Monday, May 9, 2011

Maori Experience, super awesome! Part 2 :)

untuk Part 1, boleh klik sini.

Ata Marie~![Good Morning!]



our morning started with the voice of this little sunshine, Danaka.dengar bunyi bising-bising, dia terus keluar bilik.mula-mula jenguk je, sambil buat muka comel.bukan main sengihnya.


takde orang yang tak suka Danaka, si kecil bulat ini.sampai khairul yang tak pernah jumpa Danaka langsung pun boleh buat Danaka jadi profile picture.saborrr je lah.

breakfast secara meriah
.nom nom nom.actually tiap-tiap kali makan memang meriah.penuh pinggan yawww.tak kisahlah kau gemuk ke kurus ke sederhana ke.walaupun banyak salad.tapi salad bagus untuk kesihatan, tahu.


sarapan bagus untuk kesihatan.maka, jangan skip sarapan.padahal diri sendiri pun selalu miss je sarapan sebab khusyuk sangat blogwalking.HAHAHA.

lepas sarapan, merayau dengan kamera.bateri tinggal satu bar.T_____________T.namun, sempat bergambar dengan Gazza :)


kacak-kacak je semua orang kan.SABAR, jangan gelojoh kalau nak puji orang.tengok next photo.


i told yaaaaa.HAHAHA.OMG nak terpengsan tengok muka sendiri.patutnya muka kena garang.tengok muka sendiri, macam mengejek orang ada jugak.HAHAHA.

selepas itu [tetiba kan skema] kitorang mengayam ketupat!ketupat lah sangat.gelang je padahal.tapi gelang yang menyerupai ketupat.errr faham ke?masyarakat Maori guna daun nama Haratiki kalau tak silap untuk buat benda-benda anyaman ni.kuat yawww daun dia.macam mengkuang, tapi bukan mengkuang.William [tukang ajar menganyam] cakap daun ni ada dekat New Zealand je.



*nama tukang ajar paddling semalam Tony.hilang ingatan sekejap HAHA*

selepas beberapa belas minit, bertungkus lumus sekreatif mungkin bersama dedaunan hijauuuuuuuuu.jeng jeng!


ini masih bertungkus lumus.sekejap.


jeng jeng jeng!Aten, si tangan kurus & Izzati, si tangan gemok bersama gelang Haratiki mereka!


habis menganyam gelang, masa untuk screen printing.gali-gali harta karun pakaian dalam beg, akhirnya Tshirt OMGku menjadi mangsa.


that's not my finger.jari saya lagi gemok.HAHAHA.actually ada je gambar saya tengah buat screen printing.tapi muka nak serius sangat macam tengah uruskan harta benda negara.kahkah.


yay~!

habis screen printing, anak-anak dara dan jejaka sekalian duduk di birai tangga sambil buat Poi.apekah itu Poi?


ini Poi.digunakan dalam persembahan oleh masyarakat Maori pada zaman sekarang.zaman dahulu, digunakan sebagai alat pembantu senaman untuk menguatkan pergelangan tangan supaya senang melibas parang dan pedang ketika berperang.errrk.tapi obviously yang untuk persembahan ni ringan je.dalam benda putih tu ada kapas.belit belit masuk tali, then ikat.lepas tu pusinglah nak buat macam Rambo ke Rango ke.ikut suka kauuu.HAHA.

sebelum balik, bebudak lelaki sempat buat Kapa Haka dengan Gazza.nanti saya upload video.tapi later lah okay.mana yang nak tengok izzati berHaka tu, tak dapek den nak nolong.bateri kamera habis.tetiba kan padahal takde kaitan.HAHAHA.

berkemas, lunch, nyanyi lagu ikan paus, kutip beg, ambik gambar group dan naik shuttle ke jeti.


We had such a great experience.Kia Ora~!


p/s: nanti kalau dapat anak perempuan, nak ikat rambut dia macam ni lah jugak.comel kot.


comel tak?HAHAHA.

Sunday, May 8, 2011

Maori Experience, awesome! Part 1

Assalamualaikum & Hello!

Maori Experience was super-awesome!sori tak tau macam mana nak mula cerita dengan cara yang paling menarik.HAHA.it was one of our best experiences in New Zealand.

Kia Ora![Hello!]Tena koutou katoa[Greetings to each and everyone of you]Kei te pehea koutou?[How are you?]Kei tei pai [I am well]

gitulah lebih kurang bunyinya bahasa Maori.unique and beautiful.sama macam masyarakat dia.unique and beautiful, especially their voices.meremang bulu roma yaww dengar diorang nyanyi.merdu sangat sampai rasa nak nangis.okay aku over.HAHAHA.

pukul 10, kitorang naik feri ke Waiheke Island.1 jam perjalanan.lepas lama tak naik feri ni,mula senang rasa macam ada rama-rama dalam perut.eh betul ke rama-rama dalam perut?ke tu nervous eh?bantai je lah.mulalah nak bermabukan segala.ingat nak naik deck atas buat aksi titanic, tapi hujanlah pulok.




tak jadi buat titanic, kita camwhoring lah pulak ye tak.HAHA.


mari belajar bahasa Maori.ni dalam pamphlet kitorang dapat dalam feri.

bila sampai je.wah damainya suasana.lepas tu naik shuttle then sampai dekat Marae.


the entrance.so kalau korang tengok kitorang asyik duk jelir-jelir lidah tu kononnya nak ikut orang Maori lah.nak jadi ganas jugak.ganas tapi comel.erks.HAHAHA.

