Friday, December 3, 2010

hari tambah umur

facebook memang mengeratkan silaturrahim.sungguh saya cakap.hari ni penuh satu dinding orang conteng ucap selamat tambah umur dalam macam-macam bahasa.aicewahhh.dalam hati, TERHARU.walaupun sebenarnya kebanyakan orang just nampak notifications yang dekat belah kanan atas dekat HOME tu je.hahaha.tapi tak kisahlah kan.seronok jugak hati ni sekali sekala wall penuh sampai kena klik bawah dan bawah lagi.sekali sekala katenye?sekali setahun je kot.hahaha.

terima kasih semua orang, sebab wish harijadi saya.yang belum wish, CEPAT WISH.amboi bukan main budak izzati ni.hahaha~

modem internet dah sampai pagi ni.tapi entah bila boleh set up.haiyoooo sadis betul perasaan.
nak balik rumah dah ni.Gwen cakap nak buat surprise.entah surprise apa benda saya pun tak tahu lah.duduk dekat sini tak boleh nak cerita banyak.nak cerita beria tung tang tung tang pun tak boleh.orang duk keluar masuk kedai. tak best betul environment.

akhir sekali *wah macam ucapan apa benda dah*
hari ni saya dah genap 21 tahun.whoahhhh rasa matang.ahahaha~

short update dari kedai yang kena bayar internet $1 setengah jam.yes setengah jam je T__T.

bye!


Tuesday, November 30, 2010

T______T

short update live dari library uni

internet belum ada.sengsara betul hidup.T_____T.tsk~

Sunday, November 28, 2010

Rombongan Santa Si Janggut Putih

Salam & Hello :)

hari ni kita lari dari topik rumah baru sekejap.biarkan rumah berselerakan HAHAHA.hari ni pergi Queen St tengok Farmers Santa's Parade, bawak baby kamera i exercise.ewahhhhh~orang ramai gila Ya Tuhanku.bersempit sempit sana sini.izzati pegang kamera dah macam menatang anak sendiri.pegang kemas kemas takut jatuh.kalau jatuh, menangis air mata darah haku~

masak jugak saya, Gwen & Anies berdiri tengah panas.2 jam setengah kot berdiri dekat situ sambil pegang kamera.kagum dengan diri sendiri.ahahaha.tapi kalau kawad 10 minit sampai nak terpengsan terpitam segala pulak kau kan HAHAHA.

oh malas nak bebel banyak nanti benda lain pulak keluar.ahahaha.oh ya kalau nak tengok gambar-gambar, klik sini dan anda akan terus dibawa ke album foto di Facebook saya.aicewahhhh ayat skema sungguh.tak mau upload dekat blog sebab mata merambang tak reti nak pilih mana satu sebab semua best-best.semua pun rasa nak tunjuk dekat korang.ngehhhh~

bonus bonus.ini kiranya macam video kompilasi lah KONONNYA.daripada video-video kepada video.ada faham?tak faham tak apa.tak berapa nak penting pun.kalau nak tengok, klik Play.kalau taknak tengok, klik Play jugak.lalalala~

pesanan penaja: video ni agak panjang.kalau rasa ah malas nak tunggu lah, skip skip aje lahh.tapi kalau tak tengok semua, rugi.kau saje je kan izzati.kakakaka~



pemandangan dari mula video tu dari balkoni rumah baru.parade tu memang start dari simpang depan Volt Apartment.bak kata orang, memang depan mata lah.waktu tu tengah kemas kemas tetiba bum bang bum bang bunyi muzik.Gwen excited bukan main terus bergayut dekat balkoni tak hingat dunia dah.ahahaha.padahal event start pukul 2ptg.pukul 12 dah ramai orang chop tempat taknak kena panas.last sekali siapa yang kena panas mentari itu?kami jugak.

hari ni last day dekat HUIA.sobs.tetiba kan nak sebak padahal siapalah yang tak sabar sangat nak keluar HUIA hari tuh.hahaha.makanya secara rasmi akan menjadi penghuni Volt.berita sedih ialah : hal internet belum setel T____T.kalau nak online kena pergi uni.oh pergi uni waktu summer holiday??soooo 'sweet'~

p/s: hidup tanpa internet.sadis betul perasaan.



