Friday, April 8, 2011

mari belajar bersama sizuka: how to make a classic photo using Photoscape

Assalamualaikum & Hello :)

Kampus melabuhkan tirai sementara.cuti Easter & mid-semester bermula, tapi masih punya kelas Primary Maths next week.T____T sabor aje lah.by the way, one week to go for our Australia trip :)

minggu ni, saya rajin sikit buat tutorial.ecehhhhhh.minggu depan pun agaknya blog kau ni penuh tutorial lagi kot.sebabnya nanti blog ni kena tinggal 5 hari.maka, nantikan entri auto-publish dari saya.have fun!tetiba :P

baiklah.untuk mengelakkan penyakit merepek berjangkit, marilah ke tutorial fotografi kita untuk hari ini :)

How to make a Classic Photo using Photoscape.

The main focus is playing around with colours and tone :)

By the way, siapa-siapa yang tak ada Photoscape jangan lupa download dekat sini dulu okay.jangan gundah-gulana, tidak perlu bayar.FREE weh FREE.barang FREE jangan ditolak.kan?


Hai.Nama saya Photoscape.

Klik EDITOR, and you are more than ready to go.yihaaaaaaaaaaaaaa arebaaaa arebaaaaa!

1) Get a photo of you...or your friend...or siapa-siapa aje lah yang ada dalam gambar tu.


Hey!I've got my camera in the photo![ORIGINAL]

2) Macam ni lah rupa Photoscape bila korang dah load gambar wajah rahsia hati pilihan korang tuh.phewit phewit HAHAHA.menunjukkan, ia sudah bersiap sedia untuk 'pembedahan plastik' also known as editing.

kalau nak pilih gambar yang korang nak edit, just klik folder-folder kuning yang dekat atas sebelah kiri sana.jangan cuak dulu.HAHA.bila cuak, semua benda tak jadi.

dah bertenang semua?bagus.



3) [kotak oren] biasanya, lepas saya load gambar memang saya terus klik Auto Level & Auto Contrast sebab peratus untuk gambar anda menjadi better than before adalah agak tinggi.NAMUN, certain gambar yang dah cantik kadang-kadang tak perlu pun Auto Level & Auto Contrast ni.ianya tak wajib, tapi saya buat-buat macam wajib.HAHA tak tak tak.listen to your heart and sight.kalau sedap mata memandang, harus.kalau rasa semak je, tak payah buat.ok?



4) Colour Balance.this is the place to play around with colours.SHOW TIME!!tetiba kan HAHA.

saya biasa guna rumus warna ini.
10% Red
10% Green
-10% Yellow

wah kau dah macam rumus matematik sekali baca.HAHA.

dan gambar anda akan bertukar menjadi seperti ini.



korang pun boleh buat rumus sendiri jugak.ikut sedap mata memandang.kalau nak try test pun boleh main klik je glider tu.then tengok gambar jadi macam mana.manalah tahu tetiba nanti gambar korang jadi lagi fantastik bombastik dari gambar-gambar saya.hehe.

yang ni pun boleh guna jugak.it depends on your interest :)



5) Deepen.



saya biasa guna Deepen bila saya nak 'pekat'kan sikit warna dalam gambar tu.biasanya kalau nak edit gambar bagi nampak klasik, memang saya guna Deepen.level dia, buat ikut sedap mata memandang.because it's your photo.so you are the one who are going to decide everything.seperti seorang emak memilih baju sekolah untuk anaknya.HAHAHA perumpaan aku memang selalu ke laut.

6) Darken

kadang-kadang orang tak pernah terfikir pun nak guna Darken bila edit gambar.

apahal pulak kau ni ajar guna Darken.gua nak muka gua putih melepak ah dalam gambar.baru kacak.


hey hey hey hey soul sister.sabarlah dulu.hish rendam kepala dalam sinki mau?



HANYA guna Darken apabila gambar korang nampak terlalu terang menyerlah macam disuluh dengan spotlight.what i mean is, bila gambar tu cerah sangat sampai nampak macam fake.gelapkan ia.NOTE: gambar berpotensi tinggi untuk menjadi cerah secara palsu lepas korang Deepen [High Level].

7) Film Effect

klasik juga bermaksud dramatik.dramatik klasik dan klasik dramatik.adik beradik belaka.sekarang, dapat agak tak apa kaitan adik beradik klasik dramatik ni dengan Film Effect?



