Wednesday, July 14, 2010

Cendol's Winter Roadtrip [Part 1]

hello semua.ada rindu ke?harapnya ada*tetiba*.haha gurau okeh.well now sizuka is back.not sure blog ni bersawang ke tak kan.semalam sampai Auckland.tapi terlampau-lampau penat dan sibuk bekerja dengan pictures so blog kena letak tepi dulu.eceh.boleh merajuk blog kalau kau cakap macam ni depan dia.dah.jom cerita pasal trip.

ini kereta cendol satu.tengok.nama group kitorang cendol adalah sebab warna kereta sewa.sekarang semua sudah tahu.kreatif bukan?haha.kereta cendol satu popular dengan bakat-bakat penyanyi karaoke untuk semua genre lagu.balada,etnik kreatif,hindustan,jiwang karat,rock kapak.semua ada.tak perlu buka radio lagi.memang hangat.


ini kereta cendol dua.agak tak boleh nak karok sebab terlalu ramai jejaka.tetiba.tapi gadis-gadis tetap melalak sesuka hati sebab jejaka-jejaka akan mensumbat telinga dengan earphone dan menguatkan volume ipod masing-masing.haha.

ini kami dekat Candyland.siapa nak beli coklat datang sini.memang syurga.paling penting poket mesti ada duit.takpun kad kredit atau kad debit mesti ada fulus.kalau tak kirim salam.igauan hati dekat sini peanut celup coklat dengan gummy bears.memang terbaek~

first time sampai Mamaku Blue.ini ladang Blueberry.tapi time winter pulak blueberry takde.frust habes.apa yang ada?YES wine sahaja.dan liquor dan jenis jenis lain.jangan tanya lagi.saya tak kerja situ.haha.

ini di tepian Lake Rotorua.berhenti makan dan solat.masa ni dalam perjalanan ke Napier & Hastings.bercanda ria tepi tasik.buang tebiat.camwhore sikit.haha.banyak sebenarnya.

ini dekat Masterton kalau tak silap.ke dekat mana?tapi masa ni dah menggigil macam hape.asap keluar mulut tak payah cakap.bernafas pun boleh nampak.abaikan yang macam tentera eskimo tuh.haha.

hah ini dah sampai Wellington.dekat Weta-Cave.siapa-siapa yang minat LOTR,Narnia,Avatar dan sewaktu dengannya memang wajib datang sini.ini macam tempat diorang simpan props untuk movie-movie yang disebut di atas.boleh jadi gila bila datang masa takde duit.kalau tak mesti beli patung Legolas bawak balik.

ini dekat Restoran Satay Kajang Wellington.wa cakap lu beb.memang terbaek.perut dah lama mengidam Sate Kajang.tetiba dekat Wellington tercapai hasrat.sempurna rasa hidup.tetiba kan.hahaha.tu muka excited nak makan.sekian~

okeh ni gambar penutup untuk part 1.nak tengok berapa orang komen baru nak buat part 2.haha.patut ke tak patut?

to be continue~

Thursday, July 8, 2010

pelajaran dan pengajaran

hari ni tiba-tiba gatal nak makan pizza buatan sendiri.kekonon pandai kan.apa salah mencuba.betul tak?

pizza dan pembuat pizza.tetiba.sebenarnya ada dua bijik.satu farry buat satu saya buat.jangan tanya mana lagi satu.jangan tanya resepi.memang takkan kongsi.hah nak cakap saya kedekut lah tu.tunggu dulu.ada pengumuman di akhir rancangan.hah suspen suspen.haha~

encik pizza tabah dibakar di dalam perut cik oven sebelum dimakan oleh kitorang.haha~

gred untuk percubaan pertama membuat pizza sendirian berhad adalah moderate yakni sederhana.motto kami adalah biar apa asal kenyang.kahkah.tapi sedap jugak.rasa masala gituh.makan perut sendiri ok lah kot.nak buat kenduri pizza ke bukak kedai pizza ke kirim salam.banyak lagi kena menuntut ilmu.

pengumuman di akhir rancangan :
pelajaran untuk hari ini ialah...
>jangan gatal guna spaghetti buat topping untuk pizza.sangat tidak sesuai.tambahan pula spaghetti dalam tin.tidak sesuai sama sekali.diulang.tidak sesuai.
>jangan buat kenduri mushroom atas pizza.tidak digalakkan sama sekali.
>jangan suka-suka buat pizza berlayer-layer.haha.konon nak beberapa layer baru style kan.pengakhirannya nanti anda akan dapat menelan seketul cheese fresh tanpa bayaran.kahkah.
>cheese haruslah hancur sehancur-hancurnya.dan harus pilih cheese yang sesuai untuk pizza.jangan main rembat je mana-mana cheese dekat countdown.

sekian itu sahaja untuk hari ini.melaporkan dari sizuka-world-of-life.tetiba~

p/s: masa untuk packing!i am away and away again!wellington tunggu daku dalam anginmu!*ntah hape hape*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...