kalau campur hari ni, lebih kurang sudah
setahun setengah meninggalkan kampung halaman dan wajah-wajah kesayangan.hujung tahun lalu tidak pulang seperti rakan-rakan yang lain.atas alasan mahu merasai pengalaman musim panas di negara orang.Alhamdulillah
pengorbanan itu berbaloi, meskipun selalu diiringi tangisan.
ecewahhhhh eh kenapakah ayat kau macam novel?dan
hujung tahun ni dah nak balik Malaysia dahhhhhh, insyaAllah.tak sabar tak sabarrrrr.mulanya duduk berangan bila sampai KLIA nanti keluarga tunggu dengan wajah bercahaya.
oh indahnya dunia.tetiba abah cakap,
'
nanti beli tiket Kl-Kuantan lah.abah tak suka drive dekat Kl.nanti sesat lagi, dah jadi masalah dunia.'
pup pap musnah belon angan-angan.tapi tak apa, abah I love you.tak kisahlah.dekat Airport Kuantan nanti boleh buat
aksi konon dramatik jugak.ngeh ngeh ngehhhh~kot kot lepas tu boleh terus pergi layan ikan bakor dekat Tanjung Lumpur ke.puhhhhh syok.
dua tiga minggu ini, ku bahagia.sebab
angah cuti, so boleh sakan buat video-call.dekat rumah, line ialah haprak.maka, kita
video-call dalam kereta.bukan semua orang buat yawww.HAHAHA.
terima kasih, teknologi.adik-adik berubah wajah, ialah serupa macam power rangers.adik nombor tiga
tiada dalam foto.bonda bilang, beliau ke Langkawi.lawatan sekolah katanya.kasihan kakde, tak dapat masuk blog along.huahuahua.tak apa.lain kali, mungkin.
selalunya, aku memang suka ganggu hidup
si bongsu.kerana keletah dia ialah pelik.
along:
eh gigi adik dah lain.eh BESARnya gigi kapak adik~!adik:
(tunjuk gigi)angah:
tengoklah adik sapealong: (
tengok gigi sendiri)
HAHAHAHA.
timing sebenar ke kelas sudah musnah.aku terlalu khusyuk hadap blog sendiri.HAHAHA.