Wednesday, January 1, 2014

the most epic photo for last year

Assalamualaikum.

oleh kerana salah satu resolusi tahun 2014 adalah menjadi seorang manusia yang menyeronokkan, aku patut menaip sesuatu disini. hari ini. jadi aku ambil keputusan untuk menaip dengan kadar segera kerana aku perlu tidur sekarang kerana esok dah mula sekolah.

OHMAYYYGADDDD.

presenting, the most epic photo OF ME last year.


i tell you now please believe me THIS IS NOT ON PURPOSE. tidak disengajakan. kerana pada waktu dan ketika itu kami berposing secara pukal. foto diambil secara berterusan tanpa henti. and actually right at this moment, aku sedang mencadangkan the next pose yang kami patut buat sebagai koleksi. but things turn out unexpectedly.just so you know.

till then,
manusia seronok wannabe.


Tuesday, December 31, 2013

My quick review of 2013

entri mungkin tampak tergesa-gesa kerana penulis di dalam dilema untuk berbuat sesuatu tetapi hilang ingatan secara tiba-tiba lalu terfikir ah takpelah curi 10 minit kejap taip entri terakhir untuk tahun 2013.

JUMLAH ENTRI TAHUN INI : 15 entri SAHAJA (tambah yang terakhir ini ada lah 16).

well, sungguh memberangsangkan. kemanakah perginya semangat aku yang dahulunya suka menaip sehingga boleh mencapai tiga entri dalam masa satu hari? ke aku yang dah tak fun? ehhhh chop chop chop. ke hidup aku yang tak fun? haaaaaaaa...

oklah. quick review untuk tahun 2013 bagi aku. tokey blog ini. yang sudah tak berapa fun.
(salah satu dari visi dan misi hidup 2014 ialah kembali menjadi manusia yang fun HAHAHA)

JANUARI
tidak bekerja. tiada bayang panggilan temuduga. aku jadi manusia kecewa. lalu melampiaskan kekecewaan dengan menjual aiskrim ikat ikat perisa milo dan jagung pooojaan kanak-kanak dan orang dewasa. jadi guru ganti di sekolah adik sendiri. menjadi pooojaan hati kanak-kanak kerana it's so fun to be with me.
HAHAHA.

FEBRUARI
tamat kontrak guru ganti. hidup jadi girang seketika di saat mendapat gaji. masih tiada panggilan temuduga. kecewa. jadi suri rumah sepenuh masa. dan penggembala arnab.

MAC
panggilan temuduga tiba. darah gemuruh. jawab soalan sampai berair mata kerana sebak mengenangkan perjalanan hidup untuk sampai ke tahap ini. masih seorang penggembala arnab dan mengambil takhta pemotong lobak paling handal di rumah.

APRIL
penggembala arnab paling bertauliah. berjaya mengurangkan tahap ketakutan kepada binatang berbulu. namun masih menjerit kecil jika arnab membuat lompatan menterkejutkan.

MEI
Hari Graduasi. terima ijazah. jumpa rakan-rakan. seronok. dan semakin gemuk kerana turut menggembala lemak.

JUN
tiada bayang posting. hanya harapan yang datang berarak melalui angin bayu. ewah. ewah. penghujung Jun, keputusan posting disemak. duduk tak diam membayangkan masa hadapan. cerahkah, gelapkah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
toooodiaaaaaaa.

JULAI
lapor diri. kaget. sudah jadi orang bandaraya sekarang. traffic jam ialah makanan ruji. Welcome to KL, gadis desa.

OGOS
pengalaman pertama berpuasa setelah bergelar pekerja. hampir tersungkur ke bumi menghadap kerenah kanak-kanak. ketika itu, berpesan kepada diri sendiri - hidup kena kuat.gaji masih pending. jadi, tiada duit raya untuk kanak-kanak. aku MASIH paling depan di dalam barisan KUTIP DUIT RAYA HAHAHAHAHA.

SEPTEMBER
bangun tidur, bersiap dan pergi kerja. dan menerima gaji pertama. indahnya kehidupan. seronok bila dapat merasa hasil titik peluh sendiri. Oh Allah, semoga pendapatanku ini halal semuanya.

OKTOBER
sibuk. laporan sana laporan sini. exam, tanda kertas, masuk markah, jamuan kelas.

NOVEMBER DISEMBER
musim orang kahwin. beraksi untuk FA.IZ Photography. hampir mengelilingi Semenanjung Malaysia. penat tapi berbaloi.

see? aku boleh simpulkan kehidupan sepanjang tahun berupa beberapa ayat sahaja. nampak sangat tahun ini tak berapa fun untuk aku T_T.

2014, aku akan pastikan kau jadi fun untuk aku.YA AKU MEMANG SELFISH HAHAHA.

Selamat Tahun Baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...