Saturday, July 31, 2010

dicabar dan mencabar

misi 2 tahun sekarang dah jadi misi 1 tahun dan 3 bulan.nanti balik Msia nak semua orang terkejut 'wah izzati dah kurus!'.boleh eksyen pakai baju masa zaman anak gadis muda remaja umur 15 tahun dulu dulu.haha.betul tak tipu.salah satu misi ala-ala 'melarikan diri ke negara orang' adalah untuk menyahkan lemak-lemak berkolestrol tinggi dan menjadi slim shady.wah gituh kan~
ini masa sangat baru keluar sekolah menengah.abaikan editing melampau tu.haha.nak jadi balik macam ni.tapi nak lagi kurus dari ini.boleh?tak pasti masa ni dah pergi PLKN atau belum.tapi macam sangat yakin baru lepas habis PLKN.sebab tu kurus.haha.tapi bukanlah semalam habis PLKN hari ini sudah ambil gambar ni.mustahil sebab masa PLKN saya burn sangat teruk.mustahil sangat cerah macam ini.haha.

ini gambar hujung tahun 2008.tak pasti nak kata kurus atau tidak masa ni.sederhana mungkin.tapi mungkin juga era tumbesaran lemak-lemak bermula masa ni.duduk JB best weh.nasi goreng ayam,mi bandung,nasi lemak kukus,nasi ambeng,nasi ayam penyet.siapa taknak makan.tambah lagi ABC Special Plaza Larkin.siapa taknak.aigoooo~
duduk rumah 3 bulan sebelum berlepas ke NZ memang perut sangat bahagia.tiap-tiap hari mak masak best-best.tiap-tiap hari makan banyak.dan tiap-tiap hari lemak bertambah dengan bersungguh-sungguh.sungguh sangat banyak penambahan berat badan sebelum ke NZ.sampai di NZ mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada saiz asal masa dekat maktab.dengan usaha yang sangat keras dan kental.

ini sekarang.erk beberapa minggu yang lalu sewaktu Cendol's Winter Trip.misi sekarang adalah untuk menturunkan lagi 10kg.tak tahu mungkin atau tidak mungkin.namun akan berusaha bersungguh-sungguh sewaktu Ramadhan ini.5kg pun akan sangat berbaloi-baloi.sudah ramai di Msia yang mencabar saya.inginkan perubahan sewaktu saya balik nanti.akan kubuktikan!*tetiba semangat membara*haha~

siapa lagi nak cabar?haha.cepat cepat.bagi semangat.kalau ramai lagi yang cabar baru saya rasa tercabar.kalau sikit orang cabar mungkin saya rasa macam 'oh sekeping dua coklat ni boleh lagi nih'.HAHA.oh ya mungkin ada yang pernah baca entri girls are meant to be round bukan?betul tapi takkan kamu mahu jadi round?mungkinlah bukan round.mungkin sedikit sfera.tapi bukan round.betul?

duduk dekat NZ sangat mencabar kalau nak menturunkan berat badan.coklat murah sangat!

p/s: siapa nak cakap saya kurus boleh cakap saya kurus.ataupun sederhana.sebab saya tinggi dari gadis-gadis biasa.tinggilah sangat kan.167 cm.BMI sekarang pun dah normal.tapi terlalu dekat dengan obesiti berbanding kurang berat badan.haha.tapi saya taknak aneroxia herbosa.ke berbosa?ke barbosa?ah abaikanlah.tapi nak turun berat badan.tu je.jadi tolong cabar saya please?

hari sabtu mesti makan best

tiap-tiap hari sabtu mesti makan best sikit daripada hari biasa.motif?sebab hari sabtu best.haha.takde kaitan.sebab nak menggembirakan hari sabtu.kan.supaya hari sabtu lebih istimewa dari hari-hari lain.dan...dah dah dah.macam biasa hari sabtu bangun lewat sikit dari biasa.Fareha datang melepas di bilik,bergelak ketawa dan berkaraoke segala.sehinggalah Nisya memunculkan diri beliau di pintu bilik saya dan mengatakan beliau bosan.hamboih cari aku bila bosan je kan.haha.dan beliaulah yang muncul dengan idea ingin berganding bahu memasak untuk lunch hari ini.macam seronok.tambah excited bila dengar menu.tomyam+ayam goreng+sambal belacan.okay sambal belacan idea saya.haha.hati berbunga-bunga kembang.yeay hari ni dapat makan sambal belacan!terus tetiba perut rasa lapar semula.kan.

kalau terus menerus tumbuk sambal dekat atas meja dekat kitchen tu boleh runtuh oh.taknak tanggung.haha.rela tumbuk sambal atas lantai.itu yang kaw-kaw punya sambal tu.

akak ni lagi hebat.punya bersimpuh bagai nak tumbuk sambal.haha.sampai dua orang tumbuk sambal kan.nampak over disitu.bernasib baik tiada orang putih terfikir nak masuk kitchen tengahari nih.kalau tak mahu bulat mata dia tengok akak ni bersimpuh atas lantai tumbuk sambal.tambah pulak bila tengok LESUNG KAYU.dekat sini memang tak jumpa lesung batu.kredit kepada Syida kerana meminjamkan kami lesung kayu beliau:)

akak ni pulak taiko chef untuk hari ni.kan taiko Farry tetiba.haha.beliau sangat excited dapat makan sangat super-sedap hari ini.merujuk foto diatas beliau sedang menggoreng ayam.dengan sangat tekun okay.
ini hasil usaha gigih Chef Nisya.taiko kedua misi memasak hari ini.haha.ini tomyam baik punya.memang kung habis.boleh dah kalau nak lawan ayutthaya ni.kalau tiap-tiap minggu makan macam ni memang aku tak pergi makan ayutthaya dah.kan.

lunch hari ini sangat terbaik.dan sangat kenyang alhamdulillah.walaupun poket kering tiada fulus.makanan menjadi ubat penawar duka.kan ayat nak novel.haha.dan apabila Farry menyebut dekat Hawa [tetamu jemputan] bahawa masak sebab dia punya birthday yang dah lama lepas, makcik tu nak tacing tacing kan:P

sambil makan kakak-kakak saya [sebab Nisya,Farry & Hawa dah 21, saya belum lagi.HAHA]semua bercakap macam-macam.sekejap ini sekejap itu.gelak.ini itu ini itu gelak.lepas tu siap berjangkit pasal hal orang sarung cincin lama-lama semata-mata sebab nak tunggu orang snap gambar.dan dan dan macam-macam lagi.tak boleh blah ada yang dah jadi macam pegawai agensi cari jodoh.sape weh sape?sape makan asam dia rasa masam.tiba kan.haha.nasib baik takde yang tercekik sebab sambil makan sambil nak gelak kuat-kuat.nasib baik RA tak datang ketuk bilik sebab bising sangat.

tapi makan memang sedap dan sambal belacan habisssssss.seronok!

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
*sekarang saya boleh dengar suara diorang gelak dekat 351 lagi.suara hawa paling kuat.*haha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...