Sunday, May 30, 2010

hari ini dalam kenangan

30May2010

8.15am
Get ready nak pegi Sunday Market dekat Avondale.ada 2 motif sebenarnya.nak pegi Sunday Market+nak pick up barang beli dekat TradeMe*ehem ehem kantoi*.kepada farry sayang, thanks tau sebab sanggup temankan i walaupun u sakit kaki.kena jalan jauh segala kan.nie buat i sayang u lebih.heee~seronok tak naik teksi?sentap kan bila pakcik tadi suruh jalan kaki.tapi bagus jugak.sebenarnya pakcik tu taknak kita bazir duit bayar teksi dia*plus nak suruh kita exercise jugak kot*[eh dia tahu ke minggu ni kita tak pegi rec centre langsung?hahaha]takpelah kan.lepas pick up barang kita jalan kaki jugak pegi sunday market^^.yang pasti hari ini sangat menguji stamina.setuju?tambahan lagi kalau tengok bentuk muka bumi dekat Auckland ni, mengucap akak nak jalan walaupun 1km je.naik bukit turun bukit.fuiyoh boleh kurus.


ye ini kami.sizuka & farry in the house.dalam penat sempat lagi ambik gambar sebab sangat seronot jalan-jalan tengok rumah cantik.*erm tolong abaikan gambar bawah yang budak tudung serabut macam topi keledar*haha~eh jangan tertipu dengan gambar.baju yang dipakai 3lapis harap maklum.suhu 8 celcius boleh sampai tulang dia punya gigil.hadoi~

10.45am
[lama gila carik rumah orang tuh nak pick up barang.habis naik bas turun bas naik teksi turun teksi dah.nasib baik tak panggil awan guling ke firebolt:P]

masa nie pegi Sunday Market.motif?saje jenjalan cari pasal.haha.alang-alang dah sampai.lalu tepi gerai gantung baju cantik terus pejam mata.pari-pari nasihat berkata 'sudah -sudahlah membeli.dah nak runtuh almari kat huia tuh.'pari-pari nafsu membisik 'alah bila lagi pun.nak pegi sini tiket bas mahal tahu.bukan selalu pun.' apo nak dikato nyo?

membeli jugak akhirnya tapi bukan baju.hakhak.beanie comel ini.i likey~satu perkara yang saya suka sangat pasal sunday market, pekan sehari,pasar malam,pasar tani dan seangkatan dengannya...boleh tawar harga.ehem ehem ini pakar menawar harga dari Pahang:)kali ini mengaplikasikan skill di Auckland.heeeeee~
*ini adalah proses membeli beanie pink comel*
[perbualan di antara sizuka si penawar harga handalan dan uncle si tukang jual beanie]
sizuka: erm..excuse me..how much is this?*sambil jari mentunjuk ke arah beanie*
uncle: oh 7dollars.*acuh tak acuh*
sizuka: *membelek-belek beanie.berfikir.meletak beanie kembali ke tempat asal*[dalam hati 'mahal jugak nih..dekat depan tu ada yang murah sikit kot'] okay thanks *sambil angkat kaki nak berlalu pergi dari gerai tersebut.
uncle: oh wait wait.how much do you want for it?*bersungguh-sungguh*
sizuka: *berfikir sambil tersengih muka manis* ermmm...5dollars?
uncle: okay okay take it :)
sizuka: *senyum* [dalam hati...hooray!!]

haruslah korang pelik kenapa saya sibuk beli beanie padahal duduk Auckland mana ada salji.brrrrr~*sob*blink*blink*saya beli beanie sebab nanti nak pegi main ski dekat Mt. Ropehu[kalau nak google taip Mt. Ruapehu].ade kaitan ke beanie dengan ski?haha.alasan takut telinga beku.tipuuuuu.oh sebenarnya beanie nie boleh jadi props jugak untuk si sayang D60 saya.oh yeah seronot lalalala~nanti nak bawak sirap dengan madu dengan jagung manis dengan kacang merah.nak buat air batu campur guna salji.kahkah~

ini limau mandarin kecik.oh yeah sangat masam.tadi sampai je bilik konon macho suap sebijik terus dalam mulut*abaikan memang kurang sopan.sila jangan tiru*.hah kau.ulser dalam mulut menjerit jerit keseksaan.masam gila kot.padan muka.nak bajet macho lagi.kahkah.

