Friday, March 25, 2011

off to Cape Reinga

rasanya kalau siapa-siapa perasan dekat Twitter ekhemmm silah ekhemmm, saya asyik tweet tak sabar nak weekend.silah tanya 'kenapa'.saya cakap 'rahsia negara'.HAHAHA.padahal sebenarnya semua orang pun tak sabar nak weekend kan.so what's the deal yang izzati nak menjoyah sangat nih.*sentap*

izzati bukan joyah.siapa panggil saya joyah, siap sedia lutut anda akan meretakkan diri sendiri.

IKLAN UGUTAN.haha~

hah mari sini saya nak kasi pecah rahsia negara.

petang ini, izzati & housemates rockers beliau akan bertolak ke Cape Reinga, bukan KeRengga.pejadah apakah nama tempat sebegitu pelik?

Cape Reinga ialah penghujung New Zealand, di sebelah utara.di pulau selatan, penghujung New Zealand namanya Invercargill.nampak beza bukan?dan beza memang berbeza ialah penghujung utara ini panas, penghujung selatan sana sejuk.sebab dah dekat dengan Antartika.eh sekejap.*tanya Fareha*.hah betullah Antartika.

menurut bahasa Maori, Reinga membawa maksud underworld & Cape merujuk kepada the centre point.digabungkan, The Centre Point of The Underworld.*tegak bulu kening*.

tapi, kami bukan pemburu hantu.

motif pergi Cape Reinga tempat pertemuan Laut Tasman & Lautan Pasifik itu ialah untuk meluncur pasir also known as sand surfing, juga jalan-jalan tengok pemandangan.

semalam telefon mak saya, beritahu nak pergi meluncur pasir.nak tahu apa emak saya cakap?

duduk sana habis semua benda nak diluncurnya.salji dah, ombak sudah.ini pasir pulak.macam-macam.

jauh perjalanan, luas pemandangan.setuju?

tapi bukanlah pergi sana lima hari empat malam.besok balik dah HAHAHA.tapi bercuti jugak namanya, ye dak?

doakan keselamatan kami.trip all girls pulak kali ni.girls' power gituh.confirmlah tak boleh nak update blog since saya guna handphone kokak je.maka, kalau nak update dari saya, jenguk Twitter okayyy?

p/s: KALAU saya beli banyak banyak necklace owl yang sungguh gorgeous itu, ada yang nak beli dari saya tak?:)

Thursday, March 24, 2011

nama pun perempuan

Assalamualaikum & Hello :)

perempuan memang suka benda-benda cantik.tell me, siapa tak suka benda benda cantik dan benda cantik cantik?semua orang suka kan?even lelaki pun suka kalau isteri dia cantik.ini dah kenapa tetiba masuk bab perkahwinan pulak.HAHA.tapi, ianya suatu kenyataan, bukan cobaan.ininya betul-betul kejadian.

saya perempuan, dan saya memang suka benda-benda yang sedap mata memandang.pulak kalau yang berkerlipan-kerlipan.sebab itu perempuan suka barang kemas.tapi bukan saya nak mintak barang kemas.yang itu tunggu dulu,belum sampai seru nak berEMAS suasa.kalau terfikir nak jual nasi kerabu,mungkin waktu itu boleh consider nak beli gelang emas sembilanpuluhsembilan karat.HAHAHA.serupa macam binatang bernama kelip-kelip.kalau senang nak dapat, memang dah lama boleh buat jadi belaan.HAHAHA.

tamat kisah izzati dan si kelip-kelip.tetiba.

saya ada jugak sikit koleksi barang-barang a.k.a aksesori yang so-perempuan-punya-barang.haruslah.habis tu takkan nak beli jersi rugby bola rugby kasut rugby topi rugby segala, ye dak?melawan lumrah kejadian manusia bernama perempuan namanya itu.tapi, kalau beli sebab minat rugby tak apa.tak salah.HAHAHA.



siapa yang minat tengok drama Korea, haruslah tampar diri sendiri kalau tak kenal rantai ni.minat Lee Min Ho?tengok Boys Before Flowers?ingat tak rantai yang Gu Jun Pyo bagi dekat Geum Jan Di?this is similar to it.tapi bukan original, yang pasti SAMA.hehe~



ini cincin a.k.a i am the lord of the rings.HAHA.ada dua.dua-dua memang gedabak punya cincin.satu BUNGA, satu HEE CHUL.aik?Hee Chul tu apa dia?





ini Hee Chul.kalau siapa yang minat Super Junior, tak kenal dia, lebih baik rendam kepala sendiri dalam sinki.HAHAHA.


yang ini, baru beli hari ni.KONON tambah koleksi.jatuh cintaaaaaaaa.kalau macam ni, haruslah tiap-tiap minggu melayang $20 semata-mata untuk benda-sedap-mata-memandang.seriously, sungguh sedap mata memandang.rasa nak pengsan tak tahu nak pilih yang mana satu.buy 2 free 1.lemayannnnnn~

p/s: hulalalalalala hulahuppppp tak sabar nak weekend~!

