Wednesday, September 1, 2010

Kamala,IFTAR merdeka dan kepak ayam??

awas entri ini panjang sebab banyak gambar.awas lagi kan.baiklah baiklah.

semalam.antara hari yang paling menggembirakan dalam sejarah.Hari Merdeka.itu satu.selain itu ialah [apasal ayat macam nak buat karangan BM]semalam dapat melepaskan gian.aiyooo gian apa pulak budak ini.gian photoshoot HELLO.akhirnya semalam dapat photoshoot model cantik pula itu.ecewah ecewah.special thanks to Kamala sebab melayan kerenah saya semalam.posing itulah, inilah.senyum tak senyum pandang tak pandang.senget tak senget.saya ini memang macam-macam.lokasi macam biasalah.yang sebelah HUIA, hostel saya itu.haha.Auckland Domain, memang engkau berjasa sangat baik kepada izzati.

mari tengok gambar,


mencelah!Kamala ialah coursemate saya.21 tahun.model-material [angah cakap].Malaysian [sebab itu senang nak suruh posing, kalau saya mintak orang putih jadi model, confirm terjakun akak hendak mensuruh beliau posing.ntah ntah siap boleh miscommunication.haha].eh Kamala aku terpromote kau.hihi.

baiklah.terus tengok gambar.



yang bawah ini bukan Kamala.haha.ini cerita lain.

petang semalam lepas habis photoshoot, kami bertungkus lumus [eceh bertungkus lumus lah sangat] untuk IFTAR Merdeka B.Ed.TESOL Ch.1 Live In Auckland.nama program itu izzati buat sendiri.hahaha.tak tahu nama program ini apa.yang kami tahu ialah, yang perempuan,masing-masing ambik beras,masak nasi,buat nasi goreng.yang lelaki, bekerja dengan ayam, memperap dan membakar.oh itu terlalu stereotype izzati.haha bukan bukan.semua kerja ialah sepakat membawa berkat.semua pun lelaki dengan perempuan yang buat.bakar-bakar pun ada perempuan buat tahu.talk to my hand lah weh.tetibaaaa je kau izzati.

jom tengok gambar dulu.tengah-tengah gambar nanti saya mencelah.eceh bagitahu awal-awal.haha.





ini menu kami untuk IFTAR semalam.nasi goreng pelbagai-jenis-dari-pelbagai-chef dan ayam BBQ.yummy~semua ialah rempah ratus sendiri.disini saya ingin menyatakan rasa kagum kepada rakan-rakan sendiri di atas kebolehan tersembunyi anda-anda semua.lepas ini marilah kita buka restoran.hahaha.


semua orang memang happening gila.of course lah motif utama program ini bukan hanya untuk makan-makan tapi lebih kepada untuk gathering together.duduk di negara orang, sendiri tanpa keluarga.waktu ini rakan-rakanlah insan terpenting untuk bersama-sama menghadapi hari-hari mendatang.sobs.tetiba sebak.okay teruskan~

antara orang-orang kuat program.chef besar, tukang bakar, tukang-buat-happening dan tukang-kejar-kamera.hahaha.

B.Ed.TESOL Ch.1, i love you all, friends~
"satu hari nanti, aku mesti rindu gila dekat korang weh" [Aten,2010]

p/s: pagi tadi waktu sahur baru tahu perempuan tidak elok makan kepak ayam terlalu banyak.sebab ialah disitu doktor suntik steroid untuk menggemukkan ayam.whatever lah kan.itu hal doktor, kita tak payah tahu.yang penting perempuan jangan makan kepak ayam banyak sangat.bahaya untuk ovari.
"bersama-samalah menjaga ovari kita" [Yumna, 2010]

14 comments:

azmihamin said...

aku nk wat photoshoot bleh?

Fareha Noor said...

ok izzati, sila alert dgn last part..jgn mkn kepak byk sgt..anda penggemar kepak

NIA said...

azmi: buleh.ak pun dh suntuk duit neh.haha~

farry: sangat.lepas ni bannes kepak.huuuu~

[z@ck] said...

bila ko nak photoshoot aku plak? hahaha

NzA said...

mmg brbakat la....

bestnya tgk makanan tu ....mmg boleh buka restaurant tu.....

NIA said...

zack: bila ada rezeki ko dtg oklen lagik.kakaka~

sis nza: hehe.buleh buleh.perniagaan bersama.kakaka~

Tieah Madian said...

Wah..
Kalo ko bwk aku skali photoshoot kan b'tmbh chantek lg gmbr ko tu..
~ngeeeeeeee..
[perasaan aku je kot.. lalalala]

NIA said...

insyaAllah kalau ada rezeki.hehe~

Onelove...Jambu merah warna said...

tlg jadi jrugambar nk kawen nnti.. hihihi

NIA said...

buleh no hal.hehe~

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pic pic yang cool ..nice

NIA said...

tenkiu tenkiu:)

Prince Halilintar said...

bestnye wat bbq ramai2...

NIA said...

hehe memang bestttt~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...