Thursday, December 9, 2010

super-excited

ada banyakkkkkkkkk benda yang buat izzati excited sekarang ni.
  • summer trip!!oh my so excited nak terjun pantai.terjun pantai katenye?hentam je lah.hahaha~
  • haruslah excited sebab Krismas dah dekat.kerana itu bermakna SALE akan semakin merebak sampai boxing day HAHAHA.
  • kurang dari sebulan, selamat tinggal Auckland helloooooo Queenstown.bukan berjalan yawww.saya pergi memerah keringat mencari rezeki yang halal di kebun ceri.petik ceri ialah comel bukan?tapi saya tak petik, saya paket ceri miahaha.oh lemak, tolong bakar diri sendiri pretty please.lepas dua bulan, i nak balik Auckland as a slim izzati.HAHAHA.
  • Megamind olooooooooooo
tolonglah faham.tengok iklan dekat tv pun rasa nak pecah perut hahahaha.nak pergi tengok harini jugak tak kira!
  • strawberry dah super-murah.semalam pergi Countdown, dalam hati nak beli sikit je lah.tak teringin nak makan apa sangat pun.tetiba betul-betul depan entrance STRAWBERRY $1.99/chip.and i was like OMG!*sambil membulatkan mata*.at the end, ada 5 chip strawberry dalam troli.HAHAHA.coklat pun murah sangat!$1.99/bar yang besar tuh.ulalalala~
  • AirAsia dah datang NZ!walaupun bukan dekat Auckland, Christchurch tuh NZ jugak kehkeh.hey siapa-siapa nak datang sini melancong roger izzati okay??kawan-kawan saya dah ramai yang duk plan trip untuk keluarga sanak-saudara yang nak datang NZ tahun depan.izzati pulak nak plan trip untuk siapa?haaaaaaa itu yang kita tak tahu.kakakaka~
p/s: ijatnuar cakap tak berbaloi tengok Machete dekat wayang.makanya, faten u download je lah.HAHAHA.

Wednesday, December 8, 2010

video rumah baru & Machete

hari tu dah janji nak upload video rumah baru kan?nak ambik gambar payah sangat.banyak norr ceruknya.macamlah rumah kau rumah banglo izzati oih.whatever whatever i don't care nak buat video jugak tak kira!HAHAHA.



this is the one and only.sebenarnya malu nak upload okay sebab ada part nak tersungkur lepas tu nak melatah siap HAHAHAHA.lepas tu entah kenapa rasa malu dengar suara sendiri yang bajet macam pengacara EXPOSE MISTIK lah kononnya HAHAHA.suara nak buat low-tone lah pulak kan.OMG people, mungkin korang patut mute kan je audio dan teruskan dengan video sahaja.okay?
ada plan nak buat video lain.tapi disebabkan izzati bukanlah berbakat besar nak mengacara dalam video sendiri, makanya guna ajelah yang satu ini.kakakaka~

semalam punya malam, pergi tengok cerita ini dekat IMAX.Adrian & Saifful punya idea.saya, Anies & Ton ikut saja.

5 minit cerita start, saya dah menggelupur tutup mata,menjatuhkan diri dari kerusi cinema.cerita apa yang korang bawak aku tengok nihhhh!parang merata, potong kepala sana sini, DARAH!!Ya Tuhanku apalah dosaku masa tu kan.baru 5 minit start, dah tanya bila cerita ni nak habis.OMG seram gila.bukanlah seram hantu hoooooo tuh, seram sebab banyak sangat bunuh-bunuh.budak-budak tak boleh tengok cerita ni.18 okay.tak tahulah SG SX XL ke apa.semua ada.80% izzati tutup mata, tengok ikut celah jari.nasib baik duduk tengah, ada bodyguard dua kanan dua kiri HAHAHA.

cerita ni separuh Mexico separuh English.sebut tajuk itu betul-betullllll.MA-SYE-TE.ada bunyi Mexico kan?saya suka satu part je dalam cerita ni.part kereta The Network melompat-lompat waktu nak serang gempur geng Torrez.itu super-kelakar.comel gila kereta lompat-lompat macam orang nak tomoi.ahahaha~

as usual, disebabkan cerita ini memberi impak yang terlalu besar dalam hidup izzati, makanya tidur malam dia mimpi buruk lagi macam haritu bila tengok Penny Dreadful.kali ni mimpi orang bawak PARANG TAJAM nak bunuh saya dekat parking lot yang GELAP.OMG tahu tak izzati takut tempat gelap??!bangun je tidur, sadis betul perasaan.rasa nak jerit lepas ni taknak tengok cerita seram dah nak tengok kartun je!!teruklah kalau tiap-tiap kali tengok cerita, jadi macam ni.

p/s: tak sabar nak tengok Megamind olooooooo~

Tuesday, December 7, 2010

entri sesuka hati izzati

seram okay tiap kali bukak blog nampak gambar darah jarum segala.seram okay perasaan bila tengok blog sendiri.hahaha.makanya bak kata silah, buat entri baru sajalah izzati.jadi here we go, entri sesuka hati izzati.

