dekat sini,
susah gila nak jumpa makanan laut fresh.semuanya nak frozen.termasuklah ikan.sebab tu kitorang memang
jarang masak ikan atau makan ikan.hari-hari ayam.kalau tak ayam, telur jadi mangsa.tapi
sama spesies jugaklah kan.telur berasal daripada ayam, ayam berasal daripada telur.
apa kejadah tetiba belajar salah silah keluarga ayam pulak nih.hahaha.ehhhhh salah
SILAH?:p.selalunya kalau nak makan ikan, kitorang pergi Ayutthaya.hahhhh dekat situ hentamlah snapper goreng sekor sorang sampai kenyang.hahaha.
apahal cerita pasal ikan pulak.bukan tajuk entri ni pasal ketam ke?HAHAHA.
semalam, pergi Countdown.duk merayau sambil tolak troli cari stok makanan.at the end macam biasalah,
troli memang akan penuh.hahaha.nak dijadikan cerita, saya dengan Ton memang dah kubuntu tak tahu nak masak apa.tetiba lalu dekat tepi peti makanan beku semua tu, tempat ikan sotong ketam segala.
haihhhhhhhhhhh tengok nih!aku tau dah nak masak apa hari ni!!Ton cakap.
dua orang gadis menjerit excited tanpa menghiraukan pakcik makcik sekeliling.
okay hari ni masak lemak ketam yawwww!terus rembat dua kotak.
dah katanya 2 for $7.siapa taknak kan?walaupun frozen tapi ketam kot.
bukan selalu dapat makan.kita tak payah ceritalah part kitorang tolak troli masuk tiap-tiap lorong okay?hahaha.sampai masa nak bayar, kitorang guna
self-checkout punya kaunter, kaunter scan-sendiri-bayar-sendiri.
Ton yang scan, saya pegang troli je masa tu.memang tak sedar apa.sampai rumah, excited nak masak.masa tu lah baru Ton cakap sebenarnya ketam tu sekotak
$13.39.masa tu terkejut tak payah bayang lah macam mana muka saya siap mata yang kecik pun jadi bulat.hahaha.OMG apakah semua ini?gurauan?mainan?
jom pergi mintak ganti rugi!kata saya.gila merapik apa nak mintak ganti rugi tetiba kan?haha.lepas tu ton cakap
tak kuasa haku nak pergi cong ceng cong ceng pasal ketam.biar je lah.hahahahaha.
makanya, semalam dah jadi lauk.
ketam masak lemak cili api.memang ummpph.bukan selalu dapat makan mewah macam ni tau.sekali setahun je.
hahaha sadis gila ayat.ada lagi sekotak dalam fridge.nak masak apa lagi tah tak tau.
sekarang ni, duk buat perangai pergi
blup blup blup malam-malam.hahaha.apartment saya ni ada swimming pool, sauna & gym.kitorang biasa pergi
waktu dah tak ada orang langsung dalam tu.kiranya macam
tempat ini sizuka & ton yang punya!HAR HAR HAR*ketawa gagah*.nama je ada Gym, tak jejak langsung lagi!hahaha.kitorang pergi serang swimming pool dulu.tu lah pasal nama aktiviti ni
blup blup blup.duk terjun berenang berirama segala bagai tak hengat dunia.hahaha.tak pasal-pasal akak bukak kelas berenang dekat situ.semalam,
Nirro datang sleep over & join kelab blup blup blup.hahaha.makanya, semalam saya ada dua anak-murid-tanpa-bayaran.alhamdulillah dua orang anak murid dah pandai sikit berenang.kalau tak, air tuh nak kocak macam motobot lalu.hahahaha~
okay
Silah, rasanya tak boleh nak tipu dah.towel, beg dengan kamera semua nak pink.HAHAHA.
p/s: eh
Fareha, sayang sangat towel yang you bagi i tu tau.cepat balik sini join kelab blup blup blup ^___^