Monday, January 31, 2011

income tax

Assalamualaikum ^___^

Auto-publish post jugak ni HAHA.macamlah tak biasa ye dak?anyway, besok cuti.hari ni [29/1] kerja half-day.perasaan memang cukup bahagia.tambah pulak bila gaji dah masuk.GAJI??haaaaaaaaa.bila gaji masuk memanglah bahagia sangat.TAPI TAPI TAPI.jika anda bekerja di New Zealand, sudah termaktub bahawa beberapa peratus [tak sure berapa] daripada gaji anda akan dipotong sebagai INCOME TAX.bermaksud, ianya bukan seperti KWSP simpanan untuk hari tua itu.yang ini, gaji dipotong semasa muda remaja HAHAHA.oh no sudah menjelma jin puaka niyang merepek aku.

situasi, gaji dibayar 2 minggu sekali.contoh, gaji bekerja sebagai packaging staff selama 2 minggu ialah $12++.00.NAMUN selepas dipotong cukai yang tidak bernama sebab saya lupa namanya itu [HAHA], hanya tinggal $9++.00.bukankah namanya sadis perasaan itu?gaji kerja 3 hari habis hangus sebab bayar cukai je.cis.

hah izzati, baru kau tahu pahit getir mencari rezeki.

semalam call mak saya, cerita pasal hal cukai.berilmiah sungguh topik perbualan HAHAHA.tidaklah.hal cukai 5 minit pertama, sejam kemudian topik lain lahhhh.

mak saya cakap mungkin itu cukai pekerja asing.bunyinya macam nak kata anak dia ni pendatang haram je HAHAHA.hoooo macam mana nak beli kereta ekzos bunyi kuat ada sayap ni?nampaknya beli kereta sorong aje lah aku macam ni.tsk.

tema entri ini ialah sadis.bukan sardin.nampak macam sardin sebab selalu sangat makan sardin.okayyyyyy motif apa benda cakap pasal sardin tetiba nih.

HAHAHA~

Saturday, January 29, 2011

kawan baru

Assalamualaikum ^__^

Kali ni nak cerita pasal kitorang punya kawan baru dekat Packhouse.seriously dia ni memang super-unik punya orang.Namanya Joyce,orang Brazil [Ronaldo weeeehoooooo].diorang dekat Brazil cakap Bahasa Portugis.yessss el amor no es como la pintan HAHAHA.bukan bukan bukan.

saya memang suka sikit belajar bahasa asing.aicewahhhh kebetulan ada sorang budak French dekat Packhouse, duk menggila rewind balik ilmu bahasa French yang belajar masa sekolah dulu HAHAHA.

Joyce ni memang happy-go-lucky punya orang, riang ria chupa chups sungguh.ada lah saya belajar Bahasa Portugis sikit dengan dia.seronot yawwww sampai habis lidah terbelit simpul mati HAHAHA.tapi Joyce ni tak berapa fasih cakap English.dia punya tak fasih tu sampai tiap kali nak cakap dengan dia, tangan kaki habis semua naik sekali HAHAHA.kalau dia nak cerita something, tetiba dia tak dapat words tu dalam English, dia main hentam je cakap Portugis terus.selambe derk je HAHAHA.dia expect kitorang faham apa yang dia maksudkan.seriously memang konpiden punya orang.nasib baik kitorang dapat faham.itu pun lepas kemaen dah berteka teki words itu words ini HAHAHA.

sebenarnya nak cerita ni.[punyalah panjang kau punya mukaddimah, Izzati]

ada sekali tu Joyce nak belajar Bahasa Melayu.sungguh berkarisma tinggi dia nak belajar Bahasa Melayu sebab dia dah ajar saya Bahasa Portugis.

'Hai.Apa Khabar.Nama Saya Joyce.'

part 'Hai' dengan 'Apa Khabar' tu dia memang A++.tapi part 'Nama Saya...' tu memang nak dekat sejam baru lulus HAHAHA.entah berapa kotak dah packing apricot baru dia dapat sebut betul 'na-ma-sa-ya'.serius lawak.habis berair air mata senak perut duk gelak.sesuka hati dia hentam bila tak dapat sebut 'na-ma-sa-ya'.

'na-sa-ya-ma'

asyik-asyik 'na-sa-ya-ma' 'na-sa-ya-ma' 'na-sa-ya-ma'.sampai rasa nak terjun dalam apricot je saya ni HAHAHA.ada sekali tu punyalah dia nak tersasul terus terkeluar 'sa-ya-ma-la'.HAHAHAHA entah celah mana tetiba keluar Mala pulak tetiba kahkah.

akhirnya, berjaya jugak dia sebut.

mungkin, nanti saya boleh buat kelas Bahasa Portugis pulak dekat blog lepas ni.kuikui~


yang sweater merah tu nama dia Joyce.yang budak gemok sweater warna putih tepi pokok tu nama dia Rejoice HAHAHAHA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...