AMARAN: setiap perenggan dalam entri ni memang tak ada synchronization langsung.

baru lepas baca surat-cinta-budak-sekolah dekat blog faten.OMG risau gila okay apa nak jadilah budak-budak sekarang ni.eja 'perempuan' pun belum pass, dah nak tulis surat-sampai-tak-cukup-noktah.tak cukup nafas akak nak baca.makanya sepuluh tahun lagi, kalau izzati home-school kan anak sendiri, jangan tanya kenapa.aicewahhhh cakap pasal anak pulak dah HAHAHA.

haritu saya cakap Gwen nak buat surprise sempena hari tambah umur saya.bila sampai je rumah, ada chocolate cake + air sprite sebotol atas meja.comel gila budak Gwen nih.air sprite pulak tuh.semua iklan sprite punya pasal la nih.siapa suruh sembur air sana sini macam nampak refreshing gila HAHAHA.

petangnya, Saifful mesej tanya nak makan dekat luar ke tak, sekali dengan Anies & Adrian.pakcik ni kalau dia tetiba ajak makan dekat luar tu, ada lah bendanya.murah rezeki alhamdulillah bila dah masuk umur 21 ni, ada orang belanja makan Nando's.perut senang hati kenyang.Alhamdulillah :)

Adrian & Saifful gave me this.i-don't-know-what tapi ianya ialah suatu makanan berkonsepkan Chinese.lembut di luar, lembut di dalam.

waktu summer ni, makan aiskrim tiap-tiap hari ialah bahagia.tambahan pulak sekarang ada pertandingan Lick for Prize a.k.a jom kumpul batang aiskrim banyak-banyak dan menang hadiah HAHAHA.sehari beli tiga batang, seminggu?sebulan?setahun?silap haribulan kau buatlah rumah guna batang aiskrim tu izzati.HAHAHA


dekat nak Krismas ni, coklat ialah super-murah macam OMG ruginya kalau tak beli.tapi kalau beli, kena makanlah pulak kan.kalau tak, buat apa beli T___T.OH NO lemak bertambah.lif, bila nak rosak lagi?ahahahahaha GILA.

p/s: habislah pening orang baca entri ni.ahahaha.tiap-tiap perenggan tak ada kaitan langsung.memang sesuka hati sehabis sukahati lah kau ni izzati.


Monday, December 6, 2010

kena jahit dekat kepala ialah scary

bertenang okay semua.sabar sabar sabar.simfoni [?] kejadian: saya dekat rumah, seorang diri dan buat keputusan untuk tidur since Ton belum balik kerja & Gwen belum balik dari shopping, dan saya super-bosan.lepas tu terjaga sebab security fon berbunyi.okay ton dah balik.senang hati, bangun dan tunggu nak bukak pintu.bila bukak pintu, ton cakap dia luka.saya expect oh mungkin luka kecik tu so takdelah nak serius segala kan.sampai dekat ruang tamu, dia suruh check kepala dia, tengok luka teruk tak.waktu tu bukan main ni hah bukak lampu segala.dah namanya baru bangun tidur, haruslah budak izzati nih tengah mamai lagi.tetiba nampak ton keluarkan shawl dia dari beg.MasyaAllah terus rasa nak pengsan.tonnnnnn apa benda niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

saya takut darah okay.saya takut segala benda yang berkaitan dengan hospital, darah dan segalanya yang berkaitan.terus tetiba rasa takut nak tengok kepala ton.tengok dari jauh, nampak darah dekat celah-celah rambut dia.masa tu tak payah bayanglah macam mana si izzati ni terkinja-kinja cuak lebih dari ton.masa tu rasa nak pengsan pun ada.okay macam mana ni.orang lain dah tak ada.aku pulak penakut.nak buat apa nih!!

ton, jom pergi hospital!atau kita patut panggil ambulans?nak buat apa ni cepat cepat?!ton boleh pulak gelak.OMG saya yang cuak lebih.yelah kot tetiba dia pengsan mau saya kena dukung dia kan tetiba?dahlah baru bangun tidur HAHAHA.

dalam bas, budak izzati tak habis lagi cuak.cuak tengok ton + cuak nak pergi hospital sebenarnya.dush!

kita skip part isi borang segala tuh kan.tak seronok.jom pergi part seronok tapi seram.
masuk bilik doktor, Dr. Logan check luka ton.saya & Gwen ikutlah sekali KONON berani.then Dr.Logan cakap kena jahit.OMG for real?Dr. Logan tanya nak ikut tengok sekali ke tak.sok sok berani, pergi ikut sekali masuk bilik jahitan [?].

