cerita orang terjun apartment dah buat junior kitorang freak out nak apply duduk sini tahun depan.
'taknaklah duduk Volt.ramai suka terjun bangunan.'
bunyinya macam terjun bangunan itu ialah suatu hobi kegemaran pada waktu lapang dan aktiviti yang dibuat beramai-ramai.HAHAHA.
nama: XXXXX
hobi masa lapang: terjun bangunan
hobi masa lapang: terjun bangunan
ini apartment kami.Volt On Queen dan ianya berbentuk 'V' jika dilihat dari atas.bermaksud, balkoni kitorang memang menghadap balkoni jiran-jiran tetangga.dan apabila jiran-jiran tetangga bukan setakat orang yang menggunakan English sebagai bahasa perantaraan, bermaksud tingkat atas boleh dengar orang cakap Korean dan tingkat bawah sikit kau boleh dengar orang cakap Mexican mahupun Arabic ataupun Hindustan dan boleh jadi bahasa-bahasa lain yang kau tak pernah dengar.
dan kitorang punya rumah dekat tingkat 15, tingkat paling atas sekali.bermaksud, kau boleh tengok macam-macam kerenah orang dari balkoni rumah sendiri.satu hobi kegemaran orang yang duduk sini, main jerit-jerit dari balkoni ke balkoni.tak kiralah sorang tingkat empatbelas, sorang lagi dekat tingkat lima.pulak tu entah bahasa apa dia cakap pun tak tahulah.
sekejap dengar...
'Hoi!espadacelomonalesketambola~!'
lepas tu mesti dengar ada yang jawab.sayup-sayup je bunyinya...
'Paolo!el amor no es como la pintan!'
tetiba mesti ada yang menyelit...
'Si.Si.noescomolacintanlameskon~!'
dia tak peduli orang lain dah.tengoklah nanti.kitorang nak main jerit-jerit jugak dengan Rose dekat tingkat 12 HAHAHA.