Sunday, September 19, 2010

ditiup angin!

*sedang mendengar OST Lagenda Budak Setan di Youtube*
sebenarnya takde kaitan langsung entri ni dengan OST Lagenda Budak Setan.hari tu sibuk New Zealand ada earthquake segala kan.kalau telefon emak, memang confirmlah emak risau.ibu mana tak risau.i mean, ibu manusia lah kan.tetiba ibu roti tetiba risau terpelik pulak dekat situ.haha.tambahan pula anak duduk di bumi volcanoes ini.memang super-risau it is.

tapi sejak dua menjak ni keluar pula amaran ribut taufan di New Zealand.orang putih sebut storm.di bahagian south island NZ, kalau tak silap keluar arahan berkurung & mengurangkan penggunaan kenderaan di jalanraya.sebab takut kena tiup dengan angin.tak rasa macam mana nak percaya kan.biasa tengok dalam tv je kereta terbang kena tiup angin.alkisah malam kelmarin, saya-fareha-nisa berjalan menuju Forte Apartment sebab nak buat kuih untuk pertandingan kuih raya semalam [saya cerita pasal pertandingan ni lain kali okay].tengok luar macam seram jugak nampak pokok kena tiup kan.macam melambai-lambai ala cerita hantu sundal bolong tuh.hish seram tetiba.haha.saya pergi bantai pakai selipar asadi-celup-crocs tu.kononnya bawak payung nak berlindung dari hujan.harammmmm.tak sampai separuh bridge dah berhenti.tak larat weh.angin super-kuat.lebih hangat daripada biasa.tetiba.bukan.lebih kuat daripada biasa.tengah berjalan lenggang kangkung tetiba rasa macam menapak satu-satu sebab jalan melawan angin.pergh.masa tu dah rasa ini bukan angin biasa-biasa ni.tambah pula hujan.memang sejoks!

sekarang angin berkelajuan lebih dari 100km/h.sumber dari sini.mana taknya.saya yang memang dah confirm berat+tinggi ni pun terasa nak terbang.inikan pulak fareha yang kecil itu.dua-dua pun boleh jadi mary poppins versi duet.nasib takde payung je.haha.payung ada, tapi jangan degil.masa angin kuat, jangan guna payung.p-a-t-a-h atau jadi-mary-poppins.kalau degil jugak nak guna payung masa angin kuat macam ini, maka nanti ramailah mary poppins terbang di awangan Auckland.

bila hari berangin macam ini, tak salah nak pakai baju kurung walaupun ada bahaya dekat situ.
kalau fikir memanglah kan tak logik nak pakai baju kurung.confirm akan terjadi fenomena-marilyn-monroe di tengah jalan.haha.tapi precautions masih ada.walaupun nampak macam budak-perempuan-pergi-fardhu-ain pakai seluar track sekali dengan baju kurung, itu lebih baik daripada tetiba jadi marilyn monroe celup.saya & fareha bukan marilyn monroe celup yeah.haha.jadi sila gunakan thermal anda sebaiknya.thermal is our best friend.ooo yeah~

apa-apa pun doakan izzati tak diterbangkan angin okay.kakakaka~

4 comments:

Un Phat Lee said...

semoga anda sentiasa dilindungi xD

NIA said...

aminnnn:)

Fareha Noor said...

fareha kecik n pendek? nak tinggi

NIA said...

fareha dah comel macam itu:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...