Saturday, November 27, 2010

rumah baru

Salam & Konbanwa minna-san :)

Volt On Queen, itu namanya.duduknya di tengah bandaraya.depan rumah ada jalan raya.tingkat limabelas, itu rumah saya.

ecewahhhh pantun lah konon-kononnya?pooooorah izzati, pooorahhh.ahahaha~

oh ya, ini rumah saya.

pandangan dari jalan raya

ops, bukan seluruh satu bangunan agam ni rumah saya.ahaha.salah ayat salah ayat.ini ialah apartment di mana rumah saya berada [?].apa-apa je lah kan.yang penting, rumah saya ialah cinonet di dalam bangunan ini.cinonet katenye??tengoklah cinonet mana nanti.kehkeh.actually tadi ada buat video sebijik, kononnya nak tunjuk seluruh area rumah dari dalam almari sampai celah balkoni.tetiba bila tengok balik terus jadi malu tengok keadaan rumah sendiri.ahahaha.makanya, tunggu lepas siap kemaslah baru nengok dalam rumah yo?

pandangan dari balkoni rumah saya, tingkat limabelas

p/s: hari ni encik sayang punya birthday.malam tadi pukul 12 malam waktu Auckland [masa tu Msia baru pukul 7 malam], saya call & wish birthday dia.tak sempat nak touching langsung kan bila ada orang wish birthday pukul 7.kakaka~.takpe sayang, i love you.aicehhhhh sempat pulak. oh ya, NZ cepat 5 jam dari Msia.jadi, duduk sini buat umur saya bertambah 5 jam.kehkeh~

Friday, November 26, 2010

pindah rumah.*pengsan*


untuk orang yang tak pernah pindah rumah macam saya ni, sekali pindah rumah memang rasa nak pengsan masyaAllah.bukan sebab kena angkut barang sangat sebenarnya, sebab terlalu sungguh banyak sangat drama.oyoyoyoyo~

balik Skype dalam pukul 11, berlari ke Volt Apartment.hamboih over kau ye sampai berlari.ahaha bukanlah berlari.jalan je pun dah semput, ini nak lari.cehhh kirim salam.sampai Volt, alamak orang ramai pulak, tengok siapa on duty, Vanessa rupanya, dalam hati lega.sekurang-kurangnya bukan pakcik spek mata yang banyak songeh tuh.dekat setengah jam jugak bertapa puh sana puh sini dekat lobi, baru dapat sain borang segala.rasa macam fofular kejap duk sain sana sini HAHAHA.dapat je kunci, terus naik atas.EXCITED nak tengok rumah baru.sampai depan pintu, KECEWA.tak siap cleaning lagikk??oyoyoyoyoyo pengsan!bila tanya, dia cakap maybe siap afternoon nanti.

balik HUIA terus tukar plan angkut barang.dari pukul 2, anjak ke pukul 3.pukul 3, dengan barang2 penuh tangan kiri kanan bukak pintu rumah sekali lagi, ada pulak sorang pakcik tengah cleaning bathroom.pengsan sekali lagi.bila tanya dia, dia cakap impossible nak masuk hari ni.masa tu si izzati dah nak tumbang menyembah bumi.sadis betul perasaan.

turun bawah, mengadu dekat Vanessa dengan abang botak sambil buat muka kesian.beria diorang mintak maaf sebab rupanya ada misunderstanding dengan cleaner punya syarikat.at last, rumah boleh masuk lepas pukul 7.pukul 7 katenye??layan aje lahhh~

waktu tu baru pukul 5.nak tunggu pukul 7 macam boleh masak nasi goreng sendawa dua tiga kali.jadi, sesuka hati aku tinggal kotak-kotak dekat koridor floor.siap baca bismillahitawakkaltualallah puh puh dekat kotak takut hilang.takkan nak bawak balik HUIA pulak kan.itu ialah sungguh mengarut.waktu tu belum habis angkut semua barang lagi, baru trip kedua.masa tu dah terpikir kot tetiba pakcik Mark [building manager] nak buat jahat.naya betul kalau dia sorok sebijik dua.saya dahlah tak kira ada berapa bijik kotak semua.ahahaha~

pukul 7 datang balik, kotak tak ada!masa tu memang suspender sungguh.berdebar-debar rasa macam tengah tengok cerita james bond.okay fine tak ada kaitan.tengok rumah, ALHAMDULILLAH better than before.rupanya cleaner tolong angkatkan bebarang masuk rumah.ALHAMDULILLAH~

dekat enam tujuh kali jugak trip nak angkut bebarang kitorang nih.ahahaha.waktu dah nak habis angkut semua barang tu, sepenuh hati yakin mesti tak ada masalah tinggal barang depan lif sekejap sementara nak hantar masuk rumah. rupanya kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ribut petir di tengahari.pakcik Mark rambut putih memunculkan diri dengan membawa perkataan-perkataan kesat.sebabnya? kitorang tinggal barang depan lif, tak ada orang jaga.dia cakap sebelum ni banyak kes orang hilang barang.so bila jadi kes macam tu, orang datang report dekat dia lah.jadinya nanti hidup dia lah yang miserable.bertabahlah Azmi & Fahmi.semoga lepas ni korang tak jumpa dia dah.patut tadi aku rasa tak sedap hati waktu tengah susun barang dalam umah tuh.ecewahhhhh~

baru perasan cerita panjang lebar bukan main.padahal sebenarnya nak tulis satu dua ayat je.ahahaha~

p/s: belum masuk rumah lagi.pindah barang je.hari isnin baru masuk rumah.hari ni sungguh sibuk.maaf tak dapat blogwalking!

