5 Ogos ni ada WWE Smackdown Live Tour 2010 dekat Auckland.whoot whoot mereka datang Auckland!punyalah seronok tapi mesti kena kecewa sebab poket bocor dan tak mampu untuk mengeluarkan $50 untuk sekeping tiket.wak lu tiket paling murah tu $50.haha~simpan dalam hati je lah.mungkin boleh tengok dekat SKY tv nanti.diorang cakap Rey Mysterio ada.wah wah wah.saya suka tengok dia.sangat hyperactive kalau lawan.kejap sana kejap sini.tahulah kecik.lepas tu bila menang macam best je kan.hahhhhh dah mula nak cerita pasal dulu-dulu lagi.dah dah sambung lain~
ini Big Show dengan John Cena.tak tahu mereka ada tak nanti.tapi saya selalu tengok mereka lawan dekat tv3 masa dulu-dulu.asal MC jerit BIG SHOWW!terus cari-cari mana Big Show.haha punyalah kan.padahal Big Show tu antara manusia terbesar dalam sejarah WWE.tak susah nak cari dia.erm saya suka masa dia ada rambut dulu berbanding sekarang.kan sesuka hati kau nak komen rambut dia.haha.John Cena sangat cool.dan juga sangat besaaarrrrr.eh kenapa mereka mesti besaaarrr ye?oh ya kan dah nama pun gusti.otot-otot mesti kena bagi kembang setaman.kalau kecik mesti habis kena lanyak dengan orang-orang besar macam Rikishi.hah siapa ingat Rikishi??saya ingat.haha~
mereka ialah half-brother.siapa tahu?saya tahu.haha.dulu saya paling banyak sticker The Undertaker sebab dulu saya rasa dia hensem sangat dengan rambut panjang mengurai dan muka garang arrrr.the best moment bila dia masuk dengan motor besar dia tuh.masa tuh rasa macam nak melompat 'go undertaker!'.haha dah over dah aku nih.muka dia garanggggg.takot~adik dia Kane sekarang tengah meletop.dulu Kane rambut panjang.nak sama geng dengan abang dia mungkin.sekarang Kane dah takde rambut.hah kau nak komen rambut Kane pulak izzati?haha dah dah.taknak komen.tapi saya suka dia masa dia ada rambut dulu.kannnn nak komen jugak.haha~
biasalah kan adik beradik saya memang suka bahagi bahagi orang ni minat siapa orang ni minat siapa macam bahagi Power Rangers dulu.angah geng The Rock, kakde geng Stone Cold, saya geng The Undertaker.yang adik bawah-bawah belum masuk era meminati WWE lagi masa tu.haha.kalau perasan yang minat WWE ni semua perempuan.kahkah.memang memang memang pelik.mungkin sebab tu semua garang.haha mungkinkah?*tetiba macam lepas ni ada episod baru 'jawapannyaaaaaa?'*
dah izzati orang tak faham apa kau mengarut.haha.