Wednesday, November 24, 2010

ryo-chan!

Salam & Hello :)

dah duduk sorang ni memang takde benda sangat nak buat.nak keluar jalan, kena ada duit.nak makan, gerak sikit dah jumpa biskut.apa benda yang rajin?duduk depan laptop, online.internet ialah nyawaku.tetiba.astaghfirullahalazim.duniawi sungguh.

dua tiga hari ni, tetiba terlebih over rajin menggodek mysoju.com cari cerita best nak tengok.KONONNYA, nak tengok movie aje lah.nanti kang tengok drama berpanjang-panjangan pulak.mula susah nak tinggal laptop hahaha.

akhirnya, nehi kabhi nehi.habis 2 drama + 1 movie.pulak tuh semua yang Nishikido Ryo berlakon hahaha.cinta berputik kembali.ecewahhhhh.izzati ialah peminat-pasang-surut Nishikido Ryo.bila tengok SUKA, bila tak tengok LUPA.hahaha.kenapa izzati suka dia weh?sebab dia pemalu.hahhh izzati suka lelaki pemalu?YA*pipi merah jambu*hahahahaha.

habis part mengarut.mari mulakan sesi review bersama sizuka.sekejap sizuka sekejap izzati sekejap sizuka sekejap izzati.nasib baik bukan suzuki ke yamaha.ehhh kalau yokohama boley?

Ryusei No Kizuna [2008]-drama.suspense + comedy.drama ni super-best + super-lawak especially Ryo [Taisuke] lah kan siapalahhhh lagi.hahaha.Ninomiya-kun [Kouichi] pun lawak jugak, lawak comel-comel gituh.dalam cerita ni, ada satu part Ryo sebut 'orangutan'.ahahahaha comel gila!sooooodesukaaa reti jugak u cakap melayu des!

part ni saya PALING SUKA.gelak tak boleh berhenti sambil tepuk tangan ahahahaha.bukan gelak sebab lawak tapinya.gelak sebab seronok.tak boleh blah bila tengok muka Ryo, dengan cara dia cakap sambil sengih-sengih tuh.ahahaha~*sengih sorang-sorang*nak tau seronok tak seronok izzati bila tengok part ni, dia sanggup download part ni je, BUKAN satu movie.hahaha~

next, Niini no Koto wo Wasurenaide [2009]-movie.tukar mood.cerita ni sedih.perlu siap sedia tisu satu gulung sebelah laptop.AMARAN: sila kawal emosi.kalau tidak anda akan menangis tanpa henti.Ryo [Keisuke], watak utama yang ada sakit barah otak.izzati menangis teruk sebab yang sakit tu ialah Ryo.YA tu memang sebab utama hahaha.dia kan memang pro part nangis-nangis nih.ingat lagi 1 Litre of Tears?meskipun yang sakit tu bukan Ryo.tapi tiap kali dia nangis, izzati join sekaki.sibuk jugak nak nangis sampai sedu sedan hohhhh.ahahaha~

baru habis tengok ni, Orthros No Inu [2009]-drama.cerita ni macam ada unsur supernatural sikit.Ryuzaki Shinji [Hideaki Takizawa] yang kacak+cool *ngaaaa*, dia boleh sembuhkan orang melalui sentuhan tangan je [God's Hand], tapi gaya dia macam jahat sebab bekas banduan, tapi sebenarnya dia baik je.cuma tak berapa nak ada perasaan. Aoi Ry0suke [Nishikido Ryo] pulak boleh bunuh orang guna tangan dia, main sentuh je [Devil's Hand], tapi dia ni pulak baik hati, kerja cikgu dekat private school.kiranya macam vice versa lah kot.pepandai je kau izzati.macam-macamlah konflik dalam cerita ni.legenda lah segala kan.at the end, rupanya diorang ni adik-beradik.ada jugak nangis-nangis part last tuh sebab kalau ikut legenda Ryukoku, si adik [Ryosuke] kena bunuh si abang [Shinji] guna tangan dia.masa tu izzati ni berdebar bukan main nihhh.tetiba je menjerit jangan bunuhhh diaaaa!haaaaa itu namanya over-excited bila tengok movie.ahahaha~

siapa yang tak pernah over-excited tengok movie?tak perlu malu.kalau tengok cerita seram ke hantu ke pernah tak korang TERcakap jangan pergi situuu!!situ ada hantu!ada orang jahat!lariiiii!cepattt!!haishhh yang pergi situ kenapeee.jangannnnn! hahahaha.pernah ke tak?pernah ke tak?

p/s: ada orang lagi dasyat.bila ada scene tembak tembak, dengan dia sekali mengelak kena tembak sampai jatuh kerusi.ahahahahaha~


12 comments:

ijatnuar87 said...

ahaks...citer orthros no inu ni kena cari,sbb citer cam best...1 litre of tear tu mmg citer feeling abis,ingt lagi ambe n kwn2 tgk citer tu,smpai merah mata masing2(nak nangis malu,hehehhe)...

NIA said...

hahaha.ngs xnk ngaku.kekekeke.okay nnti sizuka bagi link :)

ijatnuar87 said...

ahaks...mekacih...really appreciate it...

NIA said...

pleasure.nnti bt review jgk tau:P

Anonymous said...

ekekeke.lawaok gile.

kalo tengok cite nangeh2.abeh la feeling same.

Lepas tu pulak. kalo tengok cerita romantikus de amore...

sengih sorang2. *Berangan*

NIA said...

ahahahaha.kak opor kantoi!

Prince Halilintar said...

mmg betul2 xcited tgk drama tue..tpi klu drama yg kite minat mmg kite teruja pon..hehe

NIA said...

hehe betul betul betul.boleh jd over-excited siap.kakaka~

dya adriza said...

Oh.. kenapa ramai sangat minat cerita korea. adakah saya manusia pelik sebab x minat korea?!! Oh...

NIA said...

hehehe.ni bukan korea.ni cite jepun :D

tak tak awk xpelik.awk manusia jgk.macam sy macam dia.hehehe~

Anonymous said...

cite 'last friend' pon sedap gak..
nengok dah 'attention please'?
'Isshun no Kaze ni Nare' pon layan!!
eh kalo ryo-chan blakon, mmg best best best lahs!~~

NIA said...

sume dah tengok!ahaks.kalau tak bkn namanya peminat Ryo-chan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...