Thursday, September 2, 2010

adik, kad raya,salam perantauan,musim bunga & pen bulu-bulu

Salam Ramadhan.Salam 2 haribulan sembilan 2010.

berdasarkan tajuk entri, ada 5 isi penting di dalam karangan ini.
bersedia?haha takde kaitan~

1)Hari ini ialah hari jadi adik saya yang bongsu itu.kalau siapa pernah baca entri ini memang akan mengenali dia.sedikit lah, tak banyak.dapat pulak dengar suara 'lunak' dia sekali.itu nama dia bonus tahunan.haha.apa bendaaa bonus tahunan pulak ni izzati.

HAPPY BIRTHDAY ADIK.ALONG LOVE YOU~
cuba teka mana satu adik saya?yang itu.budak kecik yang ada dalam dua-dua gambar itu.betul.100 markah.haha.

2) selepas mendapat kad raya dari emak.terdetik hati nak membalas.eceh eceh main balas-balas kad raya kan.ehhh jangan ingat zaman sekolah je boleh buat macam itu tahu.mentang-mentang sekarang semua digital, kad raya pun nak digital.no.no.kad raya ialah precious.lebih bermakna jika dapat disentuh menggunakan tangan,dibaca sambil mengalir airmata lalu menitis di atas kad.nampak lebih drama dekat situ kan?kalau kad raya dalam skrin, memang tak dapatlah airmata nak menitis atas kad.haha.

jadi saya bertungkus lumus menyiapkan kad menggunakan perkakas yang ada.membuat kad raya sendirian berhad.sebab ialah Auckland takde jual kad raya.kad birthday ada lah berlambak.haha.sudah pos pun kelmarin.semoga selamat sampai, kad:)

3)tadi telefon emak di Malaysia, emak excited muka anak keluar akhbar.ehem ehem bukan sebab kes-kes panas harap maklum.anak emak masuk akhbar bahagian salam perantauan.siapa hendak tengok muka izzati dan rakan-rakan keluar akhbar sila beli Metro hari ini.pakcik saya excited hendak tengok muka anak saudara keluar akhbar, sanggup pergi beli Metro walaupun dah tengahari.sepupu saya beli Metro, cakap nak kerat nak tampal dekat dinding.ewah ewah terharu disitu.kawan abah saya hampir tak percaya anak kawan dia masuk akhbar.hahaha.bukan senang kau nak masuk paper kalau tak buat kes besar-besaran.

4) musim bunga sudah tiba.semalam pergi winter garden sangat super-teruja sebab ada banyakkkkkkkkkk tulip.ini first time tengok dan sentuh tulip yang real punya, as in reality.sebelum ni main pegang bunga plastik je.yang real sangat sangat cantik subhanAllah.tak sabar nak buat spring photoshoot pakai dress dengan bunga-bunga semua.heee~

5) suka pen bulu-bulu ini.baru beli tadi.notebook itu pun suka jugak.mangkuk besar itu pun suka jugak.tapi lebih jatuh cinta dengan pen bulu-bulu pink itu.haha.sukaaaaaa~

p/s: rasa macam migrain tapi tak tahulah betul ke tak.rasa sakit macam otak-kena-tekan.eh ngeri je kalau bayangkan.haha itu bayangan je lah.ibaratkanlah macam itu.migrain ke tu?

14 comments:

Anonymous said...

sape sepupu yg xcited nk kerat gmbr tu??hehe

NIA said...

sape cik anonymous nih?haha~

emieysandra said...

dah lame xwat kad raye sendiri..
emm.sizuka dok luar ngara k?
xbalik raye?

~_^

Onelove...Jambu merah warna said...

beraya kat sana eh cik izzati ? jgn ngs2 tau..huhuhu

NIA said...

emieysandra: hehe.aah.xbalik huhu.raye ketiga dh stat kelas balik.heee~

NIA said...

cik wani: aah cik wani.huhu.ngs sikit2 kot.kekekeke~

[z@ck] said...

haa..ko pun dah keluar salam perantauan? hehehe...bagus

NIA said...

hehe.in group la tapi kan:P

Anonymous said...

1) HAPPY BIRTHDAY ADIK IZZATI :) Hahaha. Okay part mata lagi nak sepesen :PP


2) Kad raya buatan tangan :)) Menarik!! :D


3) Haha. Nasib baik Izzati duduk depan tau tau. So mmg nampak muka yang keluar paper tu. Yg kat belakang tu -_____- Er.. Kasihan rasanya :)


4) Adakah di NZ hanya ada bunga tulip?? Bunga ros?? Nak tengok gambar bunga bukan tulip, boleh kah ? >__<


5) Haha :) Izzati Izzati :) Btw comel :D

Tieah Madian said...

Uik Cik Izzati, x balik raye ke?
Hehe..

NIA said...

thanks faten[wakil adik]haha.

thanks faten[wakil kad]haha.

thanks faten[memang izzati]haha.sbb dri sndri yg setkan self-timer so mesti duduk depan.kakaka~

baiklah faten.nanti sy shoot bunga rose banyak2x okeh:D

haha.thanks[wakil pen bulu]:P

NIA said...

d-tieah: xbalik.huhuhu~

NzA said...

hepi besdy dik...moga menjadi anak yg soleh n blajar rajin2.....nnti boleh ikut jejak along tu...

wah mmg kreatif anak mak sorg nie.....

NIA said...

hehe.aminnnn.

kreatif sikit2 je sis.hehe.kad raya bunyi2 takde jual dekat sini:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...