Monday, March 28, 2011

SIZUKA's GiveAway : nak tutup dah

Assalamualaikum & Hello

sebab tak berapa ramai yang join GA sulung saya ini, makanya saya nak tutup penyertaan dah.nak merajuk bawak diri ke hujung dunia.meluncur pasir.hadiah-hadiah tu semua buat simpan sendiri je.

KALAU

KORANG

PERCAYA

SILA

RENDAM

KEPALA

DALAM

SINKI

SEKARANG

!!!

HAHAHAHAHAHAHA

saja buat saspen sikit.KAHKAH.lempang budak izzati ni kang.lempang ah nak lempang.tak dapat hadiah kang.HAHAHA ugutan keras.

actually nak bagitahu tarikh tutup penyertaan GA saya ni.nanti karang tak ada tarikh tutup mula ada yang postpone entri sampai tahun depan,tahun lusa tulat tubin bingka ubi bagai.sampai berjanggut beruban saya kena tunggu.nak tengok saya berjanggut beruban?tinggal harapan.



yang dah join, TAHNIAH.yang belum join, TAKZIAH.kejamnya.tahu.tapi saya nak gesa orang suruh join,pandai.orang nak bagi hadiah, taknak hadiah.bila orang taknak bagi hadiah, masa tu lah dia sibuk mintak hadiah.pelik tidak?HAHA.

oh ya lagi satu, tak ada dah sticky post untuk penyertaan.kalau NAK JOIN, klik banner yang dekat atas tuh.yang ada tulis 'SIZUKA's GiveAway Ceremony'.

motif tarikh tutup 15 April:
  • 16April-20April saya ke Australia, Easter Break trip.maka, kot-kotnya termurah hati nak beli hadiah dari Ostolia pulak ke, tak ke namanya murah rezeki korang semua nanti?
  • sebelum saya ke Australia, bolehlah saya habiskan terjah blog-blog yang baru masuk arena pelumbaan perebutan hadiah.gitewwww.[lempang diri sendiri.suka sangat tulis ewwww ewwww.biasa dia nih]
ini bukan paksa rela, ini serta paksa.HAHA.apa beza dua-dua pun aku tak tau.

nak makan megi pecah telur.chiow~!

Sunday, March 27, 2011

meluncur pasir di Tanah Utara a.k.a Northland

Assalamualaikum & Hello :)

kalau ada yang singgah sini sempat baca kata-kata terakhir saya sebelum pergi meluncur pasir itu, tahniah.yang tak sempat, kesiannya.HAHA taklah taklah.

overall, seronok sangat.tak ada drama, tak ada cerekarama.sempoiiiii.cuma ada sikit drama dekat bahagian tak jumpa tempat nak hire surfboard, which is HAHAHA dekat situ je tempatnya?punyalah cari sana sini sampai rasa macam nak mengamuk satu Cape Reinga yang tak ada line telefon tu.

mozilla ni asyik not responding je.rosak mood nak update blog.grrrr.
sekali lagi not responding, serius aku uninstall engkau.sakit tengkuk ni, tahu.aku ni bila sakit tengkuk, cepat emosi.jangan cari pasal dengan godzilla.

HAHAHA.



here we are, at Cape Reinga.frust sebab foggy sangat.tak ada rezeki nak tengok pertemuan Tasman Sea dengan Pacific Ocean.tapi suasana dia dengan kabus bagai seriously seram.dah tu, katanya The Entrance of The Underworld.



sayang housemates sangat~!



nampak bukit-bukau pepasir dekat belakang sana?itu tempat kitorang sand surfing, probably.ni masa randomly berhenti tepi jalan sebab nak ambik gambar.YA semata-mata untuk gambar.HAHAHA.





cari mana mata izzati.





masa ni perasaan rasa macam dekat Gurun Sahara.cuma tak panas.nyaman-nyaman je.



seronok.tapi haruslah kan bergelumang dengan pasir bagai.ada sekali saya accident yang memang tahap world punya accident.tetiba buat stunt sebab surfboard melayang dulu, lepas tu baru saya terlayang.plus, tempat kitorang pilih nak meluncur tu memang menjunam sangat.bak kata housemate-housemate saya, dah macam G.I.Joe.lagi horror sebab tudung pun melayang sekali.HAHAHAHA boleh gelak sekarang sebab bila saya tengok video tu balik saya pun ketawa KAHKAH.nak tengok video tu?kirim salam.HAHA.





I am the Queen of the Desert.yessss permaisuri yang terbongkang atas pasir HAHAHA.



favourite pic of the season.sayang sangat kamera polaroid~!

p/s: encik Azroy Kassim.nantikan video sand surfing.kena tapis-tapis dulu.HAHAHA.

p/p/s: sekian lama tak drive, trip kali ni saya drive.challenging okay sebab jalan macam lipan kena ketuk dengan penyapu lidi.waktu malam berkabus siap plus hujan.huooooo~debaran tak payah tanya tahap keberapa.level world punya.kuikui~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...