Thursday, November 25, 2010

sedap rupanya~

hello summer :)

sedap rupanya strawberry celup cokolat.patutlah siti suka.izzati pun nak suka lah.*harap-harap boleh jadi siti*.apa kejadah kau nak jadi siti sebab stoberi.ngek betul.hahaha~

lalalala.dip a di doo dah! ialah sedap!sedAp!celup celup & cair di mulut.ngaaaaaaaa.*bukak peti tengok strawberry*hohhhh 3 biji je?semalam bukan penuh sekotak ke?ahahaha~

yang ini tak boleh main celup celup dip a di doo dah!sungguh enak dimakan begitu saja!sekarang baru faham kenapa adik suka sangat ratah carrot.sedap rupanya.kalau bagi adik makan carrot dekat sini, mungkin dia boleh lawan arnab.ahahaha~carrot ialah super-sweet!beli sebungkus besau nih bukan nak buat masak pun, buat makan gitu je sambil layan cerita Jepun Yamato Nadeshiko Shichi Henge.ahahaha.tak boleh stop.help!!buat apa nak help.carrot bagus untuk kesihatan.heeee~

p/s: fikiran berkecamuk.gituh kan nak jugak guna perkataan bombastik macam adrie.tapi beliau lagi bombastik kebabom punya perkataan."lutut bergemertak".kebombastikan tu rasa sampai ke lutut sendiri.hoooooo~


Wednesday, November 24, 2010

ryo-chan!

Salam & Hello :)

dah duduk sorang ni memang takde benda sangat nak buat.nak keluar jalan, kena ada duit.nak makan, gerak sikit dah jumpa biskut.apa benda yang rajin?duduk depan laptop, online.internet ialah nyawaku.tetiba.astaghfirullahalazim.duniawi sungguh.

dua tiga hari ni, tetiba terlebih over rajin menggodek mysoju.com cari cerita best nak tengok.KONONNYA, nak tengok movie aje lah.nanti kang tengok drama berpanjang-panjangan pulak.mula susah nak tinggal laptop hahaha.

akhirnya, nehi kabhi nehi.habis 2 drama + 1 movie.pulak tuh semua yang Nishikido Ryo berlakon hahaha.cinta berputik kembali.ecewahhhhh.izzati ialah peminat-pasang-surut Nishikido Ryo.bila tengok SUKA, bila tak tengok LUPA.hahaha.kenapa izzati suka dia weh?sebab dia pemalu.hahhh izzati suka lelaki pemalu?YA*pipi merah jambu*hahahahaha.

habis part mengarut.mari mulakan sesi review bersama sizuka.sekejap sizuka sekejap izzati sekejap sizuka sekejap izzati.nasib baik bukan suzuki ke yamaha.ehhh kalau yokohama boley?

Ryusei No Kizuna [2008]-drama.suspense + comedy.drama ni super-best + super-lawak especially Ryo [Taisuke] lah kan siapalahhhh lagi.hahaha.Ninomiya-kun [Kouichi] pun lawak jugak, lawak comel-comel gituh.dalam cerita ni, ada satu part Ryo sebut 'orangutan'.ahahahaha comel gila!sooooodesukaaa reti jugak u cakap melayu des!

part ni saya PALING SUKA.gelak tak boleh berhenti sambil tepuk tangan ahahahaha.bukan gelak sebab lawak tapinya.gelak sebab seronok.tak boleh blah bila tengok muka Ryo, dengan cara dia cakap sambil sengih-sengih tuh.ahahaha~*sengih sorang-sorang*nak tau seronok tak seronok izzati bila tengok part ni, dia sanggup download part ni je, BUKAN satu movie.hahaha~

next, Niini no Koto wo Wasurenaide [2009]-movie.tukar mood.cerita ni sedih.perlu siap sedia tisu satu gulung sebelah laptop.AMARAN: sila kawal emosi.kalau tidak anda akan menangis tanpa henti.Ryo [Keisuke], watak utama yang ada sakit barah otak.izzati menangis teruk sebab yang sakit tu ialah Ryo.YA tu memang sebab utama hahaha.dia kan memang pro part nangis-nangis nih.ingat lagi 1 Litre of Tears?meskipun yang sakit tu bukan Ryo.tapi tiap kali dia nangis, izzati join sekaki.sibuk jugak nak nangis sampai sedu sedan hohhhh.ahahaha~

