Tuesday, February 8, 2011

Say NO to chocolate

Assalamualaikum & Hello :)

macam pelik kan apahal tetiba izzati nak say NO to chocolate.bukan ke selama ni kau lah hero bab coklat-moklat[?] ni.tambahan pulak duduk dekat NZ, coklat memanglah bagai pada syurga di wajahmu.errrr maksud saya mudah & murah.plus kaulah hero bab upload gambar seronok pergi chocolate boutique sampai buat semua orang gigit gusi.okay macam mana nak gigit gusi pun tak tahu HAHAHA.

ini kes serius.

maka dengan ini, saya terpaksa menjauhi coklat kerana coklat mintak break up dengan saya sebab saya suka sangat beli coklat sampai habis duit tapi lomak-lomak akak giat bertambah tak mahu berkurang 0.0.HAHAHAHAHA.bukan bukan bukan.amboi orang nak gurau pun tak boleh :P.

serius balik.

sobs [sedih secara serius].sobsssssssss [sedih tahap kritikal].okay dah dah.

kini coklat ialah satu pantang larang saya.jangan langgar pantang, kalau tak susuk gugur.tapi akak tak pakai susuk HAHAHA.ini iklan semata-mata.dalam hal saya ni,langgar pantang sekali sekala tak apa, tapi kau terimalah akibatnya!otak rasa menggelegak bagaikan tomyam mendidih.yummm sedapnya tomyam.tetiba.

dulu coklatlah kawan.sekarang coklatlah lawan.ewahhh pantun pulak HAHA.coklat buat saya migrain.dulu, makanlah barang selori dua coklat memang tak ada masalah.cuma sekali sekala beringatlah jugak.tapi sekali-sekala je lah.dua kali tiga kali tak ingat dah HAHAHA.mungkin jasad saya nak boikot tuan dia sebab banyak sangat telan coklat, hamek kau!kau makan coklat, kena migrain teruk-teruk.

tapi ni kes boikot memang tak boleh consider punya.dekat sini [Roxburgh] baru jadi kes makan coklat terus migrain tu.entah mimpi apa kan.lepas saya sedar yang chocolate bar [as in KitKat,Mars,Snickers,Cadbury etc.]boleh buat saya migrain, memang saya jauh shoooh shoooh lah semua tu.tapi punyalah memang taknak bagi betul makan coklat, even benda yang ada coklat macam Milo, cereal yang ada rasa coklat, biskut coklat et cetera pun memang dah tak boleh makan!pernah sekali tu saya makan cereal Milo je sebelum pergi kerja, sekali dia hentam migrain waktu kerja.habis kena balik awal sebab kepala dah ting tong.sampai bilik dia buat pulak sakit sebelah kepala.haruuuuuu~

mungkin, ini yang terbaik.baik untuk kesihatan, baik untuk kekurusan badan HAHAHA.

p/s: sobs.tak bolehlah nak makan Koko Krunch dah lepas ni.nguuuuuuu~

Sunday, February 6, 2011

indoor photoshoot

Hai~!

Okay kena taip cepat-cepat.ini bukan auto-publish.direct-publish nih.OMG berdebar rasa hati kena menaip laju-laju macam ni.okay okay okay sebenarnya nak cakap apa ni tadi.oh no lupaaaaaaaaaaaaaa.okay haritu dah photoshoot outdoor habis keluar segala Hero Dewi Remaja kan.sekarang ni indoor photoshoot pulak sebab hujan + tak pernah lagi berposing sakan dalam backpackers [hostel] yang maha cantik ini.maka, terimalah!model majalah Dara untuk keluaran tahun 2010![memang takkan ada lah kan HAHAHA]

gambar mengundur.eh bukan.sebenarnya gambar paling awal ialah gambar paling bawah.okay fine sekarang lidah dah berbelit nak cakap apa benda pun dah tak reti.dahlah melukis pun failed T____T.dua kali melukis pun orang tak dapat faham benda apa yang kau nak cakap.apa nak jadi lah kau izzati.tapi tak kira lepas ni kalau terover rajin nak melukis jugak!orang tak faham pun tak fahamlah!HAHAHA.

nampak tak betapa panjang kaki budak yang duduk topang dagu tu.sekali pandang dah macam kaki sotong HAHAHA.

model-model cilik gitewww.

masterpiece of the day.siapa nak ambil dia jadik model kena contact akak dulu.jangan nak main rembat yawww HAHA~[suka hati aku je]

profil picture facebook terosssssss~

kesayangan.aicewahhhhh.nanti mesti rindu John.sobs~

gambar ala adik-beradik.kannnnn~
nampak kuruslah pulak HAHAHAAKUSUKA.

tengok gambar bawah nampak macam anak bangsawan pakai gaun kembang segala kan.bila tengok gambar atas terus hilang semua bangsawan ke angkasawan ke.gaya budak kena sawan ada lah kot HAHAHA.
nampak macam takde motif.okay sini nak bagitahu.
saya balik Auckland awal sebab musim buah dah nak habis!15 Feb dah fly balik Auckland!bukan 23 Feb!dah tukar tiket!kena bayar!bayar kena guna duit!OMG memang bukan kaya-raya lah macam ni!
okay fine tak perlu pun nak letak tanda seru dekat semua tempat sebenarnya.HAHA~
makanya, 9 days to go to be in ROxburgh.oh no sedihnya perasaan.sayang betul nak tinggalkan tempat seindah alam ni.nanti mesti rindu sangat.sobs~
sabtu ahad cuti.makanya bebudak ni berjalan je kerja.korang tunggu gambarlah okay!hihi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...