Sunday, December 5, 2010

summer ialah bahagia

minta maaf okay semua orang.baru dapat internet dekat rumah baru ni, perasaan excited masih membara & menggila nak update blog.nak cerita macam-macam.so people, bear with me.

benda-benda yang paling saya suka waktu summer ini ialah, satunya : strawberry celup cokolat.duanya: matahari, angin sejuk & pantai.tiganya : SALE.

rumah pulak dekat sangat dengan Queen Street.SALE 20%,50%, 80% kiri kanan depan belakang.dalam hati Ya Tuhan kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku.tapi sebagai seorang izzati yang memang tak boleh tengok baju cantik dengan SALE 50%, makanya ku tersungkur di tengah jalan.berapa helai baju baru?JANGAN TANYA.sebab dah lupa berapa hahahaha.beli banyak tapi duit yang habis tak sampai $100.seronok bukan?

saya beli sehelai kemeja dekat Max Outlet yang pada asalnya berharga $119.90, dengan hanya $20.bahagia bukan?

makanya, sekarang kalau jalan dekat Queen Street mesti jalan tutup mata.ahahaha.nak tunggu Boxing Day lah kononnya.sekarang pun dah murah gilos, tak dapat bayang berapa harga masa Boxing Day nanti.

ni baru balik dari Santa's Parade dekat Ellerslie.dapat makan takoyaki sedap gilos.menyesal tak beli dua tadi.tsk~tapi Parade tadi tak boleh lawan yang dekat Queen Street punya lah.kehkeh~

oi budak.comel sangat kenapa?


Saturday, December 4, 2010

master chef lah kononnya

sebab terlalu banyak benda nak cerita, kisah rumah baru & episod mengenang bilik di HUIA akan ditangguh di lain rancangan harap maklum.tapi jangan risau video SUDAH ADA.tungguuuuuuuuuuuuu~

ketiadaan internet menjurus kepada aktiviti menonton tv ke tahap paling maksimum dalam dunia yang tak pernah dibuat sejak sampai di bumi biri-biri ini.bila izzati dah mula hafal cerita ni pukul berapa, cerita itu pukul berapa, BERMAKSUD tv ialah satu pertiga hidupku.hahaha.

rancangan favourite, haruslah Master Chef & My Kitchen Rules.tengok orang masak SUKA tapi memasak DUKA.bila tengok orang masak, perut laparlah rasa nak makanlah apa segala kan.tapi nak memasak punyalah liat, Ya Tuhanku.mungkin kena bagi lempangan Malaya sebijik.mungkin jugak lempeng?apekah yang kau merapik ni duhai izzati.

TAPI, bila dah sampai seru nak rajin tu, memang kemaen rajin Ya Tuhanku kenapalah bukan tiap-tiap hari macam ni.

hasilnya...

percaya ke tak?ke tak percaya?kau ni macam main terbalik terbalik perkataan je izzati.hahaha.

SAYA TAK TIPU

senang je sebenarnya.buat banana muffin,bakar, keluar oven dah siap semua, letak dalam pinggan putih, susun comel-comel, lepas tu ambik strawberry 2 biji, potong, susun bagi cantik gitu, letak chocolate sauce dalam mangkuk, guna sudu & pepandai lah mencorak batik dekat atas muffin tu bagi nampak gorgeous yawwww.tapi saya tak buat corak batik ye tuan puan sekalian.corak tu namanya lingkaran ular berbisa dan lenggokan si naga berapi.ahahaha.kenapa ular dengan naga?sebab satu panjang satu pendek.dan itu namanya suka hati akulah nak bagi nama corak apa.kahkah.

actually sebenarnya tak dapat nak agak banyak mana nak letak coklat tu.dan tetiba TERaccident tangan ketar sebab berdebar kononnya rasa macam masuk Master Chef kena kejar masa HAHAHA.

oh ya, kalau siapa nak resepi banana muffin jangan segan nak mintak okay :)

p/s: bila izzati terlebih rajin, makanya benda luar biasa akan terjadi.bila dia terlebih tak rajin pulak, benda jauh dari biasa pun boleh jadi.ahahaha~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...