sekiranya ada jiran kau yang sangat sungguh suka memasak di kala larut malam dan seperti sengaja menyebarkan zarah-zarah bau ke seluruh pelusuk apartment sehingga ianya menggugat perut di kala malam begini.jangan tewas dengan dugaan dunia [HAHAHA].tambahan pula, apabila zarah bau itu ialah persis bau maggi kari pecah telur.*telan air liur*.perlukah pergi ketuk pintu jiran bawa mangkuk, buat muka tak malu nak mintak megi kari sikit?tak perlu.hanya tutup sliding door, bukak youtube dan melalak lagu siti nurhalija kuat-kuat.tapi kesianlah perut.ugh kalau asyik nak kesiankan perut, sampai bila pun kau takkan kurus, izzati.
pergi bukak fridge, ambil epal, makan epal, dan bayangkan kau tengah makan megi kari pecah telur pedas berapi.*pengsan*
cuti musim panas hampir ke garisan penamat.oh sedih.terasa masa berlalu terlalu cepat.hari ini Fareha & Nisa ke Epsom Campus, pergi tengok kelas dan merayau usha orang-orang panas [?] HAHAHA.plus, besok ada meeting dan Jumaat perlu ke Flatbush School untuk Skype Research Project.bunyi macam busy kan?memang busy, awak.
oh ya, subjek minor untuk semester ini ialah Primary Mathematics.bukan seperti add math.ianya ialah bagaimana untuk mengajar kanak-kanak belajar matematik.bunyinya menarik.ya harap-harap ianya menarik seperti bunyinya.HAHAHA.
hari ini tidaklah seberapa menarik.berkurung diri dalam rumah sepanjang hari bersama laptop dan buku[?].bukan buku ilmiah tapi novel HAHAHA.itu pun lepas register membership dekat Public Library dan tetiba terjatuh cinta dengan novel-novel dekat situ.rasa nak je rembat 10-20 buah tapi nanti jadi hiasan aje lah.kahkah.limit sekali pinjam 35 items.berbaloi-baloi kau.plus librarian semua nak kacak macam artis kan.ada lepas ni tiap-tiap minggu aku pergi library HAHAHA.
by the way, itu watermark baru.excited sebab baru pandai buat watermark transparent.derrrr baru tahu ke.kau cakap lagi sekali aku rendam kepala dalam sinki.ceh emo pulak kan HAHAHA.excited sangat sampai bunga tu habis nak senget benget.jawapan standard : alahhhhh itu baru namanya seni.
dua tiga hari lagi kalau watermark tu bertukar memang tak pelik lah.HAHA.