Saturday, December 11, 2010

cerita pasal header

pertama sekali, terima kasih daun kari kepada encik asada ryutaro, si jejaka mesir.anda berjaya menjadi penyumbang utama trafik blog izzati hari ini.syabbas bete!followers pun bertambah.murah rezeki hari ni alhamdulillah.terima kasih kepada yang sudi datang blog yang kadang-kadang merepek puaka niyang merapik nih.kalau tak merepek, bukan blog izzati lah tuh.HAHAHA.

ini header blog asada.orang dah tahulah buat apa nak bagitahu lagi.boo!

actually tidaklah sepenuhnya saya yang buat.YES saya buat tapi di bawah kawalan asada sendiri.di bawah kawalan katenye?hahaha.saya buat, dia tengok.dia tengok, saya buat.macam itulah kata pendeknya.Mesir-New Zealand lagi jauh dari Malaysia-New Zealand okay.even sekarang saya dah malam tarakucah tarakucah, dekat sana siang terang tang tang lagi.makanya, bak kata orang dunia di hujung jari,gunakanlah sebaiknya.

selepas berhempas pulas memerah otak mengklik mouse, makanya terhasillah header asada yang sekarang ini. asada, dalam entri terbaru beliau siap cakap saya handalan super lah whatever kan.sebenarnya tidaklah sesuper mana.kalau lawan dengan superman, saya kalah lagi sebab saya tak boleh terbang tinggi.BERAT.jangan sedut lemakkuuuuuu.HAHAHA.

saya bukan pro hal-hal design header ni.kalau asada pass kerja buat header ni dekat saya 100%, entah apabenda makhluk asing kepala limabelas pun boleh keluar dekat situ HAHAHA.makanya, kalau nak mintak tolong, boleh insyaAllah saya tolong.kalau nak idea, insyaAllah saya boleh tolong kupaskan idea bernas anda aicewahhhh.tak gitu gamaknye?

kalaulah saya pro, mungkin header saya tampak hebat di saat anda masuk ke blog ni.realitinya, ek eleh apabenda asada cakap dia hebat padahal header pink hitam yang template punya aje lah?.HAHAHA.sebab tu saya cakap saya tidak sehebat sabun handalan pembalut warna biru.tetiba.

p/s: i am a learner, and forever a learner.*aicewahhh omputih pulak ye tetiba?* :P


jeritan batinku

saya rindu Malaysia.lebih jujur, saya rindu MAKANAN Malaysia.OMG berapa kali lah kau nak buat entri rindu MAKANAN nih izzatiiiiiii oih.to be honest, ini bukan kali pertama HAHAHA.sudah ada kali pertama disini.makanya, ini ialah kali kedua.mungkin beberapa bulan lagi, akan ada kali ketiga pulak.hahaha~

jenguk blog Sis Monalea, nampak yong tau fu, sate *telan air liur*.pernah sekali, bukak blog Ciek Niena dengan Silah, dua-dua duk tayang ABC, airbatucampur lah bukan A-B-C 1-2-3 hahaha.masa tu, dalam hati Ya Tuhanku kuatkanlah imanku.

tapi nak buat macam mana kan.tiap-tiap kali telefon mak, soalan wajibul ghunnah ialah : mak harini masak apeeeeeeeee.bila mak cakap, asam pedas ikan patin lepas tu mula lah buat suara kesian makan jangan lupa alongggggg tsk.tetiba kan padahal menangislah airmata darah sekalipun manakan ikan patin nak terbang datang sini suruh dimasak asam pedas HAHAHA.gila hapa aku nak pergi merentas Lautan Pasifik sana semata-mata nak bagi izzati letak aku dalam asam pedas dia.nehi kabhi nehiii.itu namanya bunuh diri.bunuh diri berdosa, tahu? kata ikan patin yang boleh berbahasa hindustan selain bahasa ikan [hahaha].

kawe anok pahang, umoh kawe tepi sunge pahang.kawe suke makan ikan paten.pohpaleh wehhhhhh.perangai apa kan tetiba keluar loghat dekat sini.HAHAHA.

makanya izzati, bersabarlah sayang.dalam jangka masa ini, kau hadaplah strawberry dengan coklat sampai kenyang.sekali sekala bila nak makan strawberry tu, pejam mata, bayangkan je lah macam tengah makan rambutan.OH NO rambutan??OMG rindunyaaaaaaaaaalah.lama betul tak nampak rambutan.kalau durian, ada lah jugak jual dekat sini WALAUPUN FROZEN.

dear strawberry, please bear with me.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...