Dr.Logan ni super-nice & sporting gila.bila tanya boleh ambik gambar ke tak, dia rileks je.siap cakap mesti nak letak dalam facebook ni.ahahaha~tapi dia cakap english lah.mestilah dah nama pun Logan, bukan Longan :P.

seram okay.tengok live depan mata.tak sangka berani jugak aku ni.mujur tak pengsan.


ini Dr.Logan.hooo dekat sini bolehlah tengok doktor pakai macam dalam Grey's Anatomy tuh.doktor pakai baju biru yawww~

lepas kena jahit.jahitan di kepala ton ada 3 jahitan kesemuanya.seram okay tengok Dr.Logan jahit.macam jahit baju tapi sebenarnya dia jahit kepala.hooooo~

sebelah saya, itu ton.she's totally fine.she's strong girl anyway.kalau saya, dah lama menangis tak larat segala.okay yang sebelah dia tu, budak tu, bangun tidur, dan terus pergi hospital.sebab cuak sangat, dia tak sempat nak buat apa dah.sauk je baju, tudung mana ada.hahaha~

p/s: luka tu sebab kena langgar dari belakang oleh buaian pusing yang tengah laju berpusing waktu ton tengah layan anak boss dia main dekat playground.


sizuka & housemates rumah baru

episod hari ini : mari mengenal housemates izzati.begitu pentingkah sampai kita perlu kenal housemates dia ni?PENTING, sebabnya pada hari-hari yang mendatang, gambar saya & mereka lah yang akan bersepah di serata blog ini.even sebelum jadi housemates pun, gambar kitorang dah bersepah sana sini.hahaha~

tengok...





okayyyyyy.dah boleh cam muka ke belum?kalau dah, bagus.kalau belum, pergi tengok sekali lagi sampai boleh cam.ahahaha~
siapa tak boleh cam mana satu izzati?tsk.sadis betul perasaan.mungkin izzati perlu lebih menonjol dalam gambar?ataupun dah menonjol tapi tak tertonjol?apekahhhhh.hahaha.

jom main kuiz cari orang tersembunyi...

cari kami.
okay fine senang gila kacang kan?tengok gambar atas tengok gambar bawah terus terang tang tang boleh nampak.hahaha~apa kejadahlah kuiz yang kau buat ni izzati oih.kakaka.oh ya, semua ni GENG VOLT okay.yang lagi 4 orang ialah jiran di tingkat duabelas.yessss kitorang memang suka duduk tinggi tinggi.hahaha.

yang sengsara ialah bila lif rosak.lif tiga bijik tu pernah out of service beberapa jam.tanggal 4 Disember 2010, izzati dengan tabah turun naik hanya menggunakan tangga DARI dan KE tingkat limabelas.free free je kena exercise kan.semput tu tak payah kira lah.bukan main bernafas macam tak cukup oksigen.dan saya bawak beg laptop okay.kiranya hari tu keluar semata-mata nak online & balik ke rumah SELEPAS ONLINE.hahaha melampau tak melampau.nak online punya pasal, tingkat limabelas sanggup ku panjat.dalam hati tetiba terfikir kan, mungkin ini balasan aku malas pergi gym.makanya lemak-lemak buat keputusan untuk bakar diri sendiri.HAHAHA.

okay kena siap pergi kerja.ciao!

p/s: GENG 1516 semuanya bloggers.sweet ay?tiga orang dekat Msia, izzati sorang dekat sini.mujur ada housemates sementara ^__^

Sunday, December 5, 2010

summer ialah bahagia

minta maaf okay semua orang.baru dapat internet dekat rumah baru ni, perasaan excited masih membara & menggila nak update blog.nak cerita macam-macam.so people, bear with me.

benda-benda yang paling saya suka waktu summer ini ialah, satunya : strawberry celup cokolat.duanya: matahari, angin sejuk & pantai.tiganya : SALE.

rumah pulak dekat sangat dengan Queen Street.SALE 20%,50%, 80% kiri kanan depan belakang.dalam hati Ya Tuhan kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku.tapi sebagai seorang izzati yang memang tak boleh tengok baju cantik dengan SALE 50%, makanya ku tersungkur di tengah jalan.berapa helai baju baru?JANGAN TANYA.sebab dah lupa berapa hahahaha.beli banyak tapi duit yang habis tak sampai $100.seronok bukan?

saya beli sehelai kemeja dekat Max Outlet yang pada asalnya berharga $119.90, dengan hanya $20.bahagia bukan?

makanya, sekarang kalau jalan dekat Queen Street mesti jalan tutup mata.ahahaha.nak tunggu Boxing Day lah kononnya.sekarang pun dah murah gilos, tak dapat bayang berapa harga masa Boxing Day nanti.

ni baru balik dari Santa's Parade dekat Ellerslie.dapat makan takoyaki sedap gilos.menyesal tak beli dua tadi.tsk~tapi Parade tadi tak boleh lawan yang dekat Queen Street punya lah.kehkeh~

oi budak.comel sangat kenapa?


