Tuesday, September 14, 2010

Syawal di Bumi Auckland

Assalamualaikum.Salam Aidilfitri.Salam Perantaun.kini masa yang ditunggu-tunggu.entri raya di Auckland.ditunggu-tunggu sangatlah kan.angguk je lah.please?thanks.haha.

AWAS[sudah capital letter dan sudah bold bermakna ini serius].entri ialah super-panjang-macam-resit-pergi-shopping.cuma ini lebih interaktif sebab banyak gambar.dan sebab izzati tahu,anda-anda semua lebih suka tengok gambar daripada baca tulisan.betul tak?tapi izzati tetap nak tulis macam mana pun.sebab nanti kalau tetiba ada tanya gambar apa tu? takdelah saya penat nak jawab itu gambar pokok cik.haish takkan ada orang nak tanya gambar pokok izzati.jangan buat pelik.

jadi...mari menulis entri paling panjang di dunia dalam masa paling singkat di dunia.15 minit.berjayakah saya?check it out~

lepas terkejut sebab NZ raya awal sehari dari hari yang dijangkakan,semua rasa macam nak ekspres.malam tu boys takbir hari raya sambil cucuk sate.girls bekerja dengan blender dan bawang.masa tu rasa hati macam tercucuk-cucuk.sebak je rasa.tsk~

mari mula baca cerita dengan gambar, adik-adik...

1 Syawal

baru lepas habis solat sunat aidilfitri.itu bukan baju raya harap maklum.itu baju-yang-mampu-dicapai-oleh-tangan sebab tak sempat iron baju kurung.bukan juga baju orang mengandung.hish korang nih.
hari raya pertama adalah sadis.aktiviti Skype bersama anak murid berjalan seperti biasa...

tapi kami masih meriah dengan baju melayu,baju kurung dan kebaya...tapi tanpa duit raya

dah macam rupa operator telekom...cita-cita zaman kecik tuh.haha.

nasib baik kamu well-behave hari ini,Junior...

lepas habis Skype,takdo nak amek gambar dekat rumah cantik lampu lip lap ke ape.pokok jugak buah hati pengarang jantung.
maka selepas itu bermulalah pesta kunjung-mengunjung.dekat Msia pun tak pernah pergi open-house banyak-banyak.dekat sini habis semua rumah mesti rasa nak pergi.cik sepupu, u hari tu ejek i tak dapat makan lomang yo.silap besar.dekat sini pun ado lomang.sodap pulak tu.

balik beraya,perut penat bukan kepalang.boleh makan masa seminggu nak hadam.haha.tapi itu bukan alasan.balik je hostel dah ada yang menunggu.sebab open-house kitorang hari sabtu, jadi malam itu semua kerja perlu ON.

malam raya kitorang duk sibuk tiup belon sampai ada yang sesak napas.anda ada?

tekun akak nih sental dapur.haha.

malam raya akak main ping pong.kalau dekat kampung,malam raya buat macam ni dah lama kena pang dengan tok.hahaha.

2 Syawal

Hari yang dinanti selepas persiapan selama 3 hari berturut-turut...

Open House HUIA-by Malaysian 1st Year Students

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Auckland...

ini nama dia Satu Malaysia:)

tukang cedok makanan paling berkaliber di dunia

tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan Aidilfitri kami

mereka dan coordinator kami,Sheryll:)jangan tipu korang tak dapat cam Sheryll yang mana satu

senior pun ramai datang.thanks a lot:)

geng pembakar sate paling awesome di dunia.yang tak pakai baju melayu itu ialah rakan dari Hong Kong.seriously cool gila dia datang tolong bakar sate.

ini nama dia, tukang sebok amek gambar masa orang tengah bakar sate.hahaha.

Selamat Hari Raya SHAH PEKAN.ikhlas dari kami di Auckland,New Zealand:)

tak tahu apa jadi masa ni.apahal lah budak izzati tuh.

kasut raya.lalalala.kasut ni jugaklah yang pakai pergi kelas.huuuu~jadi siapa ada kasut raya sila jangan eksyen.baling kasut nanti.

