Friday, December 24, 2010

hari bertinju?bukanlah~

if you wonder why we are having so much fun SHOPPING menabur duit sana sini tanpa berfikir panjang pada waktu sekarang, baca sini, di bawah content nombor 5-SHOPPING.ia bukan hari bertinju bertomoi Siam.ianya akan lebih membuatkan hati anda teruja sambil terkinja-kinja, macam saya HAHAHA.26 Disember, nantikan kemunculan gadis handalan yang akan menempel di setiap kedai!motif SALE sudah sampai 80% sekarang, sebenarnya baru tempias sahaja.Boxing Day nanti, berjuta-juta lemon SALE nyahhhhh~

saya ada peluang sekali je nak experience Boxing Day.sebab tahun depan nak balik dah.makanya, pulun habis lah sekali ni yawwww.kena bawak beg besar nanti nih.nak letak beg plastik semua dekat tangan, habislah sampai tengahari je akak dah tumbang duk berlawan rebut barang dengan makcik kakak semua.kahkah~

p/s: hari ni tak sempat nak blogwalking.sibuk kemas rumah buat operasi membunuh serangga.besok nak letupkan rumah.HAHAHA.macam mana letupkan rumah?tungguuuuuuuu~

Thursday, December 23, 2010

berita baik & berita kurang baik

kata orang, mulakan hari dengan senyuman.makanya, kita mulakan dengan berita baik :)

  • semalam saya ada cakap pasal SALE dah mencecah 80% kan?harini saya & Ton terus pergi Newmarket.sumpah rambang mata sampai rasa dah naik berpinar mata tengok sana sini.baju cantik, harga tak sampai $10.boleh tak nak pengsan sekarang?haihhhh kalau pengsan mana nak dapat baju.orang lain rembat baju dulu, tak peduli dah ada orang pengsan ke apa kahkah~

  • yay dah reti buat puding jagung!OMG bangga diri sekejap.tapi bila tengok resepi dah tak boleh nak bangga mana dah sebenarnya.lahhhhhh macam ni je?senangnya!kalaulah aku tahu senang macam ni...dah lama dah.yelah izzati yelahhh.KALAULAH tahu kan.hahaha~
  • my little sister, Kakde dapat 9A PMR which is obviously memecahkan rekod kakak sulung dia kerana dia sekolah dekat SMKA.Tahniah, adik along :)
mari ke berita tak berapa nak baik,

adik saya dapat 9A.baiklah, itu memang menggembirakan.berita tak berapa nak gembira, dia mintak telefon canggih ada memory card dari New Zealand.mak saya nak belikan Blackberry, tak mahu katanya.nak yang dari New Zealand.demand lebih adik aku nih.dia tak tahu agaknya kakak dia ni dulu pakai telefon yang lampu warna biru bunyi crettt crettt tuh HAHAHA.nak lawan tokey dia ni.

kakde, amek handphone along je lah.canggih jugak nih,versi dua tahun dulu lah tapinya.ada memory card jugak.
taknakkkkkk.itu 2nd hand.nak yang first hand.
oklah kalau macam tu.besok along beli yang baru.tapi nanti along letak handphone along dalam kotak tu, handphone baru along pakai.ok?hahaha~
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
yelahhhh yelahhhh.handphone nak lawan tokey.kemaen dia.ada pakwe eh sekarang?
*diam*
tut tut tut tut tut
cettttt


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...