Sunday, December 19, 2010

cerita ketam

dekat sini, susah gila nak jumpa makanan laut fresh.semuanya nak frozen.termasuklah ikan.sebab tu kitorang memang jarang masak ikan atau makan ikan.hari-hari ayam.kalau tak ayam, telur jadi mangsa.tapi sama spesies jugaklah kan.telur berasal daripada ayam, ayam berasal daripada telur.apa kejadah tetiba belajar salah silah keluarga ayam pulak nih.hahaha.ehhhhh salah SILAH?:p.selalunya kalau nak makan ikan, kitorang pergi Ayutthaya.hahhhh dekat situ hentamlah snapper goreng sekor sorang sampai kenyang.hahaha.

apahal cerita pasal ikan pulak.bukan tajuk entri ni pasal ketam ke?HAHAHA.

semalam, pergi Countdown.duk merayau sambil tolak troli cari stok makanan.at the end macam biasalah, troli memang akan penuh.hahaha.nak dijadikan cerita, saya dengan Ton memang dah kubuntu tak tahu nak masak apa.tetiba lalu dekat tepi peti makanan beku semua tu, tempat ikan sotong ketam segala.haihhhhhhhhhhh tengok nih!aku tau dah nak masak apa hari ni!!Ton cakap.

dua orang gadis menjerit excited tanpa menghiraukan pakcik makcik sekeliling.okay hari ni masak lemak ketam yawwww!terus rembat dua kotak.dah katanya 2 for $7.siapa taknak kan?walaupun frozen tapi ketam kot.bukan selalu dapat makan.kita tak payah ceritalah part kitorang tolak troli masuk tiap-tiap lorong okay?hahaha.sampai masa nak bayar, kitorang guna self-checkout punya kaunter, kaunter scan-sendiri-bayar-sendiri.Ton yang scan, saya pegang troli je masa tu.memang tak sedar apa.sampai rumah, excited nak masak.masa tu lah baru Ton cakap sebenarnya ketam tu sekotak $13.39.masa tu terkejut tak payah bayang lah macam mana muka saya siap mata yang kecik pun jadi bulat.hahaha.OMG apakah semua ini?gurauan?mainan?jom pergi mintak ganti rugi!kata saya.gila merapik apa nak mintak ganti rugi tetiba kan?haha.lepas tu ton cakap tak kuasa haku nak pergi cong ceng cong ceng pasal ketam.biar je lah.hahahahaha.

makanya, semalam dah jadi lauk.ketam masak lemak cili api.memang ummpph.bukan selalu dapat makan mewah macam ni tau.sekali setahun je.hahaha sadis gila ayat.ada lagi sekotak dalam fridge.nak masak apa lagi tah tak tau.

sekarang ni, duk buat perangai pergi blup blup blup malam-malam.hahaha.apartment saya ni ada swimming pool, sauna & gym.kitorang biasa pergi waktu dah tak ada orang langsung dalam tu.kiranya macam tempat ini sizuka & ton yang punya!HAR HAR HAR*ketawa gagah*.nama je ada Gym, tak jejak langsung lagi!hahaha.kitorang pergi serang swimming pool dulu.tu lah pasal nama aktiviti ni blup blup blup.duk terjun berenang berirama segala bagai tak hengat dunia.hahaha.tak pasal-pasal akak bukak kelas berenang dekat situ.semalam, Nirro datang sleep over & join kelab blup blup blup.hahaha.makanya, semalam saya ada dua anak-murid-tanpa-bayaran.alhamdulillah dua orang anak murid dah pandai sikit berenang.kalau tak, air tuh nak kocak macam motobot lalu.hahahaha~

okay Silah, rasanya tak boleh nak tipu dah.towel, beg dengan kamera semua nak pink.HAHAHA.

p/s: eh Fareha, sayang sangat towel yang you bagi i tu tau.cepat balik sini join kelab blup blup blup ^___^


Saturday, December 18, 2010

so-called photoshoot di kala hujan

saya, memang jarang buat shooting indoor.tak berapa minat.satu, sebab belum ada studio sendiri [hahaha].dua, masalah dengan lighting.rasa nak lempang semua lampu yang ada.hey lampu, cerah sikit tak boley ka?hahaha padahal itu sebenarnya nak bagi hint, hoih kau izzati!ya yang tinggi 167 sentimeter tu!kenapa belum beli flash trigger hahhhhh?hahaha~

dahlah.tengok gambar jom.

Cik Ton model untuk harini yawwww.tengok, luar tu hujan.melampau betul cuaca sekarang ni.tsk.semalam,berlarian dalam hujan.sadis tau.dahla tak ada payung.lari lari dengan beg gabak segala.nasib baik tak tergolek.hahaha~

bila ambik gambar dengan Ton, jangan haraplah nak nampak kurus.Ton tu, ambiklah gambar dengan sesapa pun, memang dia yang paling kurus.hey tu dress yang mak saya hantar!terus pakai yawwww.tak menyabar.HAHAHA.yang hujung sekali tu nama dia Nirroshini.a kakak actually.Nirro jangan marah haaaaa.a ballerina.shweet gitewww.semalam duk cerita pasal umur-umur ni.Nirro lahir bulan 12 jugak, sama dengan saya tapi tahun 1988.

Nirro, sekarang mesti matured lah.dah 22 kot.
Ye lah.22 right.OMG next year i'll be 23.
takpe.Saifful next year 24 kot. [Saifful angkat kaki nak menyepak]
HAHAHAHA.
i muda lagi takpe.baru je masuk 21 haritu.hehehe.
haishhhha apesal lah baru masuk 21?lambat betul lahir.

Ton pun gelak tak puas hati jugaklah sebab dia lahir bulan 3, 1989.hakhak.makanya, antara kitorang empat orang, sayalah adik bongsu.hahaha~

Encik Sepol kan baru beli kamera gabak jugak, makanya ada jugaklah output dari dia.modelnya, gegadis tiga orang ni lah.ahahaha~


okay dah.kena kemas rumah.duk hadap blog ni tak jadi hapa jugaklah.hahaha.kejap lagi baru nak blogwalking.perut bergendang nasyid dah nih.hahaha~

oh ya, banyak lagi gambar sebenarnya.tapi kalau nak tunggu edit semua, sampai besoklah tak post entri nih.kakakaka~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...