Film Effect ada 6 jenis kesemuanya. Cinema, Cross Process, Velvia, Provia, Portra & Agfa.my favourite, Cinema & Agfa.tapi, guna Film Effect tak boleh over excited.don't mix up the effects.kalau tak, nanti gambar jadi gila.habis semua effects kau nak letak dekat aku.kau ni tahu tak hukum mengubah kejadian Tuhan?HAHAHA pengsan tak.

yang penting, jangan over.bersederhana sahaja.

lepas tu adjustlah mana yang patut.nak gelap sikit ke, nak cerah sikit ke.nak deepkan lagi warna or what so ever.

SAVE.

Photoscape akan ada simpan Original Copy.jangan risau :)

okay.rasanya itu je kot untuk sesi borak-borak petang kita hari ini.HAHA.

TIPS: sebenarnya editing ni tak perlu pun nak ikut turutan.ikut suka hati masing-masing je.sebab at the end, insyaAllah gambar tu akan turn out different than before.one thing to always remember when you edit your photo, listen to your heart and sight.if at the end of the day, you fall in love with your own photos, it is a BIG success.


Selamat Mencuba!
Si Tangan Gemok


Thursday, April 7, 2011

Talking Tom :)

wahaiiiiiiiiiiiiiiii pemilik-pemilik telefon-telefon canggih & berteknologi sekalian!

assalamualaikum!hello! :)

aha!aha!nai nai nai saya tak ada telefon canggih.saya cuma ada telefon cikai ini sahaja; cikai tapi dalam hati masih ada cinta.kalau tak ada dia, saya tak ada tempat berkasih sayang HAHAHA.maksud saya, kalau saya tak ada telefon ni, macam mana nak menyampaikan kasih sayang kepada kesayangan-kesayangan di Malaysia.ya tidak?

nak harapkan internet, tak berapa dramatik.seharusnya kalau nak lebih dramatik, boleh berutus surat atau telegram.tapi haruslah itu ialah suatu kemustahilan abadi kalau nak tanya emak nak buat kuih raya ni kena letak gula berapa sudu.perlu tunggu seminggu atau dua minggu baru kuih raya boleh menjadi kuih raya.kalau tak, selamat jalan romeo.kuih raya tak siap, si romeo pun lari.HAHAHA.apa kaitan pun aku tak tahu.

jangan sebut pasal online recipe.saya tak terima jawapan tu.sebab mother's cook is the best.HAHAHA padahal alasan sebenarnya.

cukup tentang kuih raya.

THIS IS A MUST-HAVE APPLICATION FOR iPhone, iPod4 and Android users!

nak tahu kenapa saya excited sangat?tengok.



testimonial daripada diri sendiri.HAHAHA.no no no bukan iPod saya.itu kawan saya punya.saya tumpang dua kaki main sekali.eh bukan.berkali-kali HAHAHA.

seriously, seronok!ibaratnya macam zaman dulu-dulu punya virtual pets.cumanya yang ini ialah haiwan untuk berseronok-seronok dan melepaskan stress.errr not really.stress is not good dan membuli binatang ialah sungguh tidak berperikemanusiaan.binatang digital, tak apa.binatang bukan digital, jangan.berdosa, tahu?apa kes kira digital ke tak digital pulak ni?kata Tom.

oh ya, kucing ni nama dia Tom.siapa-siapa yang ada iPhone ke iPod ke cubalah install application ni dekat Application Store korang tu.FREE FREE FREE.takpun klik sini.boleh baca user reviews sekali :)

suara Tom ni lawak gila.haruslah sampai gila sebab dia akan imitate apa benda yang kita cakap.boleh POKE dia, nanti dia buat bunyi 'eeeuuuuuuuuuu'.Tom ni macam kucing biasa jugak.bila gosok perut dia, dia buat bunyi rrrrrrrrrrrrr.dengan Talking Tom ni bolehlah aku tunjuk hebat.bagi kucing betul sekali, tak adanya nak gosok perut dia.nak dekat pun tak berani.HAHAHA.

selain Talking Tom, ada satu lagi binatang dalam application yang sama.Talking Gina nama dia, seekor zirafah berleher panjang.haruslah kan.kalau Tom ni nampak macam nakal nak kena lempang je, Gina ni pulak bukan main manja suara dia.gedik tapi comel.HAHAHA.

ada lagi binatang-binatang lain untuk application ni.ada baby hippo, Lila the Fairy, Larry the Bird.Rex the Dinosour pun ada.haaaa yang ni mungkin versi untuk remaja ganas.HAHAHA.ganas tapi comel.tak ke seronok tuh.kihkih.

Just for sharing although I'm not using any of these high-tech things.hehe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...