ini cookies sangat sedap made by Malaysian in Auckland.kalau pegi sunday market memang cari uncle pakai baju penang ni.gedik gedik buat muka comel dekat gerai dia.bila dia perasan terus cakap 'Hello...apa khabar?' sambil senyum manis.kitorang pun akan buat muka comel pilih-pilih cookies sambil berborak dengan dia.macam-macam cookies ada.fruit & nut, chocolate chip, chocolate brownies etc.sangat sedap memang haruslah kan.hari ni dia tanya kitorang amacam weather dekat Auckland.oh uncle tolong tahu sangat sejuk.kalau autumn sudah ini macam, tak pernah terpikirlah pun winter nanti camane.

kawan-kawan sangat ramai kurang sihat.weather shock mungkin.ini pun tengah menaip rasa macam membeku.hadoi kenapa tak tutup tingkap.patutlah pun.heeeee~
perlu segera minta diri sebab nak siapkan soalan test.wah dah jadi penggubal soalan sekarang.seronok?TAK.ahaha~

have a veryyyy nice Sunday everyone:)

Thursday, May 27, 2010

shopping itu.....

Assalamualaikum hello hello :) selalu tiap-tiap kali buat entri mesti tak tahu camane nak bagitau korang motip entri nih*oh saya sangat tak reti tulis blog*macam biasa.modal blog saya adalah gambar,foto dan aaaaaaa...tak tahu.sejak dua menjak tiga menjak ni saya agak rajin ye mengupdate blog.mungkin sebab ramai orang suka komen komen.oh i likey.sebab bila ada orang komen baru tahu ada orang sudi baca blog ni*cough*cough*.okeh misi sizuka a.k.a saya kali ini adalah mentukarkan wardrobe.ye konpem konpem korang tahu kalau ada baca entri sebelum ni.heeee~
quote hari ini berbunyi:shopping itu pengubat stress tapi kehabisan duit adalah punca stress.
setuju?tak terpikir olehnya lah pun.hahaha.
mari layan gambar :)ini belt koleksi terbaru
^^jangan salah faham.semua ni belum sampai $15 pun.

ini dia wardrobe cik sizuka sekarang.hah.eksklusif habis.kawan-kawan yang datang bilik pun tak dapat peluang nak bukak loker i tau*kantoi baru kemas*

ini pulak penaja setia saya tiap-tiap kali pegi shopping.eh tak pernah pun pasang niat nak shopping sungguh sungguh tau.biasa kawan ajak 'eh jom pegi usha-usha baju'.lepas tu masuk kedai sana masuk kedai sini.bila keluar kedai tengok tengok bukan si kawan yang bawak beg plastik tapi saya.kahkah.

haruslah tahu ini tag-tag dari baju-baju yang dibeli.teringat masa zaman bebudak dulu macam gila kumpul benda alah ni.lepas tu main sesama adik beradik konon-konon pegi shopping lah kan*padahal belek-belek almari mak jugak*.bila nak bayar sorang jadi cashier*saya* lepas tu 'si pelanggan'*biasanya adik saya*.konon swipe kad kredit tak boleh blah kan.haha.yang si cashier lagi tak berapa betul.kalkulator abah pun boleh buat cash register.haha.siap ada tempat swipe card lagi.sekarang hah kau merasa shopping guna kad kredit*wink~

hasil shopping hari ini
Just Jeans punya tshirt hanya $15 untuk 2helai*lumayan~

ini beli dekat Lippy.beg dia cantik punya.motip beli ini?sesuai pakai dengan skinny kot.takdelah nampak paha besar.lol.

yang ini semestinyalah kan yang paling comel antara semua-semua.
*fareha pun ada kaler pink :)

part paling seronok.beli banyak banyak duit habis $45 sahaja.berbaloilah kot dapat banyak barang.saya ni pulak jenis tengok harga tak tengok jenama sangat*cough*cough*.tak tahulah kan kalau dah jadi cikgu nanti tetiba jadi lain pulak kan*masa tu dah zaman kewanitaan kot*:P

'eh i baru beli handbag.louis vitton.cantik tak?'
'i baru je beli purse baru.bonia gitu.'
'eh handbag u cantik.beli kat mana?'
'colorado je'
'i ade handbag merah biru oren ungu...eh hijau belum ada...tak bestlah kalau tak matching dengan baju...'
'eh cikgu cantik handbag pink,baju pink.tudung pink,kasut pink'
'eh Bonia ada sale.jom tengok handbag'

hah.komen?haha~

have a nice day everyone:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...