Satu Malaysia di Auckland:)

Family picture.tetiba kan.hahaha.

dah nama ini blog izzati.jadi mana-mana gambar pun izzati mesti ada.hahaha.

cuma yang ini memang izzati tiada dalam gambar.ALL BLACKS lah kekonon.jangan tahun depan pun pakai baju melayu hitam jugak masa raya weh.azmi muka nak ganas tak leh blah.

kitorang ada buat pelita jugak tau.pelita kertas.cool jugak lah.tak panas dan tak pedihkan mata.tetiba.haha.

hari raya siap boleh layan XBOX dengan Wii.korang buat?tak kan.ini satu dalam sejuta.haha.

hari raya layan pool.yang ni memang tak payah cakaplah.memang korang tak buat kan?tapi kitorang layan je dekat sini.dah tak pelik dah main pool.nanti balik Msia dah boleh rileks tengok pool dengan abah dekat Astro Sport.sebelum ni punya tercengang tengok pool.nanti ntah abah pulak pelik tengok anak dia tetiba faham pasal pool.hahaha.

ambik gambar ala model tapi besen,baldi semua masuk sekali.kampit beras tu paling tak leh blah.korang ada?hahaha.

Selamat Hari Raya Malaysia!:D

malam tu seriously rasa nak pengsan sebab penat.tapi berbaloi-baloi whooot.semua benda sedap sampai bila makan rasa nak pengsan sebab sedap sangat.pulak kuah kacang Fareha.memang hot stuff lah hari tu.

3 Syawal

Open House MSD-Fale Pasifika,U.O.Auckland

budak dua orang pink pink

gituh kan~
raya.raya.raya:)

sebenarnya dah tak larat nak tulis apa lagi.haha.mari terus ke kesimpulan.beraya di oversea tidaklah sesadis mana.sebab walaupun takde keluarga disisi,masih ada rakan-rakan & merekalah yang mengisi kekosongan itu.apesal ayat kau izzati, memang macam nak buat penutup karangan.baik.dah nak habis ni.sabar.mula-mula expect pagi raya nanti aku nangis macam homesick bak lah kan.tapi sebenarnya tak pun.sedih tu sedih sebab terkenang keluarga di desa ewah ewah kan.tapi kegembiraan dengan rakan-rakan tu berjaya menangkis kesedihan tu.

sebab tu saya sayang kawan-kawan saya.kalau saya sorang-sorang dekat sini,rasanya hari raya pertama tu saya dah transform jadi panda.panda pun taknak mengaku saya geng diorang.haha.

p/s: actually ada video konon buat untuk masuk blog ni.tapi nantilah.kena edit dulu.lagipun ni pun dah berjela-jela macam jala.ntah ada orang baca ke tak.haha.

eh siapa berjaya baca sampai sini, jatuh hukum wajib komen tahu?haha.klik atas sana ok.bukan bawah ni.selalu betul ada yang silap komen.selamat komen-komen ye:)

16 comments:

ciek niena said...

hai izzati. salam aidilfitri dari saya yea. huhu.

walo di mana kita beraya, yang penting kita xberaya berseorangan :p
hope u enjoy ur life there. huhu. jeles dengan kamo sbb dapat main pool di hari raya. hihihi.

azmihamin said...

saya ganas dalam sedih sebab photo saya kurang..huhu selamat hari raya maaf zahir batin..~~

NIA said...

hehe salam aidilfitri juga cik niena.

insyaAllah enjoy duduk sini.thanks a lot ya:)

haha.mcm kelakar kan.mcm ntah ape2 pun ada jugak.haha~

NIA said...

sesungguhnya saya telah menasihati bahawa sila kejar kamera.selamat hari raya:)

NzA said...

meriah gak tu raya.....

NIA said...

hehe.meriah sis:)

Fareha Noor said...

ringkas dan padat yerk post anda..kita semua gembira di hari raya

NIA said...

ringkas anda kata?atau 'ringkas'?hehe memang meriah & gembira.nasib ada ko & kwn2 lain.xdelah ak ngs di pagi raya.heee~

kusut said...

nampak cam best je raya ade xbox dgn wii. takde main gitar hero lagu raye ke?

slamat hari raye :D

Anonymous said...

YEAYS Seronok laa beraya kat perantauan, jeles ;)) Hee ~ Fine pasneh nak buat master mesti mau kat overthesea yang confirm tak boleh balik raya punya :DD

NIA said...

kusut: best gila kot.haha.err gitar hero belum lg.takut ade yg sadis2 smbil main gitar.x ke naye tu.haha~

miss faten: kakakaka.oh nk bt master?buleh buleh.angkut laki skali lah.nnti anak lahir dkt overthesea terer speaking wa cakap lu.heee~

HaN WarreN said...

huhu siannnya beraya diNZ...tapi seb bek ramai kawan2...nampak happening giler.....

HaN WarreN said...

huhu siannnya beraya diNZ...tapi seb bek ramai kawan2...nampak happening giler.....

NIA said...

hehe.agak happening lah kan.heeee~

khai said...

selamat hari raya!!! hehe..

NIA said...

selamat hari raya awak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...