Sunday, February 27, 2011

hai~!



hai~!nama saya biri.saya ialah seekor patung biri-biri.saya berasal dari New Zealand, tapi kini saya bermastautin di Malaysia bersama encik sayang kepada tuan blog ini, encik K [hamboih kau nak lawan Datuk K yawww.HAHA].comel tak saya?ayat mintak penyepak.



saya suka hari raya.sebab hari raya best.hari raya yang lepas, encik K jahitkan saya baju melayu sekali dengan sampan.eh eh bukan.sampin.tersasul pulak.nama pun biri-biri.tersasul tu biasalah ye dak?[HAHAHA]

cik Z [tuan blog ni pun nak nama samaran jugak HAHAHA] selalu beritahu encik K supaya mandikan saya.tapi kambing mana suka mandi.tapi mungkin itu yang terbaik.saya redha.tapi baju saya tak pernah tukar.asyik asyik baju melayu je.saya kan biri-biri tradisional.hakhak~



tapi sekarang saya dah ada baju baru, lebih casual, lebih sesuai dengan arus pemodenan dunia[?].encik K yang jahitkan baju baru saya ni.dia main potong-potong tshirt dia, lepas tu dia buatkan baju dengan seluar saya.cik Z tak percaya yang encik K jahit sendiri baju saya.



dan sekarang saya ada topi pulak.encik K yang buatkan.baik kan encik K?dia sayang saya sangat.cik Z sayang saya jugak tapi dia tahu cakap cakap je.cubitttttttttttt.

p/s:
tak sangka encik K boleh menjahit.ingatkan hebat hal komputer je, rupanya hal benang dan jarum pun boleh tunjuk taiko.HAHAHA.see the leg lah sayang.bluerk :P


Saturday, February 26, 2011

memeriahkan rumah

Assalamualaikum & Hello :)

pertama sekali, ini ialah benda random.jadi jangan tanya motif??kerana saya sudah bagitahu ini benda random.RANDOM.bukan papadom yawww.HAHAHA.

teka-teki teka-tekuk ular mati atas pokok.apa dia?

tak dapat jawab pergi rendam kepala dalam sinki.habislah tahun ni kerja aku asyik nak suruh orang pergi rendam kepala dalam sinki je HAHAHA.

teka-teki teka-tekuk, apa benda dalam gambar?



ini kitet.errr TIKET.tiket bas, sebenarnya.bukan seorang, bukan dua orang, tapi TIGA PULUH orang.sungguh tak stylo tiket bas dekat sana.tang mana nak buat tiket bas jadi stylo, adik.bayar murah tapi nak tiket macam naik kapal terbang, habislah bankrap syarikat bas HAHAHA.curious tak kenapa tetiba ramai gila naik bas sampai 30 orang?

Isnin ni kelas dah mula.aduh liat betul perasaan.dalam hati tolonglah bangun pagi besok bukan hari ahad.tolonglah.tapi, mimpi aje lah.terimalah kenyataan, izzati.

biasa dengar dapur orang bujang kan?hahhhh ni dia dapur orang bujang.tapi nak bagi dengar bunyi sedap sikit,boleh sebut dapur anak dara.ewahhhhhh.siapa pernah makan jamu mak dara?okay keluar topik tetiba.



ini hasil membanting tulang menolak troli dekat Countdown.atas alasan jomlah pergi beli barang makan.kelas dah nak start isnin nih.boleh pergi beli barang nak sarapan ke apa ke.ini baru tengok yang atas gobok.belum tengok dalam gobok lagi.kalau bukak mahu pengsan mentengok banyak gila barang makan budak perempuan 4 orang nih HAHAHA.

*gobok=almari



ini peti sejuk.tak perlu sebut pun sebenarnya.dah terang lagi bersuluh orang memang nampak itu peti sejuk.penuh dengan makanan, juga.HAHAHA.tapi lebih kepada makanan sihat.except for chocolate, YES.tapi coklat pun boleh jadi makanan sihat juga tahu.makanan sihat ketika stress.hihihi.gelak macam nak mintak penyepak.

setuju tak kalau saya kata makanan dapat memeriahkan rumah?tak percaya?housemates saya hari ni asyik sengih sengih je tengok gobok rumah sendiri.HAHAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...