Salam Ramadhan.Salam 2 haribulan sembilan 2010.
berdasarkan tajuk entri, ada 5 isi penting di dalam karangan ini.
bersedia?haha takde kaitan~
1)Hari ini ialah hari jadi adik saya yang bongsu itu.kalau siapa pernah baca
entri ini memang akan mengenali dia.sedikit lah, tak banyak.dapat pulak dengar suara 'lunak' dia sekali.itu nama dia
bonus tahunan.haha.apa bendaaa bonus tahunan pulak ni izzati.
HAPPY BIRTHDAY ADIK.ALONG LOVE YOU~
cuba teka mana satu adik saya?
yang itu.budak kecik yang ada dalam dua-dua gambar itu.betul.100 markah.haha.
2) selepas mendapat
kad raya dari emak.terdetik hati nak membalas.eceh eceh main balas-balas kad raya kan.ehhh jangan ingat zaman sekolah je boleh buat macam itu tahu.mentang-mentang sekarang semua digital, kad raya pun nak digital.
no.no.kad raya ialah precious.lebih bermakna jika dapat disentuh menggunakan tangan,dibaca sambil mengalir airmata lalu menitis di atas kad.nampak
lebih drama dekat situ kan?kalau kad raya dalam skrin, memang tak dapatlah airmata nak menitis atas kad.haha.
jadi saya bertungkus lumus menyiapkan kad menggunakan perkakas yang ada.membuat kad raya sendirian berhad.sebab ialah
Auckland takde jual kad raya.kad birthday ada lah berlambak.haha.sudah pos pun kelmarin.semoga selamat sampai, kad:)
3)tadi telefon emak di Malaysia, emak excited muka anak keluar akhbar.ehem ehem bukan sebab kes-kes panas harap maklum.anak emak masuk akhbar bahagian
salam perantauan.siapa hendak tengok
muka izzati dan rakan-rakan keluar akhbar sila beli
Metro hari ini.pakcik saya excited hendak tengok muka anak saudara keluar akhbar, sanggup pergi beli Metro walaupun dah tengahari.sepupu saya beli Metro, cakap nak kerat nak tampal dekat dinding.ewah ewah terharu disitu.kawan abah saya hampir tak percaya anak kawan dia masuk akhbar.hahaha.bukan senang kau nak masuk paper kalau tak buat kes besar-besaran.
4) musim bunga sudah tiba.semalam pergi winter garden sangat super-teruja sebab ada banyakkkkkkkkkk tulip.ini
first time tengok dan sentuh tulip yang real punya, as in reality.sebelum ni main pegang bunga plastik je.yang real sangat sangat cantik subhanAllah.tak sabar nak buat spring photoshoot pakai dress dengan bunga-bunga semua.heee~
5) suka pen bulu-bulu ini.baru beli tadi.notebook itu pun suka jugak.mangkuk besar itu pun suka jugak.tapi lebih jatuh cinta dengan pen bulu-bulu pink itu.haha.sukaaaaaa~
p/s: rasa macam migrain tapi tak tahulah betul ke tak.rasa sakit macam otak-kena-tekan.eh ngeri je kalau bayangkan.haha itu bayangan je lah.ibaratkanlah macam itu.migrain ke tu?