Monday, December 6, 2010

kena jahit dekat kepala ialah scary

bertenang okay semua.sabar sabar sabar.simfoni [?] kejadian: saya dekat rumah, seorang diri dan buat keputusan untuk tidur since Ton belum balik kerja & Gwen belum balik dari shopping, dan saya super-bosan.lepas tu terjaga sebab security fon berbunyi.okay ton dah balik.senang hati, bangun dan tunggu nak bukak pintu.bila bukak pintu, ton cakap dia luka.saya expect oh mungkin luka kecik tu so takdelah nak serius segala kan.sampai dekat ruang tamu, dia suruh check kepala dia, tengok luka teruk tak.waktu tu bukan main ni hah bukak lampu segala.dah namanya baru bangun tidur, haruslah budak izzati nih tengah mamai lagi.tetiba nampak ton keluarkan shawl dia dari beg.MasyaAllah terus rasa nak pengsan.tonnnnnn apa benda niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

saya takut darah okay.saya takut segala benda yang berkaitan dengan hospital, darah dan segalanya yang berkaitan.terus tetiba rasa takut nak tengok kepala ton.tengok dari jauh, nampak darah dekat celah-celah rambut dia.masa tu tak payah bayanglah macam mana si izzati ni terkinja-kinja cuak lebih dari ton.masa tu rasa nak pengsan pun ada.okay macam mana ni.orang lain dah tak ada.aku pulak penakut.nak buat apa nih!!

ton, jom pergi hospital!atau kita patut panggil ambulans?nak buat apa ni cepat cepat?!ton boleh pulak gelak.OMG saya yang cuak lebih.yelah kot tetiba dia pengsan mau saya kena dukung dia kan tetiba?dahlah baru bangun tidur HAHAHA.

dalam bas, budak izzati tak habis lagi cuak.cuak tengok ton + cuak nak pergi hospital sebenarnya.dush!

kita skip part isi borang segala tuh kan.tak seronok.jom pergi part seronok tapi seram.
masuk bilik doktor, Dr. Logan check luka ton.saya & Gwen ikutlah sekali KONON berani.then Dr.Logan cakap kena jahit.OMG for real?Dr. Logan tanya nak ikut tengok sekali ke tak.sok sok berani, pergi ikut sekali masuk bilik jahitan [?].

Dr.Logan ni super-nice & sporting gila.bila tanya boleh ambik gambar ke tak, dia rileks je.siap cakap mesti nak letak dalam facebook ni.ahahaha~tapi dia cakap english lah.mestilah dah nama pun Logan, bukan Longan :P.

seram okay.tengok live depan mata.tak sangka berani jugak aku ni.mujur tak pengsan.


ini Dr.Logan.hooo dekat sini bolehlah tengok doktor pakai macam dalam Grey's Anatomy tuh.doktor pakai baju biru yawww~

lepas kena jahit.jahitan di kepala ton ada 3 jahitan kesemuanya.seram okay tengok Dr.Logan jahit.macam jahit baju tapi sebenarnya dia jahit kepala.hooooo~

sebelah saya, itu ton.she's totally fine.she's strong girl anyway.kalau saya, dah lama menangis tak larat segala.okay yang sebelah dia tu, budak tu, bangun tidur, dan terus pergi hospital.sebab cuak sangat, dia tak sempat nak buat apa dah.sauk je baju, tudung mana ada.hahaha~

p/s: luka tu sebab kena langgar dari belakang oleh buaian pusing yang tengah laju berpusing waktu ton tengah layan anak boss dia main dekat playground.


sizuka & housemates rumah baru

episod hari ini : mari mengenal housemates izzati.begitu pentingkah sampai kita perlu kenal housemates dia ni?PENTING, sebabnya pada hari-hari yang mendatang, gambar saya & mereka lah yang akan bersepah di serata blog ini.even sebelum jadi housemates pun, gambar kitorang dah bersepah sana sini.hahaha~

tengok...





okayyyyyy.dah boleh cam muka ke belum?kalau dah, bagus.kalau belum, pergi tengok sekali lagi sampai boleh cam.ahahaha~
siapa tak boleh cam mana satu izzati?tsk.sadis betul perasaan.mungkin izzati perlu lebih menonjol dalam gambar?ataupun dah menonjol tapi tak tertonjol?apekahhhhh.hahaha.

jom main kuiz cari orang tersembunyi...

cari kami.
okay fine senang gila kacang kan?tengok gambar atas tengok gambar bawah terus terang tang tang boleh nampak.hahaha~apa kejadahlah kuiz yang kau buat ni izzati oih.kakaka.oh ya, semua ni GENG VOLT okay.yang lagi 4 orang ialah jiran di tingkat duabelas.yessss kitorang memang suka duduk tinggi tinggi.hahaha.

yang sengsara ialah bila lif rosak.lif tiga bijik tu pernah out of service beberapa jam.tanggal 4 Disember 2010, izzati dengan tabah turun naik hanya menggunakan tangga DARI dan KE tingkat limabelas.free free je kena exercise kan.semput tu tak payah kira lah.bukan main bernafas macam tak cukup oksigen.dan saya bawak beg laptop okay.kiranya hari tu keluar semata-mata nak online & balik ke rumah SELEPAS ONLINE.hahaha melampau tak melampau.nak online punya pasal, tingkat limabelas sanggup ku panjat.dalam hati tetiba terfikir kan, mungkin ini balasan aku malas pergi gym.makanya lemak-lemak buat keputusan untuk bakar diri sendiri.HAHAHA.

okay kena siap pergi kerja.ciao!

p/s: GENG 1516 semuanya bloggers.sweet ay?tiga orang dekat Msia, izzati sorang dekat sini.mujur ada housemates sementara ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...