Tuesday, March 1, 2011

sudah 22, kawan~!

Assalamualaikum :)

Hello March!Hello homo sapiens sekalian.sedar tak sedar dah bulan 3.memang pejam celik pejam celik betul.Masa itu emas, kalau nak ulang balik masa yang dah lepas, perlu cari Doraemon dan pinjam pintu suka hati beliau.itu pun kalau dapat jumpa Doraemon.dan kau ingat pintu suka hati beliau free?mungkin si badan bulat itu boleh gertak engkau tiga puluh jongkong emas tak-boleh-hutang.mano nok dapek jah?

habis part mukaddimah yang merepek kerepek.

1 Mac 2011, genap 22 tahun seorang homo sapiens di muka bumi ini.mungkin ada lagi yang birthday mereka hari ni.tapi yang saya kenal seorang ni je.tapi, tak apalah.Happy Birthday kepada semua homo sapiens yang lahir pada 1 Mac~!



semalam, kan hari first lecture.makanya semua pun nak lesu tak bermaya mengantuk bagai kerja 20-jam-waktu-rehat-minum-air-sejuk-semata.okay over disitu HAHAHA.tapi disebabkan kitorang dah memang plan nak buat surprise dekat Fareha pukul 12.00 tengah malam, makanya tidur bergelimpangan dekat ruang tamu pun layan aje lah.Alhamdulillah kezutan yang kitorang plan menjadi yawww.Fareha tercengang habis bila dia kena kejut pukul 12.00 am, tetiba ada kek buah depan mata lepas tu dengar housemates dia tiga orang duduk menyanyi lagu 'Happy Birthday' sampai bingit telinga HAHAHA.



ini gambar tengah malam.sebab tu muka masing-masing ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.ecewahhhhh berperumpamaan pulak aku.sebenarnya bukan ibarat dah.kalau bagi bantal confirm semua tak ingat dunia.HAHAHA.pulak budak yang pakai hoodie dinasour muka garang perut buncit warna biru dengan brooch ikan yang pakai seluar tidur kotak-kotak tuh.kalau bagi bantal, dia nombor satu.



slogan : Kami memang meriah HAHAHA.


photo of the day.Fareha dalam cubaan nak korek hidung kembang dinasour warna biru.

lastly,

HAPPY BIRTHDAY FAREHA
HAVE A GREAT YEAR AHEAD
MAY ALLAH BLESS YOU
LIVE LIFE TO THE FULLEST!

lupa nak tulis : Fareha pun blogger tahu.klik sini untuk terus diterbangkan ke blog dia :D

Monday, February 28, 2011

hari pertama universiti

hari pertama universiti di tahun ketiga pengajian, tidaklah seteruk mana.perasaannya ialah seperti menyelit diri sendiri di antara dua tilam.macam ini...



tapi, tidaklah seperti perasaan anda apabila tetiba ditumbuhi kuku-kuku berwarna hijau yang sebelah besar dan sebelah kecik macam ini.HAHAHA.



okay fine.adik saya seronok.kahkah.

hari ni memang ramai sungguh umat manusia dekat uni.semua sibuk merambang sana sini.muka-muka yang aktif berpesatuan semua sibuk dengan booth, promote orang masuk kelab ada gift bla bla bla.saya ni dalam hati ada jugak keinginan nak aktif berpesatuan tahun ni.tahun akhir dekat Auckland kan.tapi belum sempat nak tayang muka dekat booth lagi.setakat ni baru join dua kelab, AUSA[Auckland University Student Association] & AUIS[Auckland University Islamic Society].KONON nak join Photosoc [Photography Society] tapi tak tahulah bila nak menepek dekat booth diorang tuh.tapi tahun ni tema diorang more to lomography.patutkah beli kamera lomo pulak sebijik?haaaaa itu yang kita tak tahu.kuikui.

p/s: kamera lomo ada dalam wishlist.teeeheeeheee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...