Assalamualaikum & Hello ^___^
pagi-pagi, security phone berbunyi.
you have a delivery miss.please come down to pick it up.bergegas dari tingkat limabelas, senyum senang hati.
parcel dah sampai ngeeeee~ini
kiriman kasih sayang dari emak buat kali keempat, selepas kali pertama,
kedua &
ketiga.
tapi.ini
kali pertama parcel diposkan ke rumah baru.aicewahhhh.YES rumah saya dekat Queen Street a.k.a tempat yang saya selalu pergi tabur duit beli baju sampai penuh wardrobe tuh.hahaha~
macam biasa.pakcik makcik MAF tidak akan sesekali melepas anda begitu sahaja.apa-apa pun
diorang mesti check walaupun parcel itu sekecik mana.ketat yawww peraturan dia.dulu,
sup bunjut kena rampas.kemudian dekat nak raya,
serunding pulak jadi mangsa.
Alhamdulillah diorang tak rampas belacan.mungkin tak tahan bau dia.HAHAHA.
at first, saya teka ini ialah selendang.namun, mereka BUKAN SELENDANG.mereka ialah DRESSES.Ya Tuhan tacing betul perasaan.sekarang, emak saya sudah pandai
bermanis-manis dengan anak yang jauh di perantauan.DULU, saya
bukan seorang yang suka bergaya, even dress-up sedikit pun non-ado.nak keluar pergi mana pun, just pakai
tshirt + jeans + tudung hitam.sampaikan kalau orang jumpa tudung hitam dalam rumah tu,
ni tudung along lah ni tak ada tudung orang lain dah.DULU, saya memang
susah betul nak beli baju baru.
tak ada yang berkenan,sampaikan mak yang offer
along nak beli baju baru tak?waktu tu,
zaman kegemilangan adik saya,angah.dia lah shopaholic terhebat di alam semesta.SEKARANG, bukanlah dress-up sangat tapi saya dah lebih kepada
berpakaian ala gadis-gadis giteww.
ouhhhhh gelinya baca ayat sendiri hahaha.
dan sangat senang keluarkan duit buat beli baju baru sampai nak meletup wardrobe tuh.hahaha.
yang paling buat saya tacing, dua-dua dress ni cantik sampai saya rasa nak jerit + memang jenis kain yang saya suka.
mak along sayang mak tahu nanti along beli handbag dengan purse baru okay?hehehe.lepas tu dua-dua memang saiz saya.OMO OMO OMO excited.hahaha~
mulanya, saya pesan dekat adik saya.
kalau boleh masuklah sekali crocs pink along tuh.crocs hitam yang along bawak dekat sini dah daif sangat.bila bukak kotak tadi,
bukan pink tapi biru putih bunga-bunga yawww.mungkin, crocs pink tu dah dihanyutkan sungai HAHAHA.
terima kasih emak.emak manis sangat.
ini macam biasalah.mana boleh tinggal.sebenarnya, setiap kiriman kasih sayang dari Malaysia,
agenda utamanya ialah MAKANAN.hahaha.Maggi Cukup Rasa dah memang macam benda-wajib-ada-dalam-kotak.hahaha.cumanya
kali ini punya tema ialah Bihun PAMA yang
Rose sebut BIHUN FELDA tuh.HAHAHAHAHAHA.oh ya,
UNO bukan sejenis makanan.motip pos UNO?sebabnya,
nanti nak bawak pergi kerja takut bosan duduk dalam kebun mengadap ceri je yawww.hahaha.
nak beli dekat sini macam rugi je sebabnya saya dah
ada banyak set UNO cards.ini yang Strawberry Shortcake punya.dekat rumah ada lagi 2 set kot kalau tak silap.Cars dengan apa tah lagi satu.kalau beli lagi, dah ada empat set.membazir je ye dak?baik beli Frozen Coke ke Kek Aiskrim ke.ngehehehe~
terima kasih emak, terima kasih adik-adik sebab rela menyelongkar khazanah harta benda beta semata-mata nak cari UNO.kakaka~
p/s: harap-harap hari ni matahari gentlemen sikit.tolonglah keluar please.penat dah duduk dalam rumah ni.