Wednesday, March 23, 2011

kucing meow~


comel gila oh kucing ni.geram rasa nak pegang, tapi sedar diri yang sebenarnya saya memang tak berani.okay jom gelakkan izzati beramai-ramai HAHAHA.*muka redha*.ini kucing encik K, dijaga dari dia kecik.jumpa dekat mana tah.sekarang, beliau [si kucing] sudah punya kerjaya.dah jadi model untuk studio encik K.memang pandai posing.kalau tengok profile picture encik K, beliau dah macam dukun kucing, sebab kucing tu melingkar atas bahu beliau.kalau tukar kucing jadi ular, encik sayang saya akan jadi dukun ular.oh tidakkkkkkk.HAHAHA imaginasi tahap langit kelapan.pfffft.

ingat lagi tak patung biri-biri comel yang encik K sibuk jahitkan baju seluar bagai tu?itu ialah si kucing ini punya favourite toy.

boleh tak, nak bagi alasan, saya tak berani a.k.a takut a.k.a geli nak pegang kucing sebab badan dia suam-suam?as in macam uuuuu gelinya badan dia panas.sentuh sikit tak apa.boleh lagi berlagak macho usap-usap bulu dia.sekali melompat atas riba,or paling koman pun dia duk bergesel dekat kaki, don't ever imagine what I'll do.meremang bulu roma akhak.

3 kesayangan saya memang sangat sungguh suka kucing.first, encik K haruslah kan.second, Fareha yang selalu sangat rindu kucing dia siap webcam dengan kucing okayy HAHA.third, adik bongsu saya.dia ni buat perangai tidur dengan kucing pun ada.selimut siap.bukan setakat kucing lah sebenarnya.hamster pun dia main bawak dalam baju dia.dia cakap besar nanti adik nak jadi doktor binatang.baiklah, adik.

p/s: seriously lupa nak publish gambar dari gulungan filem sulung, hasil kamera superheadz comel saya itu.dalam entri lepas, gambar saya pakai kaca mata hitam macam zaman ago-go itu ialah gambar dari filem.bukan filem sembilu kasih lah.filem kodak tuh.HAHAHA.

Tuesday, March 22, 2011

Sizuka's GiveAway: Check Penyertaan

Assalamualaikum & Hello

Alhamdulillah dah terima dua penyertaan dari BH dengan JaA.thanks sebab join.haaa yang lain-lain tu tunggu apa lagi.jomlah join sekali.makin ramai join, nanti makin banyak hadiah yang akan ditawarkan!*ayat iklan* HAHA.kalau lambat, yang dikejar tak dapat, yang dikendong bersepai di tengah jalan hecehhhhhh.

nak tengok senarai pelumba pelumba GA ni, sila rujuk gambarajah dibawah,






siapa nak dapat hadiah kaca mata hitam yang gorgeous?*takde motip* :P

p/s: nak bersiap pergi kelas~!

Sunday, March 20, 2011

Rugby is awesomeeeeeeee~

Assalamualaikum & Hello :)

semalam pergi tengok Rugby match dekat Eden Park, tempat bakal berlangsungnya Rugby World Cup Ogos nanti.seriously the stadium is awesome AWESOME awesome.triple awesome aku bagi.rasa nak pengsan bila mula-mula sampai stadium.cantik sangat!beza memang berbeza dari tahun lepas.

semalam SuperRugby, BLUES vs HURRICANES.haruslah sokong Blues sebab players dia semua kacak dan panas panas belaka HAHAHA.tak tak tak.kitorang sokong Blues sebab Blues cool dan perasaan cam best bila sokong Blues.maka, kesimpulan dia Blues memang hebat.tetiba kan.

dapat seat yang betul-betul at the centre of the earth.syok habis.jelas terang tang tang.seronok sangat perasaan.snap gambar sampai tak sedar dah lebih tiga ratus keping.penangan zoom lens tersayang.tak rugi beli zoom lens.bila tengok gambar rasa jatuh cinta sangat.

Blues won the game & penyokong Blues pulang dengan hati gembira :)

baiklah.giliran gambar menguasai blog.











sebenarnya ada tiga ratus keping gambar.tapi takkanlah tetiba nak tepek semua tiga ratus dekat sini kan.pengsan semua orang.semua ada dekat Facebook.itu pun bukan semua.hahaha.



bila lah agaknya kamera saya nak jadi sebesar ini.HAHAHAberanganlahengkauizzati.entah entah boleh tertonggeng ke belakang kalau saya yang bawak KAHKAH.

p/s: sayang sangat zoom lens~!jatuh cinta dengan lens sendiri.

