Wednesday, October 20, 2010

budak NZ joget hindustan

Assalamualaikum & Hello :)

20.10.2010.sweet.tapi takde buat benda yang luar biasa pun hari ni.pukul 10, pergi kelas.pukul 12 habis kelas.pergi Queen St. kira traffic light kekononnya, tenung perkataan SALE dengan perasaan sebak, teman Nisa pilih kasut untuk ayahanda beliau, makan kebab $5 sempat lagi kau dan balik bilik selepas 2 jam.takde duit pun dah 2 jam dekat Queen St.cuba bayangkan kalau ada duit.hahaha~balik bilik pulak kononnya nak update blog sebab tarikh hari ni best lepas tu nak mengarut konon-konon 10 tahun lagi kalau baca balik boleh tersenyum sendirian dengan anak-anak hahahah.semput tak baca?menaip ni pun semput hoh.haha.

tadi masuk Glassons *banyak dress comel ada SALE pulak tu ohhh*, ada ternampak satu t-shirt.quote dekat t-shirt tu comel gila.betul tak tipu.siap glitter glitter lagi.

MY DADDY IS MY ATM

hahaha.super-cool ey?

tetiba hari ni blogspot tak boleh upload gambar pulak.maintenance katenye.kita ikut je lah kan.nama pun menumpang nama dia.tak boleh upload gambar, akak upload video!ngehngeh~


jangan ingat orang Melayu je gila dengar lagu hindustan weh.saya ni pun tengah syok dengar lagu bole chudiya.hahaha.diorang ni pun boleh tahan juga.ni saya rakam masa pergi sekolah anak murid skype hari tu.diorang ada hari kebudayaan.kalau tengok dalam video tu, tak nampak sangat budak mat salleh kan.dekat sini bukan setakat ada orang putih je, ada jugak yang rupa macam orang melayu.warna kulit sama.kadang-kadang konpius jugak.haha.cuma diorang ni super-besar.NZ punya citizens ada macam-macam.Europeans, Maori, Pasific Islanders, Samoans etc. etc. sebab tu diorang banyak budaya.

kalau yang Pasific Islanders ni, diorang jenis yang menari guna daun nyor, bunga-bunga, gelek-gelek ala hula dekat Hawaii sana.kiranya kitorang ni dah tak payah pergi Hawaii dah.dekat sini dah boleh tengok.hahaha.nak tahu lagi pasal New Zealand, google it up.izzati tak sehebat google.cetek lagi ilmu ni.ecewahhh.

sebenarnya ada lagi video budak-budak ni menari.hip hop ada, lagu Maori ada, Samoan punya persembahan ada, Cook Island punya dance pun ada.kalau yang hindustan tu pulak sampai DUA persembahan.hahaha.

p/s: izzati sibuk cakap minggu ni miserable lah segala kan.tetiba boleh pulak dia duk update blog tiap-tiap hari.haha.nanti waktu summer holiday, bila datang penyakit malas nak update tu habislah~

Tuesday, October 19, 2010

dah lama dah...



rasa macam lama dah tak bawak little baby jalan-jalan.haish.tak senang duduk macam ni.tengoklah nanti.habis segala assignment dengan tests, satu Auckland kita round ok?don't worry darling.nanti mummy angkut jugak 'kakak' dengan 'adik' tu.just 'adik' kena tunggu mummy beli film, baru bokeh.ngeeee~pssst.kakak dah boleh challenge you buat gambar chantek tau.hahhhh no fight fight pleaseeee.mummy sayang semuaaaaaaaa:D

p/s: my babies are my cameras.heee~

Monday, October 18, 2010

manusia punya cerita

Salam.

have you ever imagine how cruel and evil human can be?zaman sekarang, ada orang yang tak boleh tengok orang hidup senang,living a happy life. there are psychos, who disturb and mess with people who they feel uneasy with, which make them HAPPY watching their victims' life become miserable.even, there are people who KILL others because of money.tahu kan yang kes Datuk Sosilawati tu?tu satu contoh.ada beribu lagi kot orang macam tu dekat luar sana.all these 'craps people' sebenarnya ada satu je masalah diorang.masalah HATI.puncanya?hasad dengki.

kalau rasa tak berapa faham hasad dengki tu apa dia, jom baca.even kalau dah faham pun, baca jugak.ilmu jangan ditolak, musuh jangan dicari.errr betul ke?layan je lah.

Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: �Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.� (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:
Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

sejak dua menjak ni tiap kali blogwalking, ada terbaca luahan hati kawan-kawan yang terkena penangan hasad dengki. ada yang dapat komen kena caci, kena ejek, macam-macam lagi lah.walau macam mana kita lawan pun, hasad dengki tu takkan hilang.orang yang dengki memang tak pernah puas. waktu-waktu macam ni, SABAR tu penting. pernah dengar kan 'Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang MAMPU dilalui oleh mereka'.Allah takkan duga kita teruk-teruk.Allah duga kita sebab Dia sayangkan kita.orang yang hasad dengki ni boleh kata macam sejenis dugaan jugak lah.Allah nak duga tahap kesabaran kita.sejauh mana kita mampu bersabar dengan kerenah manusia yang tak pernah puas menyusahkan hidup orang.

“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)
Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”
Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”
Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”
nampak kan kelebihan SABAR dekat situ. jadi, nak lawan orang yang hasad dengki ni senang je sebenarnya.SABAR.SABAR.SABAR.lama-lama nanti diorang penatlah.orang macam tu suka kacau hidup orang sebab nak tengok sejauh mana dia boleh mengkacau-bilaukan hidup orang tu.bila si mangsa dah jadi kacau-bilau tak tentu hala, waktu tu lah diorang ni happy bukan main.

jadi, tema entri hari ini ialah mari mentarbiyah diri dan hati.semua yang ada dalam entri ni semata-mata nak kongsi dengan korang, saling mengingati dan beringat untuk diri sendiri.takde niat nak tunjuk baik pun.sebab saya pun ada kelemahan sendiri.no one perfect.

before I am off, some 'magical' words from me:
I have NO TIME to think about any crappy things right now.I got 3 tests coming soon and 1 more assignment to be settled for the final week of this semester.I tell you, those crappy things won't be able to bring me down.But fine, if you want to spend your precious time and try to mess with my life.Go on.

Just remember, once you mess with me, I can mess yours hundreds if I wanted to.

Sunday, October 17, 2010

rugby oh rugby

one thing that I love about live streaming tv : I can watch Rubgy match without going out from my room.

Assalamualaikum & Hello :)

watched NZ vs Samoa last night.an awesome game, I can say.walaupun tengok guna live streaming je tapi still rasa nak menjerit-jerit macam dekat stadium.haha.

Rugby = haka
macam biasa sebelum start match, players NZ memang akan buat haka.lebih kurang macam challenge the opponent for a battle.klik link 'haka' dekat atas tu.nanti korang mesti faham apa kejadahnya haka ni sebenarnya.nak suruh saya terang?memang sampai tahun depan tak boleh nak faham.kahkah.kalau tak dapat nak bayang lagi macam mana rupa haka ni.pergi Youtube, taip 'haka'.nak lagi ummmpph?taip 'haka All Blacks'.superb weh.superb.fabulous!

dari awal match, jenuh tekan prt sc nak buat masuk blog.kakaka~

diorang ni kalau buat haka, muka memang kemaen garang.waktu school-visit hari tu pernah sekali students buat haka depan kitorang.kecut perut jugaklah sebenarnya sebab haka ni ibarat macam pengisytiharan perang.tujuan haka memang nak menakutkan opponent.even persembahan sekalipun.kira macam guna psikologi lah kan.buat muka garang, bulatkan mata, jelir lidah.sape tak takut weh.gerunnnn~


players NZ buat haka 'Ka Mate' sebelum mula match.

Samoan players pun ada buat ala-ala haka jugak.tak pasti apa nama dia.tapi lain sikit lah.ada gerak sana sini sana sini.muka garang jugak tapi takde sampai jelir lidah.

anda nampak apa yang saya nampak?bangga weh.bangga.kalau tak perasan lagi meh sini nak bagitahu.kenal lambang Malaysia Airlines tak?hah dah perasan ke belum?kehkeh~

ni nama dia 'scrum'.betul tak?kakakaka.dah start hafal dah terms Rugby nih.tapi rules memang tak lulus lagi.yang izzati tau-bawak bola lepas line, dapat mata.kalau sepak bola masuk antara dua tiang, kira gol.passing tak boleh forward, mesti side to side ataupun belakang.benda-benda simple je pun yang kau tahu.hahaha~

