Assalamualaikum wbt.
Kembali lagi bersama saya, Duta Pelancongan anda.hari ini kita akan mengikuti segmen
Kenderaan Awam di Bandung.berbunyi tidak penting, tetapi sebenarnya penting.ewahh gitu.
*semua yang ditulis ialah berdasarkan pengalaman penulis sendiri* (seperti menaip kisah seram pula)
1) Teksi/Taksi/Taxi (or whatever you call it)
You know that feeling, bila tolak troli keluar dari Balai Ketibaan lepas tu semua orang tengok.
#awkward moment.pelancong kan.tapi tak berapa nak feeling tourist juga lah sebab tak ada orang pegang sepanduk bertulis nama kami bersaiz mega sejurus keluar balai ketibaan.nama lain ada lah.bunyi macam
kasihannya kami tapi hey kami kan pelancong yang berjimat cermat?no supir to pick us up from airport is OK.sebab taksinya banyak kok.kebanyakan teksi di Bandung berwarna biru.apa tah diorang panggil, Blue Bird kot.tak kisah ah kan.tapi kami ambil teksi warna biru.
kos menaiki teksi 4 orang dari Airport Bandung ke Hotel Kenangan ialah Rp70 000.oklah untuk 4 orang.bayar dalam Rp15 000 something sorang.siap angkut luggage masuk & keluar kereta.lemayannnn~
jurukamera tangannya ketar buk
2) Angkutan kota/Angkot
sebab tak ada pengalaman naik Angkot, jadi tak tahu nak tulis apa.nak buat camana, Pasar Baru sekangkang kera, Jalan Dago pergi dengan supir.hewhew.tak confident nak naik Angkot.buatnya sampai tempat lain tak ke namanya menganiaya diri sendiri tu.kat sini dah nampak kan satu lagi faedah duduk dekat Hotel Kenangan?(tak habis promote hotel AHAHA)
3) Tut tut (kot)
Tut tut ni macam beca adalah kot.tapi pengayuh dia memang ah gagah perkasa.dari sini boleh nampak bukti cemana orang orang Indonesia ni boleh jadi gagah perkasa.diorang biasa bersusah, buat kerja berat.jadi setakat jadi buruh kasar dekat negara kita ni, not a big prob bro.gituh hebak orang Indo cakap omputih.
kitorang naik tut tut ni masa first day, pulang dari Pasar Baru.maklumlah, memasing dah menggendong kain pasang, telekung bagai.nak jalan kaki balik memang selamat jalan romeo lah kan.pulak tu kena panjat jejantas paling curam dalam dunia, memang tahap boleh mogok dekat tangga jejantas.jadi, kami ambil keputusan untuk naik tut tut.nampak macam berisiko tinggi tapi daripada bayar teksi, lebih baik tut tut.
dari Pasar Baru ke Hotel Kenangan, hanya Rp20 000 untuk dua orang.super murah I tell you.kalau tengok, macam tak berbaloi dengan peluh dan keringat yang dikerah tulang empat kerat mereka, namun demi rezeki yang halal, mereka gagahkan juga.
fuh dramatik ayat guwe.
tapi bukan diorang je mengerah tulang empat kerat, kami juga.bak kata Fareha, berlaga tulang sulbi ni hah.HAHAHA.sebabnya memang sempit pun.dah dua orang manusia dah, tambah kain pasang dengan telekung 4 kilo lagi.pheww.
gayat ada juga.sebab di Bandung, manusia memandu secara sukahati.ada sekali, tut tut yang kami naik ni
melawan arus.cuba bayangkan.tapi sebab pemandu pemandu Indonesia hebak hebak belaka, maka kami tiba di hotel dengan selamat.
tak reti nak cakap camana hebat diorang drive, tapi memang hebat lah.itu kena experience sendiri tu.teeeheee.
badang Indonesia.
habis dah pasal kenderaan.stay tune untuk segmen makanan dan shopping pula!