Saturday, March 19, 2011

SIZUKA's First GiveAway :) [Sticky Post]

Assalamualaikum & Hello :)

Welcome to Sizuka-World-Of-life kepada warga homo sapiens sekalian.Selama 3 tahun berblog, this is my first GA, so hopefully it will be successful.kalau yang ini sukses, makanya sebelum saya balik Msia hujung tahun ni insyaAllah saya buat contest pulak :).So, harap-harapnya mendapat sambutan daripada segenap pelusuk dunia *tu dia nak exaggerate dah*.kalau tak dapat sambutan, dapat rambutan pun tak apa HAHAHA.

baiklah.sebelum saya merepek secara lebih kerepek lagi, jomlah tengok terma & syarat penyertaan.gitewwwwww [lempang diri sendiri].

  • warganegara Malaysia, yang ada di Malaysia[nanti senang nak pos hadiah].terbuka kepada semua peringkat umur.tak ada kategori belia,wirawati ataupun veteran.nehi nehi.
  • haruslah punyai blog.tak kisahlah dot blogspot ke, dot wordpress ke, dot com ke dot apabenda lagi lah yang wujud.mesti blog, bukan blok blok asrama ataupun blok batu bata.
  • nak follow sila, taknak follow tak apa.tapi segala urusan pasal contest ni saya akan update ikut blog je.makanya, stay tuneeeeeeee :D
kalau semua layak, baguslah.so, kalau nak join, ini cara-caranya :

  • buat satu entri dalam blog anda, pasal blog saya.supaya situasi tidak menjadi tegang & kucar-kacir, dalam bahasa senangnya buat review tentang blog ini.tajuk bebas.
  • tidak perlu 1000 patah perkataan.10 patah perkataan pun boleh jadi, asalkan kreatif dan boleh buat saya suka hati.makanya, jumlah perkataan ialah bebas.
  • ikut kreativiti masing-masing.siapa kreatif dia menang.kalau nak dapat hadiah, kena pandai bodek bodek tauke, ye tidak?HAHAHA.

ini hiasan semata-mata

dan lengkapkan slogan "saya suka blog sizuka-world-of-life kerana .....[tidak lebih 25 patah perkataan]

lepas dah siap buat entri, publish & tinggalkan link entri anda di bahagian komen di bawah post ini :)

Hadiah [khas dari NZ]:

Keychains






Pens



Fridge Magnets






saya akan pilih 6 entri bertuah, yang mana pemilik blog-blog berkaitan boleh memilih hadiah mana yang berkenan di hati.siapa cepat dia dapat.senang je kan?

mungkin, saya akan tambah lagi hadiah kalau ramai yang join.hehe :)

anddddddd ada special prizes for 2 lucky blogs :).yang ini kriteria dia rahsia, tapi macam yang saya cakap dekat atas tadi lah, stay tuneeeeee :)

  • Sizuka's BEST Slogan
  • Sizuka's SPECIAL Awards
basically, rasanya semua faham nak buat macam mana kan?kalau tak faham, jangan segan-segan bertanya.malu tanya sesat jalan.hehe~

email: izzatinur33@yahoo.com

tarik tutup penyertaan : 15 APRIL 2011.00.00am [waktu Malaysia okayyy] buat waktu New Zealand karang payoh pulok :P

Friday, March 18, 2011

jeng jeng jeng versi 002

Assalamualaikum & a great Hello to everyone,

baiklah.agaknya ada ramai orang selain Prince Halilintar yang bertanya tanya kenapalah dari dulu si izzati ni selalu pot pet hendak bagitahu pengumuman hendak bagitahu pengumuman tapi batang hidung pengumuman entah kemana mana.asyik asyik entri emosional dengan homo sapiens berwarna hijau.HAHAHA.

makanya, sebelum puaka niyang merepek saya menjelma, marilah kita cepat cepat habiskan entri ni.jangan tangguh lagi, izzati.ianya membuat hati terasa berat dan gundah-gulana.

presenting...


inilah yang KONONNYA nak buat suspen dekat semua orang tu.haaaaaaaaaaa.first time buat GA tau.seronok ada, nervous ada, kucar-kacir pun ada.perasaan macam nak dapat anak sulung pun ada jugak HAHAHAHAHA.

Thursday, March 17, 2011

nak bagitahu pengumuman

i really want to make the special announcement, tapi manusia manusia hijau yang bersepahan dekat Queen Street membantutkan hasrat suci murni saya.sungguh cis bukan?saya tahu.plus, jejiran yang tidak mengerti bahawa hari ini mereka sepatutnya merayakan St. Patrick's Day, secara sungguh tetiba melaungkan Happy Christmas secara kuat dan bertalu-talu.baling periuk kang.

dan mereka rasa bergayutan di balkoni rumah sambil buat bising sampai jiran-jiran comel semua tak senang hati nak buat kerja sekolah universiti [ekhemmmmmmm] ialah ganas.baiklah, anda ganas.tapi aku panas.

bukti panas : entri pendek yang berunsur ganas.


p/s: bila baca balik entri ni, nak gelak pun ada.sebab tulis sambil emosi bergelora.sekarang dah habis emo, elmo pulak datang.KAHKAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...