Wednesday, September 29, 2010

cinta [hahhhhhhh?]

Assalamualaikum & Selamat Hari Rabu :)

actually plan asal petang ni nak pergi photoshoot, namun selepas bershopping barang-barang makan dekat Countdown terasa keletihan tahap melampau.maaf ema, kita pergi weekend ye?heeee~

bila cakap pasal pantai, semua orang fikir bikini.haishhhhh.pakai bikini boleh sun-burn tahu.lagipun, boleh dapat dosa free kalau pakai bikini.apa jadah korang fikir kitorang nak pakai bikini nih?hahaha.tak baik tauuuuuu.mengucap mengucap astaghfirullahalazim~kakaka gurau-gurau je.takkanlah nak pakai bikini, kalau boleh pakai baju kurung pergi pantai memang dah lama dah.tapi nak buat macam mana.angin kemaen hebat kalau dah nama tepi pantai tu.silap-silap kalau pakai baju kurung pun boleh jadi seksi kalah bikini.hahaha.ingat Allah ingat Allah.tengok orang pakai bikini pun dosa tau.aurat aurat.haaaaa~

haissshh apasal asyik cakap pasal bikini nih?

semenjak dua menjak tiga menjak ni,banyak dengar pasal kes-kes cinta.sana cinta sini cinta.apa bendaaaaaa izzati.

gantung diri dekat kipas, buang bayi, terjun bangunan lima tingkat. kebanyakan kes tu semua gara-gara cinta kan?memang gara-gara lu cinta!tetiba drama.haha.itu kes buruk-buruk.kes baik-baik pun ada.sana kenduri kahwin, sini kenduri kahwin.semua pun pasal cinta jugak kan?gituhhh~

fuiyohhhhh izzati cakap hal cinta kot.nak fuiyoh apa.sepak nak?haha.tak tak.jangan ada yang duk fikir izzati nak kongsi kisah cinta beliau dekat sini ke?sama sekali tidak.walaupun ada lah beberapa kali kan.hahaha.tapi ini bukan pasal izzati lah.ini pasal semua orang.

i bet you.kebanyakan orang pernah jatuh cinta kan?tak kisahlah bertepuk sebelah tangan atau tepuk dua-dua sekali.tapi pernah lah kan?CINTA, ada super-power tahu.memang super-powerful punya kuasa.bukan punca kuasa dua lah tapi.haha.ini betul-betul punya kuasa.

Cinta, boleh buat orang cerdik jadi bodoh, orang kaya jadi miskin, orang normal jadi gila dan bla bla bla.tapi boleh juga jadi sebaliknya kalau kena dengan cara.jadi, bercintalah selagi kena dengan cara.

zaman sekolah sibuk cinta monyet, dating dekat nak habis prep, lipat surat siap ada 'posmen' segala.saya tak buat.cuma pernahlah jadi posmen sekali dua.hahaha.eh ke tiga kali?hahahahaha.apa-apa lahhh.zaman baru masuk maktab ke universiti, mesti pernah terfikir.paling cikai pun sekali.masuk u ni bolehlah cari jodoh.ada terfikir tak?haaaaa jangan tipu.hahaha.sekarang, dah masuk era-era kedewasaan.waktu sekarang ni istilah cari boyfriend/girlfriend dah tak boleh pakai.sekarang, proses pencarian bakal suami/isteri bermula.ada certain yang emak dah bising haishhh kau ni takde kawan dengan sape-sape lagi ke [you know who you are.kakaka].kadang-kadang rasa macam haishhh betul ke kita ni dah 20-an.macam tak percaya je.rasa macam syok je lagi main pondok-pondok.

kesimpulannya, apa kejadah izzati buat entri pasal cinta petang-petang ni?



"LOVE CAN HEAL, LOVE CAN HURT"

"Why does loving someone who's so wrong can feel so right?"

p/s: Cintakan bunga, bunga akan layu.Cintakan manusia, manusia akan mati.Cintakan Allah, kekal abadi.

5 comments:

Unknown said...

cutenya vid tuh sis~~n suka entry neyh,,ingatkan sis nak bagi tips bercinta,,hehehekk^)^

NIA said...

hehe cute kan.kakaka.tak retilah nk bg tips.bukan pro pun.haha~

Onelove...Jambu merah warna said...

terer betul cik izzati ckp psal cinta...hihihi =P

hasruleffendi said...

cinta itu, boleh diumpamakan bagai sambal belacan. sedap dimakan hingga mengalir air mata walau pedas di makan jua.

NIA said...

cik wani: kakaka.tererlah sgt.main goreng je nih.haha.

hasrul: sambal belacan sedap!*takde kaitan*haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...