Saturday, May 22, 2010

ceria ceria Disney on ice:)

Assalamualaikum hello hello :) good morning blueberry sunshine*jangan membebel banyak okeh sebab kena start buat assignment lepas ni*heeee~ok semalam kitorang kanak-kanak Tesol Cohort 1 telah ditaja ye*ditaja tak leh bla*untuk menonton Disney On Ice live in Auckland dekat Vector Arena.sungguh indah panorama malam tadi*tak hujan* sepertinya meraikan kegembiraan kami.huyeh!first time kot pegi tengok Disney On Ice.betul betul ho liau!haha.rasa macam pegi Disneyland pulak kan*cough*berangan*tapi memang best kot terutama penggila kartun macam saya*cough*haha.ok taknak celoteh merepek puaka niyang rapik lagi.jom jom tengok gambar :) *memang gambar je kan HINT blog kau semenjak dua menjak tiga menjak ni*nak buat camane memang ni je modal yang ade.heeeeee:P

nampak tak?nampak tak?hepi je kan?hehe~

hai saya model mickey mouse :)

duta countdown mengkurang ajar dengan duta lim chorr
duta Loreal pose tetap jelita

jangan makan otak dash please!

pemakan otak Mr.Incredible.haha.bukan otak betul lah.
ice-blended yang kaler macam otak tau :D

dududududu mickey mouse clubhouse!

tiba-tiba dash muncul kat tempat penonton.tapi rambut belang-belang gitu.separuh kuning separuh hitam.haha~

mickey mouse|minnie mouse|donald duck|goofy

ok gambar tak berkaitan dengan acara.haha.ini adalah harta kesayangan pada musim sekarang.raincoat pink+cap NZ pink tersayang.melindung dari hujan dan angin supaya kekal comel*hah over dah*hood tuh tak leh blah kan dah macam topi ahli sihir dalam Harry Potter.haha.

p/s: jumpa kata-kata ni dekat status Dinie 'Irfan si kawan SHAH Pekan yang duduk dekat Russia.aku copy sini ye Dinie :)

“When you attack black people, they call it racism.
When you attack Jewish people, they call it anti-semetism. When you
attack women, they call it sexism. When you attack homosexuality, they
call it intolerance. When you attack your country, they call it
treason. When you attack a religious sect, they call it hate speech.
But when you attack the Prophet (peace be upon him), they want to call
it freedom of speech.”

panas ke tak?ok dah pegi buat assignment.
have a nice day everyone!

Wednesday, May 19, 2010

pengubat hati yang lara

Assalamualaikum hello hello T.T (biasa guna smiley hari ni guna simbol ni pulak sebab hati tengah lara..tiba!) tak logik kan.eh tapi betul hati tengah lara mengenangkan nasib.taknak cerita dah kalau tak nanti airmata kecewa mengalir sambil bercerita kat korang.haha.tak logik tak logik.cuma sekarang hati telah redha dan sangat mengharapkan keajaiban berlaku.dengan kuasa bulan akan menghukummu!*tak pasal-pasal je kau nih*HAHA.dan alkisah sememangnya kalau sedih-sedih akan ada berita gembira jugak walaupun secubit rasa.tapi ini bukan secubit rasa dah!memang secukup sesedap rasa.wheeeeeee~mak dah pos barang.huyeh!huyeh!barang ape?haaa tu yang korang tak tahu.barang lain tak payah cerita lah kan.basic needs^^ yang tak boleh dapat dekat NZ ni.sup bunjut,maggi cukup rasa,kiub tomyam bla bla bla dan sebagainya.tapi yang special parcel dari mummy tersayang kali ini adalah sebab ada baju kurung baru,tudung baru dan............belacan!haha seronok tak terhingga.*nasib baik tau abah tak kirim budu sekali.kalau tak mabuk la kastam NZ bila check parcel tu nanti*.oh wish upon the star.mintak mintak belacan tu lepas masuk bila kastam check parcel nanti.ngeeee~lepas tu seronok belum habis lagi sebab mak nak kirim rice cooker nanti.yeyey tak payah beli dah.paling best tahu ape.semalam cakap dekat adik saya,rice cooker tu tak payah guna air parcel sebab kalau sampai lambat pun takpe.bukan nak guna urgent sangat.lagipun macam mahal sikit so better shipping je kan guna kapal laut boom boom.sempat pulak kan suruh adik saya sumbat shawl sikit-sikit dengan keropok ikan dalam kotak rice cooker tu nanti.haha.tiba-tiba hari ni adik saya bagitau minggu depan pos rice cooker guna air parcel.saya tanya kenapa tak guna shipping.adik saya cakap abah cakap lambat sangat sampai nanti.kot abah saya yang macho tu risau anak sulung dia ni tak makan nasi.memang tak selalu makan nasi pun abah,makan mi je sebab tu boleh kurus sikit^_^ni sayang abah lebih ni.eh sayang semua la.sayang mak,abah,angah,kakde,ijat,kakak,adik,sume la kan.mesti tak sabar nak dapat parcel dari NZ ni kan.haa tunggu tunggu,elaun along belum masuk*sedu sedan*
hari ni mood semua orang macam gloomy habis.cuaca pun gloomy chilly gitu sampaikan bila cakap-cakap keluar asap.lepas habis tutorial pagi tadi terus pegi melepak dekat pokok-pokok.konon nak shooting sempena autumn.hah.mood berbunga-bunga kembali.nak mengubat hati yang lara kan.ni la kot salah satu cara yang boleh buat saya ceria sikit.shoot-edit-publish :) jom layan foto-foto :) * klik tau kalau nak tengok jelas jelas :)


shoot orang lain tapi nak jugak jadi model :P

husna unni :)

fareha unni :)
*paling suka gambar ni sebab nampak macam cover album gitu

suka yang ni jugak

siyes lupa nak lipat tudung

berlakon je ni

hah yang ni original tak edit langsung
*i like!*

p/s: siapa-siapa dekat Auckland kalau nak guna cleaner ke housekeeping ke ataupun seangkatan dengannya sila contact saya.saya sangat memerlukan kerja yang ada gaji sekarang -_________-'

have a nice day everyone :) bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...