ntah mana sengetnya tetiba keluar
ayam...bermacam ayam lepas tu apa lagi.orang cakap lepas intro mesti wajib sambung.haha.
walaupun orang tua-tua cakap,
anak dara tidak elok menyanyi di dapur,nanti kahwin dengan orang tua.kitorang nyanyi je sampai habis.siap ketuk-ketuk senduk tak leh blah.habis je lagu semua gelak tak habis.haha.tak sangka still hafal lagi lagu ni weh.erk okay
saya dengan nisa yang hafal lagu ni sampai habis.haha.lagu zaman kecik-kecik, nyanyi sambil kejar ayam.tapi bila ayam kejar balik, menangis pulak.kahkah~
makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yawwwww~
saya suka part itu.awal-awal waktu makan leher ayam biasa-biasa lagi,sampai dekat yawww tu mula nak over sikit yawwwwwwwwwww.hahaha.