at last, 50-6.NZ won.heeeeee~

dah nama main rugby kan.tak sah kalau tak ada berdarah luka sana sini.dasyat oh diorang ni main.even haritu masa tengok rugby inter-faculty pun ada yang berdarah satu hidung sampai dah tak nampak mana satu hidung.merah je semua.scary weh.saya tak sempat amek gambar sebab gerun sangat.match ni tadi pun ada yang berdarah dahi, lutut segala.haih.menakutkan.tetiba teringat satu komen kat gambar kitorang dengan player rugby BLUES dekat facebook.
'badan sorang-sorang macam balak.kalau kena hempap ni boleh mati tau.'
rugby players dekat sini memang super-besar.tak tipu.korang tengok gambar atas tu dah nampak diorang super-tough kan.nanti saya tunjuk bukti, gambar saya dengan diorang masa pergi tengok match dekat stadium dulu.malas lagi nak korek gambar dalam external.hehe.even saya yang 167cm ni, bawah bahu kot.boleh bayang?

tapi, biar diorang ni super-size, lari kemaen laju.mencicit-cicit bawak bola.lepas tu rempuh sana sini.gagah perkasa gunalah trojan!apa aku merepek ni.

p/s: habislah lepas ni tiap-tiap hari Sabtu malam Ahad menghadap Rugby guna live streaming.haha~

Saturday, October 16, 2010

camera-addict

I just realize that I am a camera-addict.sebelum ni tak pernah terfikir langsung benda alah macam ni boleh buat orang 'gila', bukan gila weng weng tuh ye.gila as in 'gila' lah.korang buat buat faham je lah ye gila yang macam mana saya tengah cerita ni.saya pun tak tahu nak terang macam mana lagi.hahaha.sekarang bila dah terjangkit 'penyakit' ni barulah faham.oooo patutlah orang gila kamera.

jadi camera-addict ni risiko tinggi.tengok kamera apa-apa pun rasa nak beli.itu nak beli, ini nak beli.sebab lain kamera, lain function dia.hasilnya, sekarang saya ada tiga kamera-baby-baby kesayangan yang buat saya jadi seorang ibu mithali ecewahhhh.tapi saya rasa itu tiga beradik tu baru mukaddimah.hahhhhhhhhh?sebab sekarang ni saya tengah menggila tengok kamera-kamera vintage.jatuh cinta weh.super-cool.tetiba rasa nak jadi camera-collectors lah pulak.simpan buat koleksi peribadi.NAMUN, melihat kamera-kamera vintage yang dijual pada harga yang murah di waktu kesempitan wang macam ini ialah menyengsarakan & menyesakkan oksigen!rasa macam kempunan tak makan tempoyak 10 tahun.faham tak macam mana?ke korang tak makan tempoyak?rugi rugi.tetiba cakap pasal tempoyak.haha~

betul saya cakap.benda ni risiko tinggi.duit pun kena labur lebih sikit.tapi pelaburan itu akan super-menguntungkan & berbaloi-baloi.satisfaction is number one.saya ni sampai sekarang pun, kalau dapat shoot gambar yang terlebih cantik sikit, seronoknya sampai rasa macam nak sesak nafas.dapat bayang tak macam mana?

tapi saya tak tahulah cita-cita ni sampai mana kan.ada certain orang fikir buat apa lah membazir beli benda-benda macam tu.nak amek gambar je pun.ada orang yang tak faham insan macam saya ni.crazy towards a mechanical thing called camera.mak saya pun tak berapa nak faham kenapa anak sulung dia buat perangai macam ni.masa kecik-kecik tak pernah pulak dia gila main kamera.main pondok-pondok dia minat lah.hahaha~

i just love it.

p/s:when I can post 2-3 entries in a day, it tells a happy me :). oh btw today is my younger brother's birthday.
Happy Birthday Ijat.Sweet 13th.
from Auckland with loves~

'now it's my turn'

orang suka little baby D sebab dia selalu produce gambar cantik-cantik.how about me, mummy?kata my baby pink.jadi, selaku ibu yang adil saksama, maka saya pergi kelas bawa 'anak' dalam beg.bunyi macam oh ibu penyayang whatever whatever.namun sedarilah anda semua, anak saya ialah seorang kamera.hahaha~

so there you go baby.
output from my baby Samsung ES60.
models+props+photographer : mummy & kawan-kawan mummy [timai & fareha]
edited by: Mummy kalau tak sape lah lagi.haha~











nasib baik dia ringan.masuk dalam beg,hah duduk diam dalam tu.my babies semua behave well.tak ada lapar dahaga menangis what so ever.cuma kalau terkena air atau terhempas ke bumi, mummy yang merana.

