Saturday, April 9, 2011

kaki bola

kalau perihal sukan, biasanya blog si izzati ni gemar sangat cerita pasal ragbi.cuba kau godek godek blog dia ni.mesti jumpa tiga empat bijik entri pasal ragbi.

satu, dua, tiga & empat bijik cerita pasal ragbi kesemuanya.

but I am not a rugby player, OBVIOUSLY.tak sanggup weh.pecah muka pecah gigi semua.walaupun sebenarnya, pemain ragbi dekat sini tahap glamour dia boleh kalah artis.tapi beranganlah sangat aku ni nak jadi pemain ragbi dekat sini pulak kan.sekali kena sondol mahu pengsan.HAHAHA.

cukuplah tentang ragbi.nanti aku excited tak boleh berhenti.HAHAHA.

hari ni, pergi menyokong housemate tersayang Fareha & the geng main futsal.ada futsal tournament antara Malaysian students.best, enjoy semua ada.part paling best haruslah part menjerit kalah referee.HAHAHA.

tadi saya ada 'menembak' sikit-sikit.sikit tak sikit mana jugaklah.dekat tiga ratus keping gambar jugak HAHAHA.

sekali sekala, seronok bila dapat berkumpul sesama Malaysian macam ni.


tetiba teringat abah.biasa kalau tengok bola dekat TV, mesti abah taknak tengok dengan anak sulung dia ni.sebab bisingnya bukan main.sekejap marah referee, sekejap tuduh players berlakon sakit kaki sebab nak tagih simpati penalti.sekali emak-anak bergabung,memang abah boleh tumbang.HAHAHA.

p/s: dulu saya gila WWE.HAHAHAHAHAHAHA.cop The Undertaker copppppppp!!

Friday, April 8, 2011

coklat cadbury bar besar

dekat sini, memang coklat murah gila.kalau dulu waktu sekolah bila keluar outing, fikir sampai lima enam puluh kali nak beli coklat cadbury bar besar itu.punyalah berkira.kalau beli coklat cadbury bar besar, tak boleh beli nata de coco perisa laici dalam baldi.siapa selalu beli coklat cadbury bar besar, dia memang banyak duit.tapi siapa dapat coklat cadbury bar besar dari secret admirer, WOW wow WOW sanggup dia keluar duit beli coklat cadbury bar besar untuk engkau.HAHAHA.

dekat sini, coklat ialah suatu keasyikan.kalau hendak jadikan coklat sebagai makan ruji, boleh.namun bersiap sedialah untuk migrain macam saya HAHAHA.kau migrain sebab makan coklat?lame gila.asncodnu8swmk!bukan selalu lah.sekarang, saya dah boleh makan coklat seperti biasa.namun, tidak boleh selalu-selalu.nanti wayar-wayar di dalam otak dibanjiri coklat, dia buat hal lagi.aku jugak yang merana sampai nak buat head banging bagai.

NOTIS: coklat boleh menyebabkan kegemukan.

patutlah you all mengembang bukan main duduk sini.sana sini coklat [our Msian lecturers, 2011]

Easter bakal menjelma di muka pintu.Countdown sudah dibanjiri coklat pelbagai jenis.ingat pakaian je ada SALE?di sini, coklat juga mendambakan JUALAN MURAH.ada ketika, manusia menggila kerana coklat.ada manusia berhabis wang kerana coklat.dan ada juga manusia migrain kerana coklat?HAHAHA itu saya.kadang-kadang bila coklat sungguh sangat murah, boleh nampak sana sini troli penuh dengan coklat.

macam ini.

eh!ni troli kitorang!HAHAHA

coklat Cadbury kecik-kecik ni, $4 for 5.Ferrero Rocher $3.50 for 2 packs of 3 bola-bola coklat.sekarang, bagitahu saya kenapa tak patut beli.HAHAHA.


housemates saya yang sampai rambang mata nak pilih coklat ibarat pilih kain pasang sutera cina nak buat baju raya.keluar perumpaan ke laut lagi.

dan ini,si sizuka tauke gigi.excited kerana coklat & migrain kerana coklat HAHAHA.oh ya, Nestle Bar [Crunch & Kit Kat] ni $5 for 2 big bars.

p/s: dah mula beli coklat buat stok nak bawak balik Malaysia hujung tahun nanti :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...