baru habis tengok ni, Orthros No Inu [2009]-drama.cerita ni macam ada unsur supernatural sikit.Ryuzaki Shinji [Hideaki Takizawa] yang kacak+cool *ngaaaa*, dia boleh sembuhkan orang melalui sentuhan tangan je [God's Hand], tapi gaya dia macam jahat sebab bekas banduan, tapi sebenarnya dia baik je.cuma tak berapa nak ada perasaan. Aoi Ry0suke [Nishikido Ryo] pulak boleh bunuh orang guna tangan dia, main sentuh je [Devil's Hand], tapi dia ni pulak baik hati, kerja cikgu dekat private school.kiranya macam vice versa lah kot.pepandai je kau izzati.macam-macamlah konflik dalam cerita ni.legenda lah segala kan.at the end, rupanya diorang ni adik-beradik.ada jugak nangis-nangis part last tuh sebab kalau ikut legenda Ryukoku, si adik [Ryosuke] kena bunuh si abang [Shinji] guna tangan dia.masa tu izzati ni berdebar bukan main nihhh.tetiba je menjerit jangan bunuhhh diaaaa!haaaaa itu namanya over-excited bila tengok movie.ahahaha~

siapa yang tak pernah over-excited tengok movie?tak perlu malu.kalau tengok cerita seram ke hantu ke pernah tak korang TERcakap jangan pergi situuu!!situ ada hantu!ada orang jahat!lariiiii!cepattt!!haishhh yang pergi situ kenapeee.jangannnnn! hahahaha.pernah ke tak?pernah ke tak?

p/s: ada orang lagi dasyat.bila ada scene tembak tembak, dengan dia sekali mengelak kena tembak sampai jatuh kerusi.ahahahahaha~


Monday, November 22, 2010

sang tikus comel

Salam & Hello

harus pengsan sekarang.seharian berusaha pergi setelkan hal internet untuk rumah baru nanti T____T dengan Anies.bukan senang macam kupas bawang rupanya.bayangkan kalau semua balik Msia, datang sini nak rumah dah siap sedia ada kelengkapan segala?kirim salam.internet ambik masa 5-10 hari bekerja untuk application & installment.dalam hati dah menangis berduka.isnin depan hari last boleh duduk HUIA.kira dari hari ni sampai isnin depan.baru 6 hari bekerja!*bayangkan hidup tanpa internet*tsk!harapnya encik tadi boleh tolong cepatkan application tu.pretty pleaseeeee.*bergenang airmata*

hai hai.nama saya Aqilah.ini rumah saya.Volt 1209.saya dalam perjalanan pulang ke Msia sekarang.saya berada di Brisbane ketika ini.pagi tadi saya sergah izzati pukul 5.15 pagi untuk bagi beliau roti.dan pagi tadi izzati sarapan dapat makan roti.kakakaka~

hai hai hai.nama saya pintu HAHAHA.bukan bukan.ini ialah pintu bakal rumah saya & rakan-rakan.ini nama dia pergi gatal naik tingkat 15 semata-mata nak tengok pintu rumah.Aqilah suruh berdiri depan pintu, dia nak ambik gambar.saya tak berani.terbayang nanti ada orang bukak pintu dan apa kejadah budak ni ambik gambar depan pintu rumah aku??kan naya namanya tuh.jatuh saham akak.hahaha.

setel application internet, pergi Westfield.sekarang dah summer.makanya siang ialah super-panjang.pukul 8 PM baru gelap.duduk dalam bilik sepanjang siang ialah tidak efektif untuk pertumbuhan kanak-kanak.hahaha.dekat Queen St.,kanan kiri SALE, makanya jalan tutup mata.NAMUN, masuk Westfield sudah tak boleh tutup mata.ada eskalator.kalau tutup jugak, maaf anda tersungkur.hahaha.terpandang Postie.ada baju cantik hanya $15.tarik Anies masuk Postie.dapat baju $15.pandang Anies.rupanya dia sambar DUA baju.hahahahaha.

dalam Warehouse.ini ialah perbuatan yang tak berapa nak matang okay.makanya, jangan tiru aksi ini di rumah.dekat Warehouse, tak apa.hahahaha.



ini ialah BENDA PALING COMEL DALAM DUNIA.dengar je pun korang dapat bayang betapa seronok izzati duk rakam suara sendiri dalam tikus tuh.sempat hujung sekali tikus tu tiru 'cube ko buat!cube ko buat!'.hahaha~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...