Thursday, July 8, 2010

pelajaran dan pengajaran

hari ni tiba-tiba gatal nak makan pizza buatan sendiri.kekonon pandai kan.apa salah mencuba.betul tak?

pizza dan pembuat pizza.tetiba.sebenarnya ada dua bijik.satu farry buat satu saya buat.jangan tanya mana lagi satu.jangan tanya resepi.memang takkan kongsi.hah nak cakap saya kedekut lah tu.tunggu dulu.ada pengumuman di akhir rancangan.hah suspen suspen.haha~

encik pizza tabah dibakar di dalam perut cik oven sebelum dimakan oleh kitorang.haha~

gred untuk percubaan pertama membuat pizza sendirian berhad adalah moderate yakni sederhana.motto kami adalah biar apa asal kenyang.kahkah.tapi sedap jugak.rasa masala gituh.makan perut sendiri ok lah kot.nak buat kenduri pizza ke bukak kedai pizza ke kirim salam.banyak lagi kena menuntut ilmu.

pengumuman di akhir rancangan :
pelajaran untuk hari ini ialah...
>jangan gatal guna spaghetti buat topping untuk pizza.sangat tidak sesuai.tambahan pula spaghetti dalam tin.tidak sesuai sama sekali.diulang.tidak sesuai.
>jangan buat kenduri mushroom atas pizza.tidak digalakkan sama sekali.
>jangan suka-suka buat pizza berlayer-layer.haha.konon nak beberapa layer baru style kan.pengakhirannya nanti anda akan dapat menelan seketul cheese fresh tanpa bayaran.kahkah.
>cheese haruslah hancur sehancur-hancurnya.dan harus pilih cheese yang sesuai untuk pizza.jangan main rembat je mana-mana cheese dekat countdown.

sekian itu sahaja untuk hari ini.melaporkan dari sizuka-world-of-life.tetiba~

p/s: masa untuk packing!i am away and away again!wellington tunggu daku dalam anginmu!*ntah hape hape*

Wednesday, July 7, 2010

presenting~



ini semalam.saya tiada di tempat kejadian.saya menyerahkan my little baby dekat insan lain untuk dijaga sepanjang hari sementara saya bekerja mencari rezeki.ewah.haha.kredit untuk saya disini adalah bahagian editing.haha nak jugak kan.padahal edit tak gempak mana pun.


ini alam semulajadi sekitar stadium.masa ini hujan.my little baby tak boleh kena hujan nanti dia meragam kena bawak pergi treatment tukar ini tukar itu.siapa yang habis duit?saya jugak.

kerusi pemain simpanan.bukan stok makanan.haha.

cuba klik.fuyoh kan lompatan tu.cuma shutter terlalu slow.nampak bebayang je.layan~

court tempat berkasih sayang.opps silap!mengeratkan silaturrahim lebih sesuai:)


flower girls.tetiba.kau ingat ni majlis kahwin?nampak baju hijau tu?volunteer girls maa~


sekian.nak tengok lagi sila lawat facebook beta.ada sebuku album sepanjang BERSATU Games walaupun saya pergi venue 2 hari je.lagi 2 hari saya bekerja di sebalik langsir.eh.di balik tabir.haha~

nak jugak kan.haha.tengok siapa punya blog.nasib ada jugak gambar tahu.kalau tak asyik snap gambar orang je.nak self-photo my little baby berat sangat.tangan ketar beb.haha~nak angkut tripod kesana kemari macam professional sangat.tak mahulah:P

p/s: petang ni ke north shore.bekerja mencari rezeki lagi sebelum menikmati roadtrip yang ditunggu-tunggu.weeeeeeehooooo~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...