Monday, July 26, 2010

sang comel comel

erk?sang comel comel?nama tak cool langsung.kan.hah siapa yang cakap tak cool tuh?haha.kau macam-macam kan izzati.sudah sudah sudah.

ini sang comel comel yang pernah wujud dekat rumah saya suatu ketika dahulu.kini tiada lagi.ntah kemana pergi.*sob*sob*.tiba-tiba emo.sudah ganti baru.tapi sang comel comel baru tiada koleksi gambar seperti beliau.pada fikiran saya,beliau akan selalu mengingat saya di dalam hati.satu : kerana saya tidak pernah terseronok teruja untuk memegang dan mendukung beliau sepertimana yang dilakukan oleh adinda beta yang lain.tetiba beta.haha.dua : kerana semasa beliau kecil, saya telah tercampak beliau ke dinding TANPA SENGAJA.sumpah tak sengaja.walaweh mula-mula nak tunjuk berani oh.tak sempat 5 saat pun.dia godek-godek sikit je terus aku lepas a.k.a campak.haha.bunyi macam kejam kan.nak buat macam mana.dah termaktub diri ini geli binatang berbulu.bila tengok mereka [binatang comel], saya paling excited.oh comel.oh comel.what so ever.suruh pegang?mintak maap.saya balik dulu.haha.dalam hati teringin nak baring golek golek dengan kucing.main geletek geletek.namun hati kecilku tidak mengizinkan.wah wah wah.ayat novel.haha~

erm.saya pernah bagitahu dekat sini bahawa lelaki tersayang sangat pandai main drama dengan biri-biri.yakni beliau sangat hebat membuat seperti biri-biri tersebut 'hidup'.eh perhatian : ini bukan biri-biri sebenar.hanya patung semata-mata.diminta aksi jangan ditiru di rumah.haha.bagi siapa yang tak tahu.saya kirim biri-biri ni dekat lelaki tersayang buat jadi teman.jauh biri-biri naik flight dari NZ-Msia.haha.sekarang beliau dah jadi warganegara Msia.dan sekarang beliaulah sang comel comel saya:)

pagi tadi lelaki tersayang mengirimkan foto sang comel comel saya bersama anak kucing beliau.mungkin sang comel comel saya terlalu kacak hingga menyebabkan anak kucing tersebut sentiasa mahu bersama beliau.bersamamu bersamamu.lalalala~tetiba Digi.haha.cuba tengok gambar tersebut.saya rasa biri-biri tersebut nampak hidup.sangat comel beliau membuat aksi begitu.seperti sedang mendodoikan bayi.tapi memang sangat mustahil ok biri-biri.u adalah patung biri-biri ok syg.no baby baby.

sesuka hati anak kucing berposing sakan bersama sang comel comel saya.*jeles*.booooo!dengan anak kucing pun kau nak jeles.tak cool langsung.haha~

ini yang saya cakap lelaki tersayang sangat pandai membuat saya rindu sangat dengan sang comel comel saya nih.betul nampak dia macam hidup.macam boleh bergerak.comel gila it is.sangat!

banyak puji lelaki tersayang kan?sukahatilah.haha.takkan nak puji lelaki kesayangan orang lain pulak?nanti ada selipar terbang hinggap di kepalaku.habis migrain pengsan segala.haha.

Sunday, July 25, 2010

handphoneku bukan handphonemu

idea kering nak tulis blog boleh muncul bila-bila masa.sumpah tak boleh kontrol.padahal tadi dah nak tidur dah padahal.kan.sampai dua kali padahal.haha.padahal*lagi*sebelum tidur tadi nak kunci alarm clock je.tak nampak kaitan kan?lepas kunci alarm clock tetiba rasa rindu nak dengar suara lelaki tersayang lalu terus mencari handphone lagenda dalam kotak.handphone lagenda mendapat nama 'lagenda' kerana beliau sudah lagenda.haha.tak faham?beliau lagenda kerana sudah tidak boleh memberikan perkhidmatan kerana tidak dapat men'detect' simcard.sangat sadis.sangat.ikutkan hati mahu dilontar ke dalam Sg.Pahang.namun isi kandungan lelaki tersayang sangat amat banyak di dalam.eceh jiwang.haha.sudah sudah sudah.

dibanding banding sebelum ni ramai cakap Nokia tahan lama berbanding Sony Ericsson.kerana Nokia best.untuk makluman anda handphone lagenda adalah Nokia.handphone sekarang adalah Sony Ericsson.sebelum ini di Msia cik sizuka menggunakan dua handphone yakni dua talian berbeza iaitu Celcom & Maxis.hah jangan cakap i banyak duit.dua-dua handphone pun kalau buat main baling tin boleh menang.haha.siap boleh dapat strike lagi.erk?kaitan tin dengan strike?tak tahu.abaikan.haha.sekarang di NZ hanya satu handphone dan satu talian.Vodafone forever.tetiba lagi.namun sekarang sudah tidak percaya tohmahan pelanggan yang mengatakan Nokia lebih bagus dari Sony Ericsson atau sebaliknya.kerana Iphone lebih bermakna.kahkah.sesuka hati kau campur aduk cerita.namun Iphone juga memeningkan namun tak memedihkan mata.kaitan?haha.ada jailbreak segala.nasib baik tak ada prison break[fareha whooot fareha].tiba-tiba ada Scofield dalam Iphone tak ke pengsan?haha~

entri pendek sebab tadi dah nak tidur lepas tu bangun on laptop balik semata-mata nak tulis entri ni sebab idea kering datang dan sebab takut lupa besok dan sebab.dan...erm...dah.ke korang rasa panjang jugak?haha~tak dapek akak nak nolong lu bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...