Friday, July 1, 2011

i am one sad mummy

hipotesis untuk tema percutian ialah, semakin dekat tarikh percutian semakin gembira manusia yang akan bercuti.pulak tu, dia nak datang.sepatutnya aku kena gembira lah kan?

tapi TAK.aku susah hati.serius.

semalam, aku bangun awal pagi.semangat nak pergi shooting.bawak kamera, bawak props semua.matahari comel.aku senang hati MULANYA.

tapi lepas sebelas ke dua belas shots, kamera aku tak ada bunyi.gelap.dekat skrin ada tulis 'Error: Press shutter release again'.aku tekan.ikut arahan kononnya.bukan sekali.bukan dua kali.nak dekat seratus kali ada kot.mengharapkan perubahan.tapi HAMPA.

nak tahu, aku cuak bukan main.macam mana gelap skrin kamera aku tu, macam tu lah aku rasa gelap dunia aku.TETIBA.certain orang maybe fikir alah kamera rosak pun nak cuak pergilah hantar kedai bla bla bla.aku pergi kedai.YA.tapi dia cakap ambil masa 3-4 minggu nak siapkan [dengan tak sure akan OK ke KO] dengan kos $150.and I was like what???OMG OMG tahu tak 6hb nanti ioollss dah nak pergi bercuti?

lalu aku tekad.aku balik rumah.aku google segala macam keywords.JUMPA.berkaca-kaca mata.kalau siapa yang dah lama baca blog ni, mesti korang tahu kamera aku tu ibarat baby aku.aku selalu sebut, kalau jadi apa-apa dekat baby, mummy sengsara.sekarang, dah jadi macam tu.dan AKU SERIUS SENGSARA.

ada penyelesaian dia.cuma pertamanya kena bukak semua skru dekat bahagian bawah kamera.haaa dekat sinilah masalah negara sedang berlaku.skru dia SERIUS kecik.nak pengsan aku duk mengadap seharian semalam.dengan tak berapa cukup perkakas. tetiba aku rindu abah.kalau abah ada, mesti dia boleh tolong bukak skru :'(.



tadi, sepanjang Queen Street aku pergi cari hero tolong bukakkan skru.masuk kedai keluar kedai.bukan takat kedai kamera, kedai telefon semua aku masuk.macam-macam alasan aku dapat...

sorry we don't have screwdriver in here [?]
sorry I can't touch the camera if you didn't bought it here.
sorry nothing we can do.you need to see the technician.

duhhhh.mintak tolong bukak skru je boleh?

last sekali, kedai pakcik Korea jugak jadi penyelamat.gembira tak terkata.TAPI ada lagi tiga skru tak boleh bukak.dia cakap skru tu dah damage.patah luluh hati aku.[cehhh ayat novel]

sekarang, macam ni je lah nasib kamera aku.sedih tak payah cakaplah.kalau tak kontrol macho, lama dah menangis meraung depan kamera sendiri.tapi aku fikir ni dugaan dari Dia.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

sabarlah duhai hati.

baby cepat sembuh tau.mummy rinduuuu :'(.

p/s: bila dah macam ni, nak blogwalking pun rasa tak larat.

Wednesday, June 29, 2011

hello i'm the nerd izzati




siapa suruh buat FREE GiveAway Glasses.orang yang tak berapa patut buat spek lagi pun jadi tetiba buat spek.padahal tak rabun pun.silau je.which means, power silau lagi hebat dari rabun.namun bukanlah sampai perlu buat spek.rileks rileks sudah.cumanya bimbang sebab makin lama aku makin banyak hadap laptop.sekejap online [facebook,blog,superpoke pets et cetera], sekejap editing, sekejap buat assignment.eh kantoi engkau tak suka buat assignment sebab kau sebut dia last sekali HAHA.

prevention is better than cure.
Thank You Clearly Contacts NZ :)

buat spek FREE, just bayar shipping & handling fee yang tak sampai $20.pup pap engkau dapat kacamata buatan Nicole Miller.awesome hoh?

first day dapat spek [2 minggu lalu], aku jakun macam biasalah.HAHA.sepanjang masa duk pakai spek.selang 10 minit pergi tengok cermin.nampak kan aku excited tengok muka nerd sendiri.WEIRDO.

hari ni, aku letak spek tu dekat mana pun aku dah lupa HAHAHAHA.

ada je padahal.tapi aku macam tak berapa pedulikan dia.as in, eh aku ada spek ea sekarang?lupa lah!*tepuk dahi*

pengajaran cerita, hadap komputer lama-lama boleh menyebabkan kegemukan.aku tahu tak ada kaitan, tapi aku nak tulis jugak.aku ternampak status kawan dekat Facebook tadi.betul ke tidak entahlah.tapi aku terus lari jauh-jauh dari laptop.10 minit lepas tu aku datang balik.dan sampai lah saat ni aku masih bersemayam depan laptop.HAHAHA.

'ni banyak makan sebab winter nih.bila sejuk, aktiviti makan memakan memang serius hebat peringkat dunia punya'

kita tengok summer nanti izzati kurus ke tak.neng neng neng neng neng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...