*baru lepas upload gambar dekat Facebook.haruslah dibanjiri notifications.Kamal Effendi tengah meroyan tengok senior dia dah jadi separuh Maori.HAHAHA*

awal-awal sampai, dah mula dengan lagu.lagu ikan paus.comel ok lagu tu.siap joget joget lagi.HAHA.seronok betul.


Danaka, our little hunny bunny :)

lepas lunch, siap solat semua.kitorang tengok cara diorang buat Hangi.Hangi ni maksudnya Earth Oven.masak makanan dalam tanah.tapi takdelah kita kena buat macam pengakap zaman kecik-kecik dulu tu.yang ni guna batu panas dengan steam.diorang bakar batu tu dalam tiga ke empat jam kot.lepas tu batu panas-panas tu jadi base, masukkan makanan yang siap dibungkus, tutup dengan kain basah.lepas tu kambus dengan tanah.


berasap yawww.panas ok.bahang terasa.


hampir solosai proses kambusan.bila dapat makannyo?tunggu dolu.sabau sabau.*rosak bahasa kau izzati*

masa untuk aktivitis aktivitis.


ini group saya.Kahurangi, means Blue.

aktiviti first kitorang...


naik van merah secara beramai-ramai!

HAHA taklah taklah.naik van ni sengaja nak bagi efek dramatik je sebenarnya.aktiviti first kitorang, paddling a.k.a Waka Ama.heeeee~mendayung di lautan gitu.dramatik bukan?


oh ini bukan mendayung.ini melayang ke udara.HAHA.


ini barulah namanya paddling.seronok, best dan adventurous.sekali dipukul ombak, whooooooo berdetak jantung akak.





lepas seronok main tepi pantai, kitorang balik ke Marae dan masuk kelas vokal.HAHA.amboi kau nak lawan akademi fantasia.bukan bukan.kelas menyanyi lagu Maori bersama Gazza:)


Gazza, the guy with tattoos. nampak scary but he's a nice and funny guy.and by the way, he's a teacher :)

seronok sangat dapat belajar lagu yang so melancholic, so nice.ala-ala hawaii gitu.memang adik-beradik pun padahal.melayang jiwa bila nyanyi lagu ni.syok weh.suara tak sedap semua jadi sedap.kalau yang suara dah sedap, jadi lagi super-sedap!





malamnya, tetiba kan dah malam masa untuk keluarkan Hangi tadi.kiralah berapa jam makanan semua tu duduk dalam tanah.lama woooo.tapi hasilnya, nom nom nom.




cakap dah kan, nom nom nom.salad yang atas tu tak masuk dalam Hangi sekali.kalau cakap masuk jugok, nampok benor nipunye.HAHAHA.


dessert; ice-cream, pavlova and cheese cake.yummmmm~pavlova yang ni sedap gila.tak manis sangat + tak bake.fresh yawww.




malamnya, belajar Kapa Haka.tahu Haka?YES yang All Blacks buat sebelum mula match ragbi tu.phewww penat buat muka garang.memang tak boleh senyum.tapi Kapa Haka perempuan punya comel gila.tak garang macam lelaki.garang jugak, tapi garang ayu ayu gitu.masyarakat Maori guna Haka untuk takutkan musuh diorang masa zaman perang dulu-dulu.haruslah musuh jadi kecut perut.menakutkan kot tengok muka diorang bila buat Haka.kitorang yang menengok ni pun seram sejuk je rasa.

habis Kapa Haka, kitorang belajar main Poi dengan Stick Games.seronok!tetiba ada pulak Marae Idol.happening habis.semua menyanyi lagu zaman sekolah rendah dulu.HAHAHA.most activities kitorang buat dalam Marae *tengok gambar atas*.

hari first dah best gila, harus tak sabar nak tunggu hari second.tapi petang hari second, kitorang dah nak balik Auckland semula T___T.tapi takpelah kan.pengalaman sukar dicari.

few things I like about Maori culture, are the values and the significance of things around them. contohnya, it's important for the men to protect the women.kenapa?kenapa?

When you educate a man, you educate one person. But when you educate a woman, you educate a generation. (Gazza, 07May2011, Waiheke Island).

bila saya dengar dia cakap macam ni, terus meremang bulu roma.serius tak tipu.ada banyak lagi advices, values yang diorang cerita semalam.tapi takkan semua nak sebut dekat sini ye tak.semua ada dalam hati.ecewahhhhhhh.

malam tadi, tengok bintang.cantik sangat.diorang bercerita pasal bintang, macam mana orang zaman dulu-dulu navigate arah guna bintang, sejarah nama New Zealand dan tentang nama-nama tempat dekat NZ ni.kenapa nama macam tu, atas sebab apa nama dia macam tu.paling best, bila dapat tahu pasal sejarah Rangitoto.



malam tu, tidur lena dalam Marae.tidur ramai-ramai atas tilam macam dekat rumah tok bila balik kampung.perempuan je lah tapi.lelaki semua tidur dalam library, kot.tapi atas tilam jugaklah.suasana kampung gitu.harmoni je perasaan.

nanti sambung Part 2 pulak ok.E noho ra![Goodbye]

p/s: by the way, HAPPY MOTHER'S DAY kepada warga ibu-ibu sekalian :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...