Saturday, December 4, 2010

master chef lah kononnya

sebab terlalu banyak benda nak cerita, kisah rumah baru & episod mengenang bilik di HUIA akan ditangguh di lain rancangan harap maklum.tapi jangan risau video SUDAH ADA.tungguuuuuuuuuuuuu~

ketiadaan internet menjurus kepada aktiviti menonton tv ke tahap paling maksimum dalam dunia yang tak pernah dibuat sejak sampai di bumi biri-biri ini.bila izzati dah mula hafal cerita ni pukul berapa, cerita itu pukul berapa, BERMAKSUD tv ialah satu pertiga hidupku.hahaha.

rancangan favourite, haruslah Master Chef & My Kitchen Rules.tengok orang masak SUKA tapi memasak DUKA.bila tengok orang masak, perut laparlah rasa nak makanlah apa segala kan.tapi nak memasak punyalah liat, Ya Tuhanku.mungkin kena bagi lempangan Malaya sebijik.mungkin jugak lempeng?apekah yang kau merapik ni duhai izzati.

TAPI, bila dah sampai seru nak rajin tu, memang kemaen rajin Ya Tuhanku kenapalah bukan tiap-tiap hari macam ni.

hasilnya...

percaya ke tak?ke tak percaya?kau ni macam main terbalik terbalik perkataan je izzati.hahaha.

SAYA TAK TIPU

senang je sebenarnya.buat banana muffin,bakar, keluar oven dah siap semua, letak dalam pinggan putih, susun comel-comel, lepas tu ambik strawberry 2 biji, potong, susun bagi cantik gitu, letak chocolate sauce dalam mangkuk, guna sudu & pepandai lah mencorak batik dekat atas muffin tu bagi nampak gorgeous yawwww.tapi saya tak buat corak batik ye tuan puan sekalian.corak tu namanya lingkaran ular berbisa dan lenggokan si naga berapi.ahahaha.kenapa ular dengan naga?sebab satu panjang satu pendek.dan itu namanya suka hati akulah nak bagi nama corak apa.kahkah.

actually sebenarnya tak dapat nak agak banyak mana nak letak coklat tu.dan tetiba TERaccident tangan ketar sebab berdebar kononnya rasa macam masuk Master Chef kena kejar masa HAHAHA.

oh ya, kalau siapa nak resepi banana muffin jangan segan nak mintak okay :)

p/s: bila izzati terlebih rajin, makanya benda luar biasa akan terjadi.bila dia terlebih tak rajin pulak, benda jauh dari biasa pun boleh jadi.ahahaha~


indah betul perasaan

makin indah bila AKHIRNYA internet kembali dalam kehidupan.sekarang, perasaan ialah sungguh hebat, rasa macam nak flying without wings dari tingkat limabelas menyeberangi Lautan Pasifik.okay dah mula mengarut balik.

drama bila tak ada internet,
  • izzati bukan main rajin lepas balik kerja kemas-kemas, terus pergi uni library.ONLINE okay bukan pergi baca buku.
  • izzati mula jejak kaki pergi public library dan sanggup tunggu sampai pintu bukak pukul 10 sebab nak ONLINE.
  • izzati rela berkorban duit untuk ONLINE berbayar
  • izzati sanggup hadap Handy Manny,Master Chef, My Kitchen Rules dan segala macam rancangan TV sebab tak ada apa nak buat walaupun waktu tu cerita tak best langsung sampai rasa nak jerit kuat-kuat.
HAHAHAHA

seminggu tanpa blogwalking, seminggu tanpa entri yang memuaskan hati, seminggu ini trafik merudum~

yang penting, budak dua orang ni bukan main terkinja-kinja bila dah dapat internet.menggila masing-masing.

VODAFONE lovelovelove.Customer Service memang the best!

p/s: sebenarnya dah over excited sangat sampai tak tahu nak tulis apa sebenarnya.banyak sangat cerita nak dicerita.fuhhhh kena bertenang.bertenanggggggg~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...