Friday, April 22, 2011

bayar hutang

nak langsai hutang video sand surfing dekat Cape Reinga yang haritu.ya ya ini dah lapuk punya hutang.HAHAHA.

ada dua.sila tonton satu persatu.kalau tonton dua-dua sekaligus, boleh mengancam jiwa.HAHA.

credits to Fareha

1) anda sebagai penonton



2) anda sebagai peluncur



nak luncur pasir?jom datang New Zealand :)

p/s: nak menang dengan senang?

Day 1 : Dari Auckland - Brisbane,Australia

Assalamualaikum & Hello :)

Entri ini ditaip beberapa jam sebelum saya & kawan-kawan berlepas ke Brisbane,Australia.flight pukul 7 pagi waktu NZ.maka, kitorang dah kena get ready nak pergi Airport pukul 3 pagi.gila kentang kan?plus saya sorang yang tak tidur langsung sementara nak tunggu pukul 3.entah kenapa saya pun tak tahu.terlalu bersemangat waja mungkin.waktu tu sempat lah tolong Kamal,my junior edit layout blog dia.


tengah tunggu driver datang jemput pergi Airport.driver shuttle ok.HAHA.


breakfast dekat Airport

lepas solat Subuh,check-in semua siap-siap.naik je flight, hah kau.I am the Sleeping Queen.4 jam flight direct tidur tak bangun-bangun.HAHAHA.leher tergeliat ke apa ke tak sedar dah.


HELLO Brisbane~!

kitorang sampai Brisbane pukul 8.55 pagi waktu Australia.beza waktu NZ-OZ 2 jam.so ada lah jakun sikit dekat situ.lepas tu, Australia memang cepat betul malam dia.plup plap plup plap dah malam.


tengok mata budak ni.sembab bukan main.nak tunjuk hero tak tidur malam konon.HAHAHA.

kitorang sampai, lepas tu naik train pergi Fortitude Valley.nak hantar barang masuk backpackers.OMG backpackers scary gila.macam sooo-cerita-hantu-orang-putih-zaman-dulu.gambar sofa yang dalam entri sebelum ni, itu dekat backpackers yang kitorang duduk.dalam bilik kitorang, dekat dinding ada gambar patung Siam yang so-besar-gila.seram ok.rasa macam dalam cerita NangNak.

hoi kau dekat Australia lah.bukan Thailand.

ya ya ya.

actually dekat Brisbane kitorang takde plan apa-apa pun.just singgah sekejap melepaskan batuk di tangga.ah kau ayat dramatik lagi.HAHA tak tak.kitorang jalan-jalan tengok bandar Brisbane.duduk dalam flight 4 jam, kenalah meregang sikit kan.so, kitorang jalan-jalan sikit.errr bukan sikit, banyak jugak sebenarnya.HAHA.


tourist guide, Rozy :)

pergi King George Square, shopping souvenirs.haruslah souvenirs dekat sini murah yang amat kalau nak banding dengan Auckland.tak tahu sebab apa.mungkin sebab dah nak dekat Rugby World Cup.nak kata sebab Made In China, semua souvenirs dekat benua sebelah sini memang banyak dari China.sebab orang sini memang tak buat barang sendiri.so, kalau siapa yang dapat souvenirs tulis Made In China tu, jangan komplen yawww.that's the reality.tapi barang Made In China dekat sini ok tau.takde cikai-cikai punya.


izzati peluk kangaroo [?].alah kangaroo tipu bolehlah dia tunjuk hebat.HAHAHA.

then, kitorang pergi Art Centre.waktu ni tempurung lutut dah rasa macam nak tercabut sangat dah.penat gila ah jalan.habis terbakar lemak-lemak yang kusayang HAHAHA.

oh ya, Rozy cakap KFC dekat Australia halal.maka, kitorang lunch KFC.TAPI kesedapan KFC dekat Msia memang tiada tandingan.makan KFC dekat Brisbane, boleh menangis perasaan.rasa ayam Spicy dia kejap ada kejap tak ada.macam Chipsmore lah pulak kan.tapi Aten cakap KFC dekat Sydney sedap,tak sama macam Brisbane.

lapar pulak tetiba.HAHAHA.




bilik yang penuh dengan belon.kitorang nak masuk, tapi tak boleh sebab dah jadi kanak-kanak atas umur.HAHAHA.


saya di atas, mereka di dalam kolam.tapi mereka tak basah pun.kenapa mereka tak basah?
ayat kau dah macam pengacara kuiz sains antarabangsa HAHAHA.





FACT: game ni untuk kanak-kanak je sebenarnya.tapi disebabkan benda alah Alien Nation ni sungguh attractive bagi saya, buat muka tak malu je duduk atas kerusi kecik depan mesin warna merah tu duk jawab soalan pasal Alien.jawab 5 soalan dengan betul, dapat Honorary Citizen for Alien Nation.

ALOWWWW.I AM NOW OFFICIALLY AN ALIEN.

HAHAHA.


itu yang colourful itu semua supik.tahu supik?errrr jabir tahu?err plastik tahu?HAHAHA.ya ya yang kalau beli sate sepuluh hengget dekat pasar malam tu dapat plastik kaler merah/pink pekat, kalau beli kuih donat satu hengget dapat plastik oren/kuning.





jalan sakan sampai malam.sakan tak sakan jugaklah.semua pengsan bila sampai backpackers.tidur lena bukan main sorang-sorang.tak hirau dah gambar patung Siam yang besar tuh.NangNak ke LongKong ke KakLimah ke.takde sape peduli.HAHAHA.

tunggu Day 2 pulak ye lepas ni.

FACT: jumlah semua gambar untuk trip 5Days4Nights kali ni, 900 keping :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...