Saturday, December 4, 2010

master chef lah kononnya

sebab terlalu banyak benda nak cerita, kisah rumah baru & episod mengenang bilik di HUIA akan ditangguh di lain rancangan harap maklum.tapi jangan risau video SUDAH ADA.tungguuuuuuuuuuuuu~

ketiadaan internet menjurus kepada aktiviti menonton tv ke tahap paling maksimum dalam dunia yang tak pernah dibuat sejak sampai di bumi biri-biri ini.bila izzati dah mula hafal cerita ni pukul berapa, cerita itu pukul berapa, BERMAKSUD tv ialah satu pertiga hidupku.hahaha.

rancangan favourite, haruslah Master Chef & My Kitchen Rules.tengok orang masak SUKA tapi memasak DUKA.bila tengok orang masak, perut laparlah rasa nak makanlah apa segala kan.tapi nak memasak punyalah liat, Ya Tuhanku.mungkin kena bagi lempangan Malaya sebijik.mungkin jugak lempeng?apekah yang kau merapik ni duhai izzati.

TAPI, bila dah sampai seru nak rajin tu, memang kemaen rajin Ya Tuhanku kenapalah bukan tiap-tiap hari macam ni.

hasilnya...

percaya ke tak?ke tak percaya?kau ni macam main terbalik terbalik perkataan je izzati.hahaha.

SAYA TAK TIPU

senang je sebenarnya.buat banana muffin,bakar, keluar oven dah siap semua, letak dalam pinggan putih, susun comel-comel, lepas tu ambik strawberry 2 biji, potong, susun bagi cantik gitu, letak chocolate sauce dalam mangkuk, guna sudu & pepandai lah mencorak batik dekat atas muffin tu bagi nampak gorgeous yawwww.tapi saya tak buat corak batik ye tuan puan sekalian.corak tu namanya lingkaran ular berbisa dan lenggokan si naga berapi.ahahaha.kenapa ular dengan naga?sebab satu panjang satu pendek.dan itu namanya suka hati akulah nak bagi nama corak apa.kahkah.

actually sebenarnya tak dapat nak agak banyak mana nak letak coklat tu.dan tetiba TERaccident tangan ketar sebab berdebar kononnya rasa macam masuk Master Chef kena kejar masa HAHAHA.

oh ya, kalau siapa nak resepi banana muffin jangan segan nak mintak okay :)

p/s: bila izzati terlebih rajin, makanya benda luar biasa akan terjadi.bila dia terlebih tak rajin pulak, benda jauh dari biasa pun boleh jadi.ahahaha~


indah betul perasaan

makin indah bila AKHIRNYA internet kembali dalam kehidupan.sekarang, perasaan ialah sungguh hebat, rasa macam nak flying without wings dari tingkat limabelas menyeberangi Lautan Pasifik.okay dah mula mengarut balik.

drama bila tak ada internet,
  • izzati bukan main rajin lepas balik kerja kemas-kemas, terus pergi uni library.ONLINE okay bukan pergi baca buku.
  • izzati mula jejak kaki pergi public library dan sanggup tunggu sampai pintu bukak pukul 10 sebab nak ONLINE.
  • izzati rela berkorban duit untuk ONLINE berbayar
  • izzati sanggup hadap Handy Manny,Master Chef, My Kitchen Rules dan segala macam rancangan TV sebab tak ada apa nak buat walaupun waktu tu cerita tak best langsung sampai rasa nak jerit kuat-kuat.
HAHAHAHA

seminggu tanpa blogwalking, seminggu tanpa entri yang memuaskan hati, seminggu ini trafik merudum~

yang penting, budak dua orang ni bukan main terkinja-kinja bila dah dapat internet.menggila masing-masing.

VODAFONE lovelovelove.Customer Service memang the best!

p/s: sebenarnya dah over excited sangat sampai tak tahu nak tulis apa sebenarnya.banyak sangat cerita nak dicerita.fuhhhh kena bertenang.bertenanggggggg~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...