p/s: I need to get ready for a super-miserable final week of this semester with all tests and assignments in a row, with few cents in the pocket.perfect combination?perfect sangat lah.*pengsan*~
kejut hari Sabtu minggu depan boleh?hahaha~

Friday, October 15, 2010

nak kurus cepat

Salam.

siapa tak nak kurus?orang yang dah kurus je taknak kurus.saya ni, dah lama berangan-nak-kurus tapi memang tahap berangan je lah.tak pernah jadi realiti.hahaha.pernah sekali jadi realiti.lepas PLKN.masa tu berat turun seiring dengan kulit yang dibakar matahari.perfect combination lah kononnya.sengsara nak putih balik.putih ke?hahaha~ habis PLKN, duduk rumah 3 bulan sebelum dapat offer.maka, mengembang kembali.memang tiada pasang surut.asyik pasang je.hahaha.even sekarang pun.walaupun rasa macam dah kurus, tapi belum lagi.jauh sangat lagi.jadi, jom menyahut cabaran!
malas nak taip banyak. jom, baca tips cepat kurus versi sizuka.oh sweet~walaupun tips cepat kurus ialah versi sizuka, tidak bermakna ianya dipraktikkan oleh si tokey versi.hahaha~ini ialah hasil google, bacaan tips diet seimbang ekhemmmmm & nasihat pakar [rakan2 yang berjaya merampingkan diri]
  • no ice, no sweet drink, no ice-cream, no chips, less chocolate, no fast-foods
  • boil your foods, don't fry
  • eat less but constantly
  • eat more fruits & vegetables
  • exercise frequently zumba eh zumba!
  • drink more plain water
  • minimize carbohydrate [rice, bread, cereals etc.]
  • no sleeping right after eating
  • never take a bath right after having a meal
  • pil kurus sendayu tinggi?teh orang kampung?pil surut perut mustika ratu?no komen~
  • mind-set
  • discipline
banyak-banyak benda dekat atas ni, disiplin yang paling penting sebenarnya.kalau disiplin takde, benda lain memang tak boleh jalan.dah jadi lumrah, saya ni memang selalu langgar disiplin. T____T. nampak kan dekat first line tu semua benda line saya letak NO kecuali coklat?sebab, saya tak boleh takde coklat.rasa lesu tak bermaya.hahaha mengada gila.jadi tukar NO kepada LESS chocolate.jadi, harus sedar keperluan melimitkan pembelian coklat walaupun coklat ialah super-murah.kalau tak beli tak makan, tapi kalau beli sekejap je habis.hahaha~

how to lose 10kg in one year.dengan ini, cabaran bermula!

p/s: harap-harap berjayalah.aminnn~

Churros

Churros is a traditional spanish food.

Churros, sometimes referred to as a Spanish doughnut, are fried-dough pastry-based snacks, sometimes made from potato dough, that originated in Spain. They are also popular in Latin America, France, Portugal, Morocco, the United States, Australia, and Spanish-speaking Caribbean islands. There are two types of churros in Spain. One is thin (and usually knotted) and the other, especially popular in Madrid, is long and thick (porra). They both are normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate.

credits to Wikipedia.lalala~

and yesterday, there was a Churros 'stall' at uni.We had so-called stalls and stuffs [outsiders come and sell stuffs like jewelleries, clothes, foods & etc.] at Quad every Thursday.Yesterday was my first try after seeing so many people ate the long sticks with chocolate and caramel toppings.looks yum~

Fareha [in the pink circle].Yeah, the little one.Queuing for the Churros. Standing between the Kiwis & others make us look a bit small.even me, the 167cm lady.hahaha~

there you are.our crunchy,creamy & yummy Churros :)

finished.hahaha.

it's my first time, but for Fareha, this is her 2nd time.Churros is soooooo yummy though.Now, I feel like I am in love with Churros.maybe after this, people will always see me queuing for Churros every Thursday.kakakaka.but wait.next week is the last week of this semester. T_____T.nahhh, I'll go & hunt Churros at Auckland City Market.kakakaka~

p/s: to my dear khairul, congratulations for the new iMac :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...