Tuesday, December 28, 2010

2010, will go

dah habis berdebar pasal kes semalam.hari ni, mood nak kemas rumah sambil layan lagu rock kapak.syok yawwww, sambil duduk tepi balkoni menikmati angin sepoi sepoi bandar gitewwww.but still, tak boleh lawan angin sepoi sepoi sungai pahang lah.OMG rindu nak bertenggek atas pangkin tepi sungai depan rumah, makan biskut ping pong cicah air teh o panas.nostalgia sungguh.

I'll be leaving Auckland to Queenstown in 3 days time.flight hari Jumaat, 31 Disember 2010.pukul berapa, tak tahu HAHAHA since Kak Zu yang setelkan hal tiket.there'll be 5 of us, flying to Queenstown, bekerja di kebun cari mencari rezeki yang halal, fruit packing.oh ya, sebenarnya ada khabar tak berapa baik.Ton dah sampai sana [South Island] dan dah start kerja.katanya, kerja itu berdiri sepanjang hari.OMG taf lah akak balik sini nanti ye dak?HAHAHA.tapi itu bukan khabar yang tak berapa baik.yang itu, baik untuk kesihatan.yang tak berapa nak baiknya, dekat backpackers [macam hostel lah kiranya], internet $6/jam.makanya, dah dapat agak macam mana nasib blog nanti.nampak gayanya seminggu sekali je lah saya online.lagipun lepas balik kerja yang kena berdiri sepanjang hari, confirm cari katil terus.tak peduli benda lain dah.HAHAHA.

biasanya, dekat nak habis tahun ni semua orang duk cakap pasal azam.ye dak?eh kau nak azam ape tahun depan?gua azam nak beli moto kapcai ada atap.jadah apa kan motor kapcai nak ada atap HAHAHA.iklan weh, iklan.apa azam korang tahun 2010 ni?tercapai ke tak?*hah tetiba masuk kes azam-berazam ni pulak ye*.azam saya tahun ni, nak beli kamera gabak tu.alhamdulillah tercapai.makanya, azam tahun depan nak beli kereta lah pulok.HAHAHA nehi kabhi nehiii.melawok jahhh.

azam tahun 2011 saya :
  • nak cari duit banyak then nak simpan bawak balik Msia since currency sini besau.bawak balik Msia boleh kaya-raya HAHAHA.
  • saya nak balik Msia as a slim Izzati.ini betul betul kejadian, bukan cubaan ^__^
  • yang ni tak pasti boleh tercapai ke tak, tapi saya nak sangat duduk dalam stadium tengok match Rugby World Cup 2011.sekali pun tak apa.nak merasa tengok All Blacks main atas padang dan menjerit keriangan sokong New Zealand.TAPI untuk pengetahuan anda sekalian, tiket setiap match semua kena book tahun ni.paling murah punya tiket untuk tempat duduk dekat hujung bahagian atas stadium ialah $300.OMG berapa kali boleh shopping baju tu weh HAHAHA.
kalau ada yang lain, nanti saya tambah lagi.yang pasti, saya memang nak memberanakkan kamera gabak saya ni.nak tambah lens bla bla bla.itu sudah pasti.dan harapnya akan menjadi realiti.ewahhh ayat nak skema pulak kan tetiba.

ape azam korang untuk 2011?azam tahun ni tercapai ke tak?^___^

p/s: saya dah remove widget countdown yang ada dekat tepi tu.tapi nanti hari saya bertolak pergi Queenstown insyaAllah ada balik benda alah tu.ngeeee~


Monday, December 27, 2010

walking alone is just scary

*this is going to be a very short entry since this incident happened just now*

Ton dah pergi south, kerja.makanya, tinggal saya sesorang.since sayur-mayur dah nak habis and my two lovely housemates will fly from Msia today, saya decide nak pergi Lim Chorr [supermarket] beli sayur barang seikat dua [aicewahhh].actually tak berapa konfiden nak pergi kawasan belah sana sesorang, since dekat K Road banyak aktiviti aktiviti syaitonnirojim.tapi sebab dah tak ada orang lain + tetiba terasa nak makan mi kari [hahaha], makanya saya beranikan diri.pergi naik bas 50 sen sebab malas nak panjat bukit.okay macam tak perlu sebut pun sebenarnya HAHAHA.okay cerita serius pun tetiba macam dah nak jadi cerita lawak pulak.serius okay serius.

i thought today the post office will open.but it's not.makanya, hasrat nak beli kotak pos barang balik Msia tertangguh lagi.jalan pergi Lim Chorr.lepas masuk entrance, tetiba ada sorang pakcik tegur saya.pakai smart tapi mukanya scary.rambut hitam ada uban putih, gigi berkarat.

Do you work here?
No I'm not [since dia pakcik, makanya kena hormat ye dak?]
I've seen you somewhere *grinning*
Heh?where?
Near downtown *grinning*
Oh maybe not.
What's your name?
XXXX [sebab saya takut dia jampi jampi,makanya saya bagi nama palsu]
*then dia hulur tangan nak salam.OMG masa tu scary gila.rasa berdebar dup dap dup dap ingat mati dah ni.rasa nak pengsan sebab berdebar kuat sangat.and you know what, dia tengok saya atas bawah.SCARYYYYYYYYY~*
maybe we should go, sit somewhere, have a coffee and have a nice chat *grinning*
Oh sorry I'm in a hurry
*puff!lari!*

OMG masa duk belek-belek sayur tu bukan main nervous ni hah.kot kot dia ada jampi serapah.OMG tolonglah faham.scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.dahlah siap grinning lagi.dia tahu ke tak yang gigi karat dia tu tak gojes langsung.OMG scary scary scary!

astaghfirullahalazim.alhamdulillah Allah selamatkan saya.tapi still terkejut.

p/s: taknak keluar rumah dah.kunci pintu, sliding door semua.habislah nanti ada rapunzel pulak